Pasukan Debat Bahasa Inggeris Universiti Teknologi MARA (UiTM) membuktikan bahawa mereka merupakan pasukan yang berdaya saing dengan daya intelek tinggi apabila menjuarai pertandingan The Australasian Intervarsity Debating Championships (Australs) 2023.
Diadakan pada 2 sehingga 9 Julai 2023 bertempat di Krabi, Thailand. Pasukan debat Bahasa Inggeris UiTM Diwakili oleh Wan Amirul Syakir bin Wan Ahmad Rafidi, Sarah Yasmin Aston binti Sofian dan Haikal Daniel bin Mohamad Hasli yang merupakan pelajar Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam.
Ads
Dalam pertandingan tersebut, mereka telah berjaya mengalahkan pasukan dari Indira Gandhi National Open University dalam kategori Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (ESL). Terdahulu, pada peringkat separuh akhir, pasukan Debat Bahasa Inggeris UiTM telah berjaya menewaskan pasukan debat senegara dari Universiti Malaya.
Membuatkan kemenangan mereka lebih manis, pendebat dari UiTM, Haikel Daniel turut diiktiraf sebagai pendebat terbaik pada pusingan akhir. Tajuk yang diperdebatkan pada pusingan akhir berbunyi, That we prefer religious teachings that emphasise the belief that human beings are born good instead of born evil.
Ads
Bertemu Naib Canselor UiTM sebaik pulang ke Malaysia.
Pertandingan ini disertai oleh 46 buah universiti luar negara termasuk Australia, New Zealand, Singapore, Indonesia, Thailand, Japan, Korea Selatan, Bangladesh, India, Pakistan, Hong kong dan China.
Antara universiti yang mengambil bahagian termasuklah Universiti Sydney Australia, Universiti Beihang China, Universiti Otago New Zealand, Universiti Kebangsaan Seoul Korea Selatan, Universiti Kebangsaan Singapura dan Universiti Melbourne Australia.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah buat Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi, seorang penuntut Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobat sebagai graduan terbaik ketiga di Malaysia dan kelapan dunia.
Hannah menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan antarabangsa The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) United Kingdom bulan lalu.
Gadis berusia 22 tahun itu menerima pengiktirafan ini selepas bersaing dengan 3,877 graduan di seluruh dunia dan 500 graduan dari Malaysia. Jelasnya, kejayaan ini tidak akan dapat dikecapi tanpa sokongan ibu bapa dan rakan, selain memberikan komitmen tinggi pensyarah fakulti pengajiannya.
“Saya sentiasa kekal konsisten supaya tidak ketinggalan dan merujuk kepada pensyarah untuk menerima maklum balas dalam hal peperiksaan atau latihan kelas. Perkara itu harus diutamakan kerana ia ruang untuk penambahbaikan dan pemahaman saya bagi sesuatu subjek yang dipelajari,” jelas Hannah.
Hannah juga berharap agar dia memperoleh pekerjaan yang bakal merealisasikan cita-citanya untuk menjadi seorang akauntan bertauliah.
Sebelum ini Hannah Mumtazah pernah menerima anugerah untuk dua kertas peperiksaan diambil iaitu Financial Management (FM) dengan pencapaian tempat pertama di Malaysia dan juga di dunia manakala untuk Strategic Business Reporting (SBR), dia mendapat tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua di dunia.
Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Hannah Mumtazah. Semoga dapat menggapai impiannya untuk menjadi seorang akauntan yang bertauliah dan terus memberi inspirasi buat anak muda bagi mencapai kejayaan hingga ke peringkat dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagaikan srikandi menjulang nama negara ke peringkat tertinggi…
Empat pelajar Sekolah Menenangah Kebangsaan (Agama) Kuala Selangor berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila mereka meraih pingat emas dan juga Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan Untuk Kategori Pencipta Muda Hadiah Bandaraya Nuremberg di Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu (IENA) 2022.
Ahli pasukan SMKA Kuala Selangor terdiri daripada para pelajar berusia 16 tahun iaitu Athirah Ahmad Hisshamuddin, Raja Dhia Nazneen Insyirah Raja Mohd Aman Shah, Nur Damia Bisyara Muhammad Imran dan Sarah Ardinie Khairul Faizi. Mereka dibimbing oleh guru berpengalaman iaitu Mohd Ridzuan Mohammad dan Mohd Zulhelmi Mansor.
Kejayaan sekolah ini di arena antarabangsa menarik perhatian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri. Dalam satu hantaran di Facebook, Perdana Menteri Malaysia kesembilan itu menitip kata semangat dan rasa bangganya terhadap para pelajar.
“Tahniah pasukan Master- H ECS dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Selangor kerana berjaya meraih pingat emas dan Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan Untuk Kategori Pencipta Muda Hadiah Bandaraya Nuremberg di Nuremberg, Jerman, semalam.
“Tahniah kepada ahli-ahli pasukan terdiri daripada Athirah Ahmad Hisshamuddin, Raja Dhia Nazneen Insyirah Raja Mohd Aman Shah, Nur Damia Bisyara Muhammad Imran dan Sarah Ardinie Khairul Faizi.
“Saya difahamkan pasukan ini telah menewaskan 490 pasukan dari 250 sekolah di seluruh dunia dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu (iENA) 2022 ini. Syabas saya ucapkan!
“Semoga kejayaan pasukan SMK (A) Kuala Selangor ini akan menjadi penyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk turut terlibat dalam inovasi dan rekacipta sehingga menggapai kejayaan,” ujarnya panjang menerusi hantaran tersebut
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, IENA ialah pameran inovasi tertua di dunia yang dipertandingkan sejak lebih 70 tahun lalu bersempena pameran perdagangan yang mengetengahkan pelbagai ciptaan dan inovasi baharu terbesar di dunia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Saya tidak pernah mengetahui perasaan terluka seteruk ini. Kini kehidupan saya telah selamanya berubah..”
Begitulah luahan hati pertama oleh ibu mangsa kes bunuh diri, Cheslie Kryst yang juga merupakan Miss USA 2019, peguam serta koresponden program ExtraTV setelah kes tersebut mendapat laporan meluas di seluruh dunia, Isnin lalu.
Buat kali pertama, ibunya yang dikenali sebagai April Simpkins telah membuka mulut untuk memberikan komen lanjut mengenai anaknya yang berusia 30 tahun itu; beberapa hari selepas keluarganya mengeluarkan kenyataan am mengenai kes ini.
“Dalam kehidupan peribadinya, Cheslie sedang berhadapan simptom yang dikenali sebagai ‘High Defining Depression’ yang dia sendiri sembunyikan termasuklah daripada saya, insan paling rapat dengannya sehinggalah sebelum saat-saat akhirnya,” katanya.
Sehingga ke hari ini, ramai pihak yang masih sukar untuk menerima punca kematian Cheslie. Dia disifatkan sebagai seorang gadis yang mempunyai kehidupan yang serba lengkap – dirinya cantik, sihat, mempunyai tubuh fit, bergelar seorang peguam yang berkaliber bagi menangani ketidakadilan sosial dan pernah bergelar Miss USA serta bertugas dalam industri media di Extra TV. Mana-mana insan amat menginginkan kehidupan yang dimiliki Chelsie – she literally had it all!
Dalam diam, rupa-rupanya dia ‘bijak’ mengaburi mata semua pihak termasuklah ahli keluarga sendiri mengenai penderitaan dalaman yang dipendamnya seorang.
Terbaru, kematian Cheslie secara rasminya telah disahkan akibat percubaan membunuh diri oleh Ketua Pemeriksa Perubatan di Pejabat Bandaraya New York, lapor Variety.
Penglibatan Cheslie dalam dunia ratu cantik bertitik-tolak setelah mendiang melihat ibunya memenangi gelaran Mrs North Carolina pada tahun 2002 dan menggunakan platform tersebut untuk program advokasi bagi membantu mereka yang memerlukan.Cheslie (kiri) bersama ayahnya dan ibu, April Simpkins sewaktu beliau memenangi gelaran Mrs North Carolina pada tahun 2002.
“Hari ini, apa yang diberitahu kepada keluarga dan rakan-rakan kami secara tertutup adalah punca kematian anak saya, Cheslie dan ia telah disahkan.”
Sambil mengimbas kembali momen gembira mereka bersama, April menambah, “Kami berbual, FaceTime atau menghantar mesej pada setiap hari. Kamu (Cheslie) adalah lebih daripada sekadar anak perempuan saya. Kamu ialah sahabat karib saya. Saat bercakap dengan mu adalah momen terbaik dalam kehidupan harian saya. Senyuman dan gelak-tawa kamu cukup dirasai,.
“Saya tidak pernah mengetahui perasaan terluka seteruk ini. Kini kehidupan saya telah selamanya berubah,” kongsi April.
Dalam pada itu, beliau turut memberi cadangan kepada mereka yang ingin membantu keluarga pada saat-saat sukar ini agar mereka memberikan sumbangan kepada organisasi Dress for Success yang pernah disokong sepenuh hati oleh mendiang Cheslie. Segala sumbangan itu akan digunakan untuk membantu menyediakan pakaian profesional buat wanita bekerjaya yang menerima gaji minima.
April juga menyatakan nombor talian National Suicide Prevention Lifeline yang boleh dihubungi oleh sesiapa yang bergelut dengan fikiran ingin membunuh diri.
Isnin lalu, REMAJA telah melaporkan mengenai nota terakhir yang telah ditulis oleh Cheslie sebelum kematian. Menerusi nota tersebut, mendiang telah meminta agar segala aset dan hartanya diserahkan kepada ibunya, April Simpkins.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena bulan Ramadan yang hampir ke penghujungnya, kumpulan hip hop, 53 Universe baru-baru ini memberi sedikit perbezaan dalam karya mereka apabila melancarkan album EP...