Selepas lebih sebulan Majalah Remaja bersama-sama rakan strategik Dewan Bahasa & Pustakan serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor melancarkan pertandingan mengarang esei bertemakan ‘Ceritakan Malaysia Anda’, akhirnya 10 orang pemenang utamanya telahpun diumumkan pada hari ini.
Pertandingan yang dibuka kepada pelajar sekolah menengah berusia 15 – 17 tahun dan pelajar prauniversiti/universiti berusia 18 -22 tahun ini adalah bersempena kempen patriotik ‘Saya #RemajaMalaysia’ yang dilancarkan oleh Majalah Remaja pada bulan Ogos dan September lalu.
Menariknya, meskipun negara sedang berada dalam musim wabak Covid-19, pertandingan ini menerima sambutan yang cukup menggalakkan daripada para pelajar. Sejumlah 525 penyertaan telahpun diterima oleh kami untuk diadili oleh pihak editorial Majalah Remaja dan wakil daripada Dewan Bahasa & Pustaka.
Dan Pemenangnya Ialah..
Bukan mudah bagi kami memilih hanya 5 orang pemenang bagi setiap kategori. Apapun, hasil kreativiti, seni penulisan dan idea yang dikarang oleh para pelajar telah kami teliti dengan cermat agar pemenang yang tersenarai pada edisi pertama ini adalah yang terbaik.
Bagi kategori Sekolah Menengah, tempat pertama dimenangi oleh Nur Isma Faqihah Binti Mohd Zulkifli dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cha’ah, Segamat Johor.
Tempat kedua dimiliki oleh pelajar yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Pertandingan Debat Pendidikan (DeKan) 2020 semalam, Aiman Izdihar Bin Amran dari Sekolah Dato’ Abdul Razak, Negeri Sembilan. Tempat ketiga pula jatuh kepada pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, Sabah iaitu Nur Izzati Zahidah Md Asmara.
Dua kedudukan sagu hati dimiliki oleh Rabiatul Insyirah Ahmad Shah dan Nur Alya Nabihah Mohd Zaidi; masing-masing dari Sekolah Tun Fatimah, Johor. Mereka berdua diwakili oleh ibu bapa pada hari ini.
Tidak ketinggalan, Majalah Remaja turut memberikan penghargaan kepada sekolah yang telah menghantar penyertaan pelajar terbanyak pada kali ini. Dengan sejumlah 35 penyertaan, Sekolah Menengah Seksyen 24 (2) Shah Alam telahpun membawa pulang kategori tersebut dan diwakili oleh Puan Sufida.
Ads
*
Debaran turut dirasai bagi kategori Prauniversiti/Universiti pula. Juara menjadi milik pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Nur Farhan Hasbullah.
Kedudukan naib juara disandang oleh Muhammad Aziim Mohd Zolkfly (Universiti Utara Malaysia) manakala pemenang tempat ketiga menjadi milik Priiyalakhshmi A/P Kumarrajah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan mengarang esei Saya #RemajaMalaysia ini telahpun menerima 66 penyertaan daripada pelajar bukan berbangsa Melayu dari seluruh negara. Ini adalah satu perkembangan positif yang menunjukkan bahasa kebangsaan semakin dikuasai dan dicintai oleh para pelajar sejagat.
Sementara itu, pelajar Sunway College, Abdul Halim Baruddin dan Muhammad Saifullah Muhamad dari Universiti Sains Islam Malaysia masing-masing menerima hadiah sagu hati.
Untuk pengetahuan, selain daripada hadiah wang tunai dan bahan bacaan yang disumbangkan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka, para pemenang turut menerima trofi, sijil beserta produk tajaan Canon Malaysia, Summerie Malaysia, Good Virtues Co, innisfree Malaysia dan Marrybrown Malaysia.
Tahniah kami ucapkan kepada kesemua para peserta yang mempamerkan mutu penulisan yang cukup memberansangkan. Ini menandakan bahawa remaja pada era digital ini tetap mendahulukan kualiti dan skil penulisan yang mantap dan wajar dibanggakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada zaman sekarang ramai remaja dan anak muda yang terus bekerja selepas tamat sekolah. Kadangkala ia berlaku bukan kerana kehendak diri sendiri tetapi mungkin disebabkan terpaksa akibat kesemptian hidup atau ingin membantu keluarga.
Namun ia tidak bermakna ruang untuk mereka mendapatkan pendidikan pada masa akan datang terus tertutup begitu sahaja. Hampir keseluruhan IPTA kini menawarkan pelbagai program pendidikan sambilan dan juga pendidikan jarak jauh.
Dan program-program yang ditawarkan ini mempunyai pelbagai corak latihan dan kelas yang pastinya memberikan kemudahan buat orang muda yang bekerja untuk sambung belajar.
Walaupun ia memerlukan komitmen tinggi dan pengorbanan dari segi masa yang sangat besar, mereka sebenarnya mendapat banyak manfaat yang mereka sendiri tidak menjangkanya.
Apakah kelebihan itu?
1. Boleh bekerja sambil belajar
Antara sebab utama mengapa seseorang memilih untuk belajar secara sambilan atau jarak jauh kerana mereka memiliki kerjaya. Inilah antara kelebihan yang pelajar sambilan akan perolehi. Kerja tidak terganggu dan dalam masa yang sama boleh menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Jadi bila sudah tamat belajar nanti bukan sahaj sudah ada segulung ijazah tetapi pengalaman kerja yang lama. Cuma ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi untuk pastikan ia berjaya.
2. Meluaskan rangkaian kenalan dan peluang kerja
Bila menyertai program sebagai pelajar sambilan atau jarak jaug pastikan kamu akan ke kuliah. Dan di sinilah akmu akan berjumpa dengan pelbagai golongan sama semi profesional atau profesional dalam pelbagai bidang. Mungkin ada kenalan rakan sekuliah yang dihadari beberapa kali dalam sebulan merupakan orang sudah berjaya dalam bisnes. Dalam masa yang sama kamu boleh berkawan, belajar dan mungkin mencari peluang yang baik untuk masa akan datang. Ia juga membantu meningkatkan skil bersosial dengan lebih baik dan rangkaian sosial kamu juga bertambah.
Seperti mana yang kita ketahui mengikuti program belajar sevara sambilan ini menuntut komitmen yang sangat tinggi. Dengan bebanan tugas di tempat kerja, kamu perlu pandai bahagikan masa untuk ke kelas dan juga belajar. Tapi jangan risau kerana perkara ini secara tidak langsung mendidik kamu menjadi seorang yang sangat berdisiplin dan pandai mengatur masa. Dan orang yang pandai menggunakan masanya dengan sebaik mungkin ialah orang yang paling berjaya.
4. Dapat pensyarah yang lebih fleksibel & memahami
Ini juga salah satu kelebihan yang pelajar sambilan atau jarak jauh akan perolehi. Para pensyarah yang mengajar kamu akan lebih memahami kamu yang selain belajar terpaksa berdepan dengan pelbagai tugasan kerja. Jadi mereka akan lebih bertoleransi dan memberikan tugasan yang kadarnya lebih sedikit berbanding pelajar separuh masa. Ia bukanlah bermakna mereka tidak serius tetapi perhatian lebih terperinci yang spesifik diberikan kepada kamu.
5. Lebih hargai waktu riadah
Bila bekerja dan pada masa yang sama bergelar sebagai pelajar sambilan pastinya kamu tidak mempunyai masa yang banyak untuk lakukan aktiviti riadah. Oleh sebab itu bila kamu berpeluang untuk berehat atau melakukan aktiviti riadah ia menjadi lebih bermakna buat kamu. Sekali-sekala bebas dari tugasan kerja dan pelajaran pastinya mampu meningkatkan semangat kamu dengan lebih hebat!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesan pandemik Covid-19 memang sangat dirasai dan memberi kesan terhadap pelbagai jenis sektor ekonomi di seluruh dunia. Industri penerbangan antara yang terjejas teruk dan seperti yang kita tahu, di dalam negara kita sendiri apabila syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo terpaksa memberhentikan ribuan pekerja kerana tidak mampu menanggung kos yang tinggi.
Jika sebelum ini syarikat penerbangan nasional Thailand, Thai Airways membuka restoran seolah-olah merasai pengalaman menikmati makanan di dalam kabin kapal terbang kini syarikat tersebut hadir dengan jualan barangan fesyen yang menarik dan khabarnya ia terjual habis dalam masa beberapa hari sahaja.
.
Barangan fesyen yang dihasilkan adalah beg yang diperbuat dari jaket keselamatan yang biasanya ada di bawah tempat duduk kita di dalam kapal terbang. Koelksi yang dikenali dengan nama ‘Life Vest x Lifestyle’ ini ternyata menarik perhatian ramai dan rekaan berkonsep industrial itu sesuai digayakan oleh lelaki mahupun wanita.
Setiap satu rekaan yang dijual bermula dari RM51 sehingga RM666.
***P/S- Agak-agaknya kalau Malaysia Airlines berkolaborasi dengan pereka terkenal negara pun mesti laku. Dato’ Rizalman Ibrahim maybe?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam ramai-ramai selebriti Hollywood yang berjalan di karpet merah semalam, hanya ada satu saja yang mencuri tumpuan kami. Tan Sri Dato’ Seri Michelle Yeoh.
Okay, dan juga Lady Gaga. (What a dress and moment!)
Tetapi Michelle Yeoh yang menyarungkan gaun hijau zamrud bersekuin rekaan Shiatzy Chen tetap menjadi topik perbualan karpet merah walaupun beliau dikelilingi oleh para pelakon wanita Hollywood yang lebih muda.
Semuanya gara-gara cincin zamrud yang tersarung pada jari tangan kiri beliau!
Kalau korang merupakan peminat filem blokbuster, Crazy Rich Asians, mesti korang dapat cam cincin zamrud besar yang dipakai oleh Michelle sebagai Eleanor di dalam babak filem tersebut.
Eleanor merupakan ibu kepada Nicholas Young dan mereka tergolong di dalam keluarga yang cukup, CUKUP kaya di Singapura. Jadi apabila team wardrobe filem tersebut cuba untuk mencari barangan kemas yang bersesuaian untuk dipakai oleh Michelle, mereka tidak dapat mencari item yang kelihatan semewah karakter Eleanor itu.
Sehinggalah Michelle sendiri mencadangkan untuk memakai cincin zamrud miliknya sendiri!
OKAY, ITU CINCIN MICHELLE yang sebenar, gaiss!
“Oleh sebab Eleanor merupakan karakter penting di dalam Crazy Rich Asians, barang kemas yang dipakai oelhnya haruslah mudah diingati dan cepat mencuri tumpuan.
“Warna hijau zamrud ini membawa maksud kehidupan, kesejahteraan dan rezeki. Jadi, untuk menjadikan watak Eleanor lebih realistik dan kaya, cincin tersebut haruslah realistik juga. Bukan cincin mock-up seperti yang Michelle Vogt (pereka kostum) cadangkan pada awalnya,” kata Michelle lagi.
Batu zamrud pada cincin itu cukup flawless dan ia sukar untuk ditemui. Ini kerana zamrus selalunya mudah retak. Ia cukup klasik, dan mirip cincin rekaan Cartier pada era 20-an.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...