UiTM Puncak Alam Mula Jadi Pusat Pemberian Vaksin, KPT Sasar 16 Lagi IPT

Share

 

Perkhidmatan pemberian vaksin di Malaysia kian dipertingkatkan dari segi jumlah dos dan prosesnya.

Semalam, kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam telahpun memulakan operasinya sebagai Pusat Pemberian Vaksin Institut Pendidikan Tinggi (PPV IPT) dan ia akan beroperasi untuk tempoh dua minggu lagi.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad, UiTM ialah salah satu daripada tiga universiti awam yang sedang menyediakan perkhidmatan ini. Dua lagi IPT yang turut serta ialah Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Perubatan & Pergigian Termaju (@AmDI) USM di Pulau Pinang.

Dewan Berlian, UiTM Puncak Alam. Sumber Foto : UiTM News Hub

Di PPV UiTM Puncak Alam itu, ia mempunyai kapasiti Dewan Berlian yang mampu menampung kapasiti sehingga 1500 orang pada satu-satu masa. Dengan penglibatan 200 orang kakitangan, ia dijangka mampu menyediakan 5000 pemberian vaksin pada setiap hari dari 8 pagi hingga 5 petang.

Ia juga menyediakan PPV secara pandu lalu untuk golongan yang memerlukan terutamanya warga emas dan Orang Kurang Upaya.  Operasi secara hibrid ini kini hanya dilaksanakan di PPV terpilih saja. Lokasi PPV lain masih kekal dengan prosedur biasa iaitu menerima suntikan di dalam dewan.

ARTIKEL BERKAITAN: 12 Barangan Ini Jadi Peneman Cuti ‘MC’ Kami Selepas Dapat Suntikan Vaksin – REMAJA

Datuk Seri Noraini Ahmad ketika sedang meninjau keadaan di PPV UiTM Puncak Alam.

Di PPV USM yang akan beroperasi bermula 14 Jun hadapan, ia akan dilaksanakan di Dewan Peperiksaan A dan B di kampus induk USM. Manakala di PPV @AmDI yang terletak di Bertam, ia akan dilaksanakan di Dewan Al-Azahari.

Kedua-dua PPV IPT di Pulau Pinang ini dipercayai akan memberi manfaat besar kepada masyarakat di sana.

BACA LAGI : 10 Tawaran Promosi Makanan & Minuman Yang Boleh Ditebus Oleh Penerima Vaksin – REMAJA

Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Noraini juga berkata mereka menyasarkan 16 lagi PPV IPT yang bakal dicadangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantu usaha kerajaan untuk menyediakan akses yang lebih meluas buat rakyat untuk divaksin.

Published by
FZ