UKM Lonjak Ke Tangga 138 Dalam Ranking Universiti Asia, Berbanding Kedudukan Ke-150 Tahun Lalu

Share

Sistem pendidikan Malaysia sekali lagi membuktikan kejayaan apabila kedudukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melonjak ke tangga 138 dalam penarafan Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2022 berbanding kedudukan ke-150 tahun lalu.

Penilaian ini merangkumi lima petunjuk iaitu sitasi, penjanaan industri, pengantarabangsaan, penyelidikan dan pengajaran, sekali gus meletakkan mereka di tempat ketiga berbanding kelima dalam kalangan universiti terbaik di Malaysia.

Foto: Universiti Kebangsaan Malaysia

BACA: Selepas Bergelar Pensyarah, Kini Najwa Latif Sambung PhD Di UKM

Menurut kenyataan UKM, berdasarkan lima petunjuk tersebut, UKM memperoleh sebanyak 43.8 markah bagi indikator dan 64.3 berbanding 49.3 pada tahun lalu bagi petunjuk pengantarabangsaan.

UKM juga dikatakan menjadi antara universiti yang mencatatkan peningkatan ketara di Malaysia dalam THE Asia University Rangkings tahun ini, iaitu selepas Universiti Teknologi Petronas yang melonjak 16 anak tangga.

Foto: Universiti Kebangsaan Malaysia

Penggunaan bahasa Melayu yang diterap oleh UKM sedikit pun tidak membuatkan mereka mengabaikan elemen pengantarabangsaan yang juga penting bagi mengekalkan reputasi universiti itu di persada dunia.

Foto: Utusan Digital

Pencapaian ini juga dilihat bakal memberi impak yang lebih besar selepas pembukaan kampus cawangan UKM di Qatar pada Oktober depan.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada UKM! Semoga dapat melahirkan lebih banyak graduan yang berguna dan berkhidmat untuk masyarakat.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman