UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) melakar sejarah dan kejayaan baru dengan menerima Anugerah Pencipta Perak daripada YouTube. Hal ini juga mencatat sejarah sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di Malaysia mendapat pengiktirafan ini.
UiTM Muncul IPT Pertama Raih Anugerah Pencipta Perak Daripada YouTube
Pengiktirafan itu diterima selepas saluran rasminya, UiTM Channel berjaya melepasi 100,000 langganan pada pertengahan September lalu.
Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, saluran yang mula beroperasi pada 1 April 2023 itu kini mempunyai lebih 21 juta tontonan dan lebih 1,900 penerbitan video.
Ads
“Saluran ini berfungsi menyampaikan maklumat berbentuk video kepada komuniti universiti dan masyarakat awam.
“Selain itu, ia menjadi platform penstriman langsung yang mendapat tontonan tinggi termasuk ketika Istiadat Konvokesyen UiTM,” katanya hari ini.
Ads
Menurut beliau, UiTM Channel yang diuruskan Bahagian Pengurusan Jenama dan Media Kreatif Pejabat Komunikasi Strategik itu membuktikan usaha strategik universiti dalam memanfaatkan media digital.
Ujarnya, ia menjana pendapatan sejak awal 2020 dan membuka peluang kepada universiti untuk terus memperluaskan kandungan kreatif inovatif yang memberi manfaat kepada pelbagai pihak.
Ingat lagi dengan logo Visit Malaysia 2020 yang dikecam hebat pada awal Januari tahun lepas? Logo yang dianggap amatur dan tidak menunjukkan Wawasan 2020 itu mendapat kritikan daripada rata-rata masyarakat Malaysia.
Rentetan daripada kes tersebut, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah membuka penyertaan untuk sebuah pertandingan mencipta logo bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah pun melancarkan logo baru kempen Melawat Malaysia (VM) 2020 bagi menggantikan logo lama yang seperti setem dengan imej Menara KLCC, orang utan, monyet dan penyu memakai cermin mata gelap.
Pereka grafik berusia 23 tahun dari Melaka, Alfred Phua Hong Fook dipilih sebagai pemenang dengan rekaan logo yang melambangkan budaya, warisan, flora dan fauna Malaysia. (Malaysiakini)
Pemenang dipilih daripada 10 penyertaan terbaik dan berikut merupakan antara 9 lagi rekaan logo daripada finalis yang telah dikongsi oleh seorang photographer, Luqman.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
Onz tak onz? Kami rasa semua pun cantik kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lima bulan Parlimen Malaysia telah digantung daripada persidangan akibat pengisytiharan darurat oleh kerajaan.
Namun, program realiti tempatan pula yang mendapat peluang untuk ‘berhimpun’ biarpun negara berhadapan situasi pandemik sepanjang tahun ini.
Situasi ini pastinya akan membuatkan sesiapa juga bertanya, mengapakah Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak bersidang saja. Persoalan yang sama telah sekali lagi dilontarkan oleh Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hari ini.
Menerusi ciapan yang dihantar oleh Syed Saddiq sebentar tadi, beliau mempersoalkan logik di sebalik penutupan Parlimen sedangkan kebanyakan (atau semua) wakil rakyat sudahpun divaksin sedari awal lagi, diwajibkan memakai pelitup muka dan Dewan Rakyat sudahpun mempunyai kelebihan pemidang kaca pemisah di meja bagi menggalakkan penjarakan sosial.
“Hiburan yang menghimpunkan orang tanpa (memakai) pelitup muka dan ada (selebriti) yang belum divaksin boleh dijalankan? Saya dibayar duit rakyat, jawab saya,” pinta beliau dengan mengajukan pertanyaan tersebut kepada Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri.
Syed Saddiq merujuk perbandingan tersebut kepada sebuah program realiti televisyen yang baru menayangkan episod pertamanya pada hari Ahad lalu.
Menyentuh mengenai pelibatan sehingga 50 orang juri di pentas penjurian bertingkat itu, pihak saluran penyiar terdahulu mendakwa prosedur operasi standard (SOP) telah dijaga sebaik mungkin oleh semua yang terlibat sepanjang penggambaran di sebuah pusat konvensyen antarabangsa itu.
Untuk pengetahuan, beberapa hari lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang) iaitu YB Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan kini sedang mengkaji mekanisma melaksanakan sidang parlimen secara hibrid. Ini bermaksud, parlimen akan bersidang dengan kehadiran ahli Parlimen secara fizikal dan secara maya.
Kajian ini akan disertakan dalam kertas kerja lengkap yang akan diangkat dalam waktu terdekat untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kata orang penantian satu penyeksaan. Menunggu masa itu datang, lebih kian hampir lebih terasa debarnya. Lebih berdebar jika kita menunggu berita yang akan menentukan hidup atau mati seseorang.
Jangan kata sebulan, sehari pun kalau boleh tak nak difikirkan. Tapi dalam soal isu jantina Sajat yang menjadi tajuk perbualan orang ramai baru-baru ini, tentu korang makin perasan masa sebulan yang diminta oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah semakin hampir. Kata orang, “time is going fast”. Pejam celik pejam celik, harinya semakin hampir tiba.
Tapi bagaimana dengan reaksi Nur Sajat dalam isu yang mendapat perhatian ramai ini? Adakah Sajat berdebar menanti masa dari Jakim atau dia tiada sebarang reaksi?.
Jelas Sajat, dia harus menjadi orang bijak…
Pertemuan bersama pihak Jakim disambut baik oleh Sajat. Seperti katanya, orang datang cara baik, dia juga berikan layanan baik…
REMAJA baru ini berkesempatan bertemu Sajat di majlis pelancaran tudung bawal eksklusif AliffbySha V Five Inspired Women. Dia tampak tenang dan ternyata dia memang dilahirkan sebagai seorang yang cukup cekal untuk berhadapan dengan tohmahan netizen lemparkan terhadapnya.
Nak tahu jawapannya? Adakah dia berdebar masa itu semakin hampir?
Bila diajukan soalan mengenai suara hatinya, awalnya Sajat enggan mengulas isu ini.
“No komen, No Komen! Katanya.
Namun Remaja meminta dia menyatakan suara hatinya mengenai isu ini demi menutup mulut orang yang sering mengatakan. Mungkin akur, kata Sajat, dia tidak berdebar langsung pun.
Ditanya bagaimana dia terbuka hati untuk menerima kunjungan Jakim, kata Nur Sajat, pihak Jakim yang datang bertemu di pejabatnya dan pertemuan itu berlangsung dengan baik.
“Orang datang cara baik, kita layan cara baik. Ia satu pertemuan yang tak disangka, tak terduga dan secara tiba-tiba tetapi saya tiada masalah tentang soal ini,” katanya dalam tenang.
Sajat mengakui bukan mudah untuk dia kekal berdiri pada hari ini. Dia menggenggam kejayaan hasil usahanya sendiri.
“Jadi sama ada satu kecaman, pujian atau apa saja, saya menerimanya dengan hati terbuka. Saya cuma perlu menjadi orang cerdik sahaja,’ katanya mengakui dunia perniagaan yang diceburinya ada masanya melalui frasa pasang surut.
“Adat orang berniaga, ada masa ok, ada masa tidak. Tapi kita kena pandai menguruskannya. Buat masa ini saya bisnes barang kemas dan sesiapa yang nak jadi agen boleh hubungi saya,’ katanya yang mengalu-alukan agen yang berminat.
Sajat hadir sebagai rakan di majlis pelancaran tudung bawal AliffbySha V Five Inspired Woman
Ditanya apa yang memberinya kekuatan mengharungi semua ujian dan kutukan netizen, kata Sajat, dia bahagia kerana keluarga, anak-anak dan kawan-kawan sering memberinya sokongan malah doa mereka juga tidak pernah putus untuknya.
“Saya dikelilingi orang-orang yang baik. Doa yang baik-baik dan saya sering berkongsi masalah dihadapi dengan adik beradik. Silaturahim ini sangat erat dan ia menjadikan saya lebih bersemangat,’ katanya yang mempunyai empat cabang perniagaan, dua cawangan iaitu di Johor dan Ampang selain dibantu oleh 35 pekerja.
WAJIB TONTON VIDEO INI!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres jelita, Anna Jobling, bakal mengikuti jejak langkah pelakon popular, Maya Karin apabila ditawarkan untuk membintangi filem seram ikonik iaitu Pontianak Harum Sundal Malam...