Ekoran daripada penangguhan pendaftaran fizikal kepada pelajar IPT baru-baru ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan memberikan RM100 melalui inisiatif UiTM Prihatin kepada penuntut yang terpaksa berpatah balik ke kampung selepas mendaftar di institusi tersebut.
Bantuan yang sama turut diberikan kepada penuntut yang sudah mendaftar dan terus tinggal di kolej kediaman serta di luar kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus cawangan ketika ini. Pengurusan tertinggi universiti juga bersetuju memberi pengecualian bayaran kolej bagi bulan ini kepada semua penuntut yang memilih untuk terus tinggal di kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus cawangan.
Terdapat 3,252 penuntut yang direkodkan datang mendaftar secara fizikal pada Khamis hingga Sabtu lalu dengan 940 memilih untuk terus kekal di kolej kediaman UiTM.
Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim turut berkata inisiatif dan insentif yang dilaksanakan itu selari dengan saranan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad supaya IPT memahami kesulitan dan kekangan yang dihadapi penuntut.
Selain itu juga, pihak UiTM memberi jaminan kebajikan dan keselamatan penuntut akan sentiasa dipantau dan diberikan keutamaan. Diharap dengan inisiatif yang dilakukan ini dapat memberikan semangat untuk pelajar lebih tenang dan tabah dalam meneruskan pengajian mereka.
Sumber: Berita Harian
Ikon Fesyen Karl Lagerfeld Meninggal Pada Usia 85, Dunia Beri Penghormatan
Isi Kandungan
Toggle
Karl Lagerfeld telah disahkan meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Ketidak hadiran Karl semasa pertunjukan fesyen terbaru Chanel Haute Couture pada Januari lalu sebenarnya telah menimbulkan tanda tanya kerana Karl tidak pernah terlepas daripada membuat kemunculan.
Pengarah artistik Chanel pada ketika itu membuat kenyataan bahawa Karl ‘terlalu penat’ dan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. Chanel kemudian melalui media sosial mengucapkan, “Semoga En Lagerfeld akan kembali sihat sejahtera.”
Buat masa ini, masih belum ada kenyataan rasmi mengenai punca kematian beliau. Namun, besar kemungkinan ia berkaitan isu kesihatan dan usia emas beliau. Pereka fesyen untuk Chanel, Fendi dan jenama beliau sendiri merupakan antara ikon fesyen utama dunia millenial kerana beliau masih mampu memikul tanggungjawab menghasilkan berdozen koleksi pada setiap tahun malah mengambil foto kempen fesyen sendiri.
Fesyenista sedunia tampil memberi penghormatan melalui media sosial sebentar tadi, didahului oleh Victoria Beckham.
Victoria Beckham
Donatella Versace
COCO ROCHA
PENELOPE CRUZ
NAOMI CAMPBELL
KENDALL JENNER
GWYNETH PALTROW
HAILEY BIEBER
KIM KARDASHIAN
LINDSAY LOHAN
MILEY CYRUS
GIGI HADID
BELLA HADID
KRIS JENNER
KAIA GERBER
Situasi Hiba Banduan Akhir Di Tempat Gantung, Ikuti Pengalaman Lelaki Ini Yang Pernah Bertugas Di Penjara Pudu
Masa budak-budak dulu, bila lalu dekat Jalan Hang Tuah memang seriau sangat tengok Penjara Pudu. Nak kata pernah masuk, tak juga. Tapi dek kerana selalu sangat dengar cerita orang tentang ‘seram’nya kawasan tersebut, tak pasal-pasal lalu tepi pun boleh jadi cuak.
Al-kisahnya, Penjara Pudu ni adalah di mana banduan-banduan ditempatkan sebelum mereka dihukum mati di tali gantung.
Ha, dengar pun dah seram kan.
Banyak cerita-cerita seram yang selalu kita dengar tentang peristiwa misteri yang berlaku di penjara ini. Sama ada benar atau tidak, wallhualam.
Namun, bukan kisah misteri yang kami nak kongsi kan di sini. Sebaliknya tentang bagaimana agaknya situasi tegang yang berlaku di sel penjara, tatkala penghuninya sudah tahu bahawa dia akan mati di tali gantung.
Ikuti pengalaman bekas pekerja yang pernah berkhidmat di Penjara Pudu sekitar 19 tahun yang dulu.
Bismillahirrahmanirrahim,
Saya ingin kongsi sahaja cerita di hari minggu ni..
Teringat zaman muda dulu pernah berkerja di Penjara Pudu kalau tak silap saya tahun 98 kot .. tak sure. Semasa itu penjara Pudu di ambil alih oleh syarikat swasta untuk kendalikan Penjara Pudu untuk jadikan pameran untuk orang ramai .
Tapi yang diselia kan tetap dari warga Jabatan Penjara Malaysia . Time tu Boss besar kami Tuan Aris dia dulu junior Atuk saya . Sebab dulu Atuk saya bekas warden Di Penjara Pudu.
Pendek kan cerita saya bersama sahabat baik saya jaga bilik akhir . (Bilik hukuman gantung) seronok betul time tu . Time muda2 suka betul part2 tempat macam tu .
Satu kawasan penjara pudu memang tapau habis la … corok mana semua dah pergi dan lepak. Kawasan yg tak boleh masuk pun kami masuk juga .
Banyak kisah yang pelik2 .. tapi tak apa la saya simpan lepak2 boleh la cerita ..
Banyak perkara yang saya belajar dan kesedaran semasa kerja di situ .
Lagi seronok Ex warden pula kenalan atuk saya lagi banyak cerita saya dapat dan rasai.
Ini pula cerita daripada ustaz,
nak cerita pasal bilik akhir sebenarnya..
“Jangan dihina pelaku maksiat kerana ada jalan taubat buat mereka di akhir hayatnya….bagaimana pula dengan kita.., apakah nanti ada ruang untuk bertaubat?” Ikuti kisah menyayat hati ini,
Antara manusia yg tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir.
-Ada satu kes, dinamakan sebagai “Banduan Akhir”.
-Banduan akhir ialah banduan yg melakukan jenayah yg berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh Hakim.
-Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat.
-Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya pada ketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan.
-Nama biliknya “Sel akhir”.
-Katakan lah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.
-Waktu Hakim baca : “maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini di antara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi.”
-Ianya mesti prosedurnya begitu.
-Kalau hukuman dibaca hari Ahad, Jumaat dijatuhkan hukuman.
-Kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.
-Orang yang namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan..,lutut dia dah tak boleh berdiri dah.
-Sebab apa tuan-tuan? Sebab dia masih boleh bernafas tiga hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas empat hari sahaja.
-Air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.
-Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang-barang dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorang-seorang.
-Di ketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya.
-Sentiasa membaca Al-Quran.
-Bila ustaz Agama yg pergi di situ, majlis percakapan dan nasihat itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata.
“Saya banyak dosa ustaz”
“Saya tinggalkan tanggungjawab saya.”
“Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz”.
-Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah… sembahyang.
-Solatnya panjang, zikirnya banyak. Quraannya banyak mengadu pada Allah SWT.
-Kenapa? Sebab dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.
Tuan-tuan dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok Jumaat pagi dia akan digantung.
-Malam itu kita nak tidur lagi tuan-tuan? Tak tidur dah.
-Manusia yg tahu ajal nya , dia dah tak boleh tidur dah tuan-tuan.
-Sebab itu di antara rahmat Allah yg Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.
-Kalau dia tahu lagi sebulan ajal nya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi.
-Tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua.
-Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpd kita semua.
-Sebab dia tau untuk bertaubat bila.
-Dia boleh bertaubat , Alhamdulillah.
-Majoriti manusia yg dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pada Allah SWT.
-Tak tau bila nak mati.
-Maka banduan akhir ini pada malam Jumaat, Alhamdulillah dia beruntung utk mengaku di hadapan Allah.
“Ya Allah aku berdosa di hadapan Mu ya Allah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kepadaMu ya Allah! Ya Allah ampunilah dosa aku ya Allah!!”.
-Maka datang drpd seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dlm hatinya menghadap Allah. Untung dia.
-Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akan diberi pilihan utk memilih makanan yg tidak melebihi lebih kurang RM 7.50 .
-Dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akn diberikan pilihan boleh pilih.
-Tuan² banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa-apa makanan lagi. Dah tak lalu makan dah.
-Sebab esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yg dia tak akan tidur.
-Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selepas dia solat subuh, hukumannya MESTI di antara jam 6 hingga 7 pagi.
-Maka BENARLAH apa yg Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati.
-Walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu.
-Itu Rahsia Allah.
-Ya ..benar. Dia disarungkan tali di lehernya pada jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.
-Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dgn ahli keluarganya.
-Tuan-tuan bagi peluang bercakap dgn ahli keluarga tak ada ungkapan yg akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah.
-Nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi?
-Nak suruh jaga pokok bunga yg ayah tanam?
-Tak ada apa yg boleh dipesan di ketika itu. Yg boleh keluar hanya dua perkataan sahaja
“Maafkan ayah…Maafkan ayah”.
-Bila peluk isteri ,, “Maafkan abang, Maafkan abang”. Itu sahaja.
-Nak kemaafan sahaja di saat-saat akhir ini.
-Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.
ALLAH merahsiakan kematian itu utk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dgn Allah SWT.
Wallahua’lam.
Dengar saja pun dah boleh meremang bulu roma. Semoga kisah ini dijadikan teladan untuk kita semua. Kata orang, untung saja mereka mati di tali gantung kerana sudah tahu bila hari terakhir kita dan sempat bertaubat.
Tapi persoalannya, sanggup kah anda mati di tali gantung?
Sumber: Jazwan Kahar
“Mendidih Darah Saya..” Maya Karin Geram Air Terjun Lata Y Bertukar Warna
Di kala hampir keseluruhan rakyat Malaysia sedang mempraktiskan amalan kendiri dengan duduk di rumah demi melandaikan jumlah kes baharu COVID-19 di negara kita, nampaknya ada segelintir pihak yang masih rakus menggadai alam sekitar demi kelangsungan hidup (dan poket) mereka.
Perkongsian beberapa imej daripada akaun Facebook Kuala Krai Kini sejak 2 Jun lalu telah menghampakan ramai warganet. Imej yang menunjukkan perubahan ketara warna air serta persekitaran di kawasan rekreasi Air Terjun Lata Y, Sungai Rek dekat Kuala Krai, Kelantan telah mengundang perasaan kecewa serta amarah orang ramai.
Ini termasuklah pelakon dan aktivis alam sekitar, Maya Karin Roelcke.
“Mendidih darah saya..,” catatnya menerusi ciapan di Twitter kelmarin setelah terlihat foto perbandingan Air Terjun Lata Y antara Mei 2020 dan Jun 2021. Sememangnya ibarat langit dan bumi!
My blood is simmering… https://t.co/mt0aeTPMLE
— Maya Karin (@maya_karin) June 2, 2021
Skala serangan ke atas biodiversiti di sana jelas membuktikan bahawa kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar di negara kita masih ‘kalah’ dengan kepentingan peribadi sesetengah pihak.
Dakwa akaun Facebook Kuala Krai Kini, kehancuran alam sekitar ini adalah impak daripada aktiviti pembalakan yang masih aktif dilakukan di sekitar Hutan Simpan Sungai REK di Kuala Krai, Kelantan.
Lapor rakan media di Sinar Harian yang telah turun padang semalam bagi meninjau kawasan Lata Y pula, mereka telah mendapatkan maklum balas daripada Pengarah Perhutanan Kelantan iaitu Encik Abdul Khalim Abu Samah.
Kata beliau, keadaan air keruh itu berlaku kemungkinan susulan hujan lebat pada hari Selasa lalu dan kebiasaannya, keadaan air akan kembali pulih seperti sedia kala selepas cuaca baik.
Dalam pada itu, kerajaan Kelantan telah mengarahkan Jabatan Perhutanan Negeri untuk melakukan siasatan lanjut berkaitan imej pencemaran air yang telah tular itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Saintis Bukti Pencemaran Alam Punca Kesuburan Lelaki Sekarang Menurun – REMAJA
*
Haih, tahun demi tahun ada saja laporan mengenai penindasan terhadap alam di Malasyia yang semakin hari semakin pupus.
Mana mungkin sekumpulan kecil pejuang alam sekitar seperti Maya Karin, sebagai contoh, dapat mempertahankan khazanah semulajadi ini sekiranya pihak-pihak tidak bertanggungjawab masih meneruskan sifat ketidakpedulian mereka demi mencekup hasil lumayan?
BACA LAGI : Bosan Dengan Island Hopping? 5 Aktiviti Dalam Hutan Ni Boleh Korang Lakukan Di Sabah – REMAJA