Pisang ternyata berbuah dua kali buat pemain bola sepak sensasi Mesir dan mewakili kelab Liverpool FC, Mohamed Salah.
Pemain yang mesra dengan panggilan Mo Salah untuk tahun kedua berturut-turut telahpun memuat naik hantaran foto di Instagram yang memaparkan pohon krismas (besar kemungkinan di ruang tamu rumahnya).
Ia disusuli ucapan Hari Natal yang dibuat olehnya pada setiap tahun di bahagian kapsyen.
Perbuatan Salah itu bertukar kontroversi apabila ada warganet yang beranggapan ia tidak sensitif memandangkan Salah merupakan seorang lelaki Muslim yang masih mengamalkan kepercayaannya.
Ibarat menuang minyak ke bara api, kapsyen yang ditulis oleh Salah juga seakan tidak dapat diterima oleh ramai warganet.
Biarpun Salah cuba untuk mengaitkan ucapan Hari Natal kali ini dengan mesej kemanusiaan, ia tidak cukup untuk mengundang kecaman dalam kalangan lebih 99,000 pengguna Instagram di bahagian komen.
Ads
“Hari Natal adalah masa di mana ahli keluarga berkumpul dan meraikannya. Dengan peperangan yang sedang berlaku di Timur Tengah, terutamanya dengan kematian dan kemusnahan di Gaza, tahun ini kita dapat (menyambut) Hari Natal dengan hati yang berat dan sama-sama berkongsi kepedihan yang dilalui oleh keluarga mangsa yang kehilangan insan tercinta.
“Diminta untuk tidak melupakan mereka dan tidak terbiasa melihat mereka menderita. Selamat Hari Natal,” tinta Salah.
Hasil daripada hantaran itu, Salah menerima kecaman daripada peminatnya.
Salah seorang beranggapan Salah ‘memalukan untuk dunia Muslim’ manakala seorang lagi mengatakan ia kecewa dengan bintang Liverpool itu.
“Ini amat salah, anda seorang Muslim bukannya Kristian. Hari Natal kita adalah pada bulan April (merujuk kepada Aidilfitri), kamu memalukan.”
Ads
“Selepas hantaran ini, saya tidak lagi boleh memanggal anda sebagai idola. Anda mengecewakan saya, jika anda tidak memadamkan ciapan ini saya terpaksa ‘unfollow’.”
Malah, komposer dan penyanyi popular negara, Faizal Tahir juga tergerak hati untuk menaip komennya.
“Semoga ALLAH memberikanmu dan keluargamu petunjuk. Kerana kamu tiada apa-apa tanpa Allah.”
Hhm, apa pendapat korang? Adakah ‘tradisi’ Salah memberikan ucapan Hari Natal pada setiap tahun ini tidak harus dilakukan olehnya?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Dek kerana mulut selalu mengejek rakan sekelasnya sebagai pondan dengan gurauan tiada batas, seorang remaja lelaki mati ditembak rakan sekelasnya selepas mangsa mengejek rakan sekolahnya itu sebagai Lady Boy a.k.a Pondan.
Dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Bang Kraso, Daerah Muang di Nonthaburi dekat Bangkok, dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi waktu tempatan, mangsa, Chonlasit Boonchan, 13, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan bilik darjahnya.
Dirinya tepat ditembak di dahi.
Yayasan Penyelamat, Yayasan Siamnontaburi memaklumkan suspek itu memakai topeng hitam, baju dan sarung tangan ketika dia melepaskan tembakan ke arah Chonlasit.
Katanya, suspek segera melarikan diri dari tempat kejadian dan pergi ke tandas untuk menukar pakaian sekolahnya, bagaimanapun dia berjaya ditangkap oleh guru dan pelajar di sekolah itu.
Suspek memberitahu polis, mangsa berulang kali menamparnya dan memanggilnya sebagai “toot” (pondan) yang mendorong dia bertindak menembak mangsa.
Suspek turut memberitahu polis dia mencuri pistol bapanya pagi semalam dan menembak Chonlasit ketika mangsa sedang membuka kasutnya untuk memasuki bilik darjah.
Polis turut menemukan sepucuk pistol 7.65 mm di dalam beg sandang remaja itu.
Remaja itu kemudiannya ditahan bagaimanapun pihak polis tidak mendedahkan tuduhan yang akan dikenakan ke atasnya.
Satu nasihat untuk golongan Remaja, kalau bergurau itu biarlah ada batasannya ya. Jangan sampai menyinggung hati dan perasaan orang lain kerana kita tidak tahu apa tindakan orang yang sedang marah.
Jadi, jagalah mulut masing-masing agar tak ada isu bertumbuk dengan rakan sekolah hanya kerana isu ejek mengejek yang dianggap satu perbuatan menghinanya.
Sumber : FMT
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Universiti di negara kita sudah setaraf institut pengajian di luar negara kerana ada diantaranya telah tersenarai dalam kelompok universiti terbaik dunia.
Baru-baru ini, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) diiktiraf sebagai universiti Islam kedua terbaik di dunia dalam ranking uniRank 2024.
Menurut laporan seasia.stats, dalam senarai yang diterbitkan oleh uniRank, Universiti Cairo dari Mesir menduduki tempat pertama, manakala UIAM di tempat kedua, diikuti oleh Jordan University of Science and Technology di tempat ketiga.
Ini menunjukkan bahawa UIAM bukan sahaja diiktiraf di peringkat kebangsaan, tetapi juga di mata dunia sebagai salah satu institusi terunggul yang menawarkan pendidikan tinggi berlandaskan prinsip-prinsip Islam.
Berlandaskan prinsip-prinsip Islam
Kedudukan UIAM di tempat kedua bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi mereka yang mengikuti perkembangan universiti ini.
UIAM telah lama dikenali sebagai pusat kecemerlangan akademik dan pengajian Islam, menarik pelajar dari pelbagai negara di seluruh dunia.
Universiti ini menawarkan pelbagai program dalam pelbagai bidang ilmu, dari pengajian Islam hingga sains, teknologi, dan undang-undang, semuanya dalam kerangka Islam.
Selain daripada UIAM, universiti-universiti dari Indonesia juga menunjukkan prestasi cemerlang dengan tiga institusi tersenarai dalam 10 teratas.
Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara menduduki tempat keempat, Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka di tempat ketujuh, dan Universitas Islam Indonesia di tempat kesembilan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu makanan halal sering mendapat perhatian dari masyarakat. Ini kerana setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging pemakannya.
Ipoh merupakan ibu negeri di Perak yang kaya dengan pelbagai tarikan dan ini termasuklah dengan tempat makan menarik. Sebut sahaja tempat makan apa yang dicari. Dari tempat sarapan pagi, makan tengah hari hinga la ke tengah malam, semuanya ada… rajin tak rajin je nak beratur menunggu untuk makan…yelah di zaman sekarang ni pantang viral sikit mesti beratur punya…hehehe
Mesti korang pun pernah bersarapan di Restoran New Hollywood kan? makanan yang berkonsepkan masyarakat cina.
Tapi guess what?
Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Perak atau JAIPk sekali lagi menegaskan bahawa restoran terkenal itu TIDAK MEMPUNYAI SIJIL HALAL!
Menerusi kenyataan di laman web rasminya yang dikemaskini pada 10 Disember 2021 — JAIPk mengesahkan bahawa restoran New Hollywood ini bukanlah pemegang sijil halal Malaysia.
Oleh itu, JAIPk menasihati orang ramai agar sentiasa memastikan sesuatu premis itu mempunyai Sijil Pengesahan Halal terlebih dahulu dan jangan makan sekiranya berasa was-was.
“Jangan cepat terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan jika masih tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
“Ini kerana tanda HALAL sesebuah premis itu diperoleh jika operasi dan bahan makanan yang dijual adalah menepati syariat,” jelas JAIPk.
Bagaimanapun, sebelum ini menerusi laporan The Star pemilik restoran ini ada memberitahu bahawa proses untuk mendapatkan sijil halal bukanlah mudah.
Jadi, bagi mengekalkan kredibiliti restorannya ini, pemilik restoran yang dikenali dengan nama Chan telah memastikan segala bahan masakan yang digunakan diperolehi daripada pembekal yang mempunyai sijil halal.
Premis atau produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal malahan ianya toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard, peraturan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.
Pengguna juga dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : JAIPk, The Star
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...