Siapa yang bertugas di belakang akaun media sosial milik Universiti Teknologi MARA (UiTM), korang memang mempunyai hati yang kental!
Susulan video tular pada hari ini membabitkan seorang pensyarah kontrak berpangkat profesor yang memperlekehkan seorang pelajar B40 kerana tidak mempunyai komputer riba sewaktu melaksanakan sesi kelas atas talian, akaun media sosial UiTM telah diserang bertubi-tubi oleh warganet yang tidak berpuas hati di atas adab lisan tenaga pengajar tersebut.
Warganet jelas inginkan penjelasan daripada pihak institusi mengenai isu tersebut memandangkan ia merupakan institusi yang diwujudkan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan meneruskan pengajian di peringkat universiti. Sememangnya, sebahagian daripada penuntut yang masuk ke sana terdiri daripada golongan B40.
Justeru, apabila wujud isu pengeluaraan komen yang menjentik sensitiviti masyarakat oleh seorang pensyarah berpengalaman, REMAJA dapat memahami mengapa orang ramai terus melenting ke pihak pengurusan institusi.
ARTIKEL BERKAITAN : “Pasal Itu Aku Tak Boleh Duduk Orang Dengan B40” : Profesor UiTM – REMAJA
Dengan tenang, UiTM hari ini memberikan respon mereka.
Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor menjelaskan menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di akaun media sosial UiTM bahawa pihak universiti telah meneliti isu tersebut dan mengambil tindakan pantas serta sewajarnya terhadap pensyarah berkenaan.
Dengan tajuk UiTM Prihatin Kebajikan Pelajar yang tertera di atas, beliau menegaskan bahawa UiTM tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik UiTM dengan sengaja mahupun tidak.
“UiTM amat mengutamakan kebajikan seluruh warganya, khususnya pelajar dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi persekitaran pendidikan yang kondusif. Justeru, segala kemudahan pembiayaan melalui dana-dana tertentu disediakan oleh UiTM,” catatnya.
Sambil menyifatkan proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian boleh mengakibatkan kesulitan di pihak para pelajar, UiTM katanya lagi telah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan para pelajar yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran seperti dana amanah pelajar, bantuan dari pusat zakat serta dari pihak alumni.
Bagi pelajar yang berdepan sebarang masalah pula, beliau menyeru agar mereka mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan sewajarnya bagi membantu melancarkan proses pembelajaran.
REMAJA difahamkan, profesor yang tular dalam video tersebut merupakan seorang pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).
Insiden dipercayai berlaku pada semester lalu. Bagaimanapun, ia baru ditularkan semalam untuk agenda tertentu; oleh pihak tertentu. Menurut Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor lagi kepada rakan media
, pelajar berkenaan telahpun dikesan dan pemberian peralatan komputer riba yang diperlukan akan dilaksanakan.Terdahulu, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM telah menyelar tingkah laku pensyarah berkenaan dan berharap agar tindakan segera dapat diambil oleh pihak universiti.
BACA LAGI : MPP UiTM Tuntut Tindakan Segera Terhadap Profesor Hina Pelajar B40 – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.