Berita

Ucop Beri Respons Isu Influencer ‘Bersiap’ Seperti Wanita -“Nak Bersolek Boleh Tapi Perlu Sedar Kita Di Malaysia”

Share

Pelakon dan personaliti media sosial, Ucop tampil memberi pandangan berhubung segelintir pempengaruh lelaki yang semakin berani bersolek dan berpakaian seperti wanita di media sosial mereka.

Katanya kepada Remaja, tindakan bersolek itu adalah hak masing-masing namun tetap harus lebih sensitif dengan faktor geografi dan budaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dafi Ismail Sabri Syukur Lepasi Peringkat Pertama Asasi, Hasrat Mahu Sambung Master MBA

“Nak bersolek boleh tetapi perlu sedar kita di Malaysia. Isu bersolek ini terpulang kepada individu itu sendiri, kalau niat dia nak jadi perempuan kita sendiri pun tahu apa akibatnya.

“Lebih-lebih lagi bila kita duduk di Malaysia yang ada budaya sendiri. Kalau bersolek sekadar untuk konten tiada masalah pada saya. Bagi saya semua orang berhak nak buat apa sahaja untuk pengisian kandungan dan bermanfaat untuk orang ramai,” katanya.

Pelakon naskhah popular Projek: High Council itu berkata demikian selepas sidang media dan tayangan perdana drama bersiri Viu iaitu The Secret.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashraf Muslim Seru ‘Anak Jantan’ Sertai Askar Wataniah

Pada masa sama, Ucop turut berpendapat seseorang pempengaruh yang bijak, fikir panjang sebelum memuat naik sebarang konten dalam platform media sosial mereka.

“Setiap influencer perlu melihat semula kandungan yang mereka buat, kalau seperti ada kaitan dengan agama, sepatutnya perlulah dielakkan.

“Perlu ditapis supaya tak mencetuskan sebarang spekulasi dalam kalangan masyarakat,” tuturnya lagi.

Sebelum ini telah menjadi perhatian warganet dalam media sosial mengenai penampilan segelintir pempengaruh lelaki yang hadir ke TikTok Awards 2024 kerana menggayakan solekan dan pakaian seakan-akan wanita yang disifatkan tidak sesuai di negara ini.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Ucop

Published by
Fath