Uh-oh! Pelakon Riverdale Menempelak Taktik Kim Kardashian Turun Berat Demi Fesyen

Share

 

Alert, somebody is ranting! Tetapi, ada benarnya apa yang diperkatakan olehnya ini.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, pelakon yang terkenal dengan drama siri Netflix Riverdale, Lili Reinhart telah menempelak taktik yang digunakan oleh sosialit dan usahawan terkenal, Kim Kardashian untuk menurunkan berat badannya hanya demi menyempurnakan hasrat menyarungkan gaun asal Marilyn Monroe.

ARTIKEL BERKAITAN : Kim Kardashian Sanggup Turunkan Berat Lebih 7 Kg Untuk Muat Gaun Marilyn Monroe – REMAJA

Sehari selepas acara Met Gala 2022 yang dihadiri oleh Kim bersama teman lelakinya, Pete Davidson; aktres berusia 25 tahun itu telah meluahkan isi hatinya menerusi media sosial mengenai kenyataan Kim bersama Vogue mengenai caranya menurunkan berat badan sehingga tujuh kilogram dalam masa tiga minggu kerana gaun yang ingin dipakainya itu tidak muat.

Kim Kardashian menyarungkan gaun original yang pernah menjadi milik pelakon ikonik, Marilyn Monroe.

Bagi Lili, kenyataan Kim itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dikongsikan memandangkan Kim mempunyai jutaan pengikut di serata dunia. Rata-rata pengikut Kim ialah anak muda yang sentiasa mengikut trend, produk, pakaian dan gaya hidup terbaru yang diperkenalkan oleh Kim.

Lili khuatir sekiranya ramai remaja yang akan mencuba cara diet Kim yang drastik dan tidak menyihatkan ini.

“Untuk berjalan di karpet merah dan melakukan temu bual di mana anda mengatakan betapa laparnya anda.. kerana anda tidak mengambil karbohidrat sepanjang bulan lalu.. semuanya hanya untuk muat dalam gaun itu?”

“Ini adalah amat bermasalah. Sangat bermasalah pada skala tertinggi.”

Sambung Lili, “(Dia) mengaku secara terbuka sanggup berlapar demi Met Gala. Apabila dia tahu terdapat berjuta-juta lelaki dan wanita muda yang memandangnya sebagai contoh dan sentiasa mendengar kata-katanya. Kejahilan yang ditunjukkan ini adalah amat menjijikkan.”

Lili Reinhart sewaktu menghadiri acara Met Gala pada tahun 2018.

Biarpun Lili tidak menyebut nama Kim secara terang-terangan, namun ramai yang sudah dapat mengagak ia ditujukan kepada wanita berusia 41 tahun itu.

Lili mengakhiri luahan hatinya itu dengan mengharapkan agar semua orang berhenti menyokong selebriti ‘bodoh’ dan ‘merbahaya’ yang sekadar mempromosikan imej berkaitan bentuk tubuh badan mereka.

“Selalunya, saya bukanlah seorang yang pemarah. Tetapi saya merasakan ketoksikan industri ini kadangkala mencabar diri saya,” catatnya lagi.

BACA LAGI : 10 Perkara Mengejutkan Tentang Keluarga Kardashian – REMAJA

Terdahulu, Kim berkongsi dengan Vogue di antara caranya menurunkan berat badan. Ini termasuklah memotong pengambilan karbohidrat dan gula, mengambil sayur-sayuran dan protein sahaja, memakai sut sauna sekerap dua kali sehari dan  berlari di atas treadmill.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ