Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus membanggakan negara apabila 20 daripada 30 subjek yang ditawarkan universiti ini berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Malaysia.

Kejayaan cemerlang ini dicapai melalui penarafan QS World University Rankings by Subject 2025 yang baru sahaja diumumkan.

BACA: Tahniah! UKM Raih Kedudukan Ke-26 Universiti Terbaik Di Asia!

UKM Terus Cemerlang Dalam Penarafan QS World University Rankings By Subject 2025

Ads

Antara subjek yang tersenarai dalam kelompok teratas tersebut termasuklah bidang sukan, Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris, Bahasa Moden, Pengajian Komunikasi dan Media, Undang-Undang, Kejuruteraan (seperti Kejuruteraan Awam dan Struktur, Elektrik dan Elektronik, Mekanikal, Aeronautik dan Pembuatan), Perubatan, Pendidikan, Perakaunan dan Kewangan, serta Farmasi dan Farmakologi.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, yang juga menjalankan tugas Naib Canselor, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, dalam kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 15 subjek UKM berjaya tersenarai dalam kelompok 200 terbaik dunia.

“Lebih membanggakan, subjek Theology, Divinity and Religious Studies mencatatkan peningkatan kedudukan yang sangat membanggakan, iaitu berada dalam kalangan 100 terbaik dunia.

BACA: UKM Buka Kampus Di Qatar, Angkat Status Pengajian Tinggi Negara Di Pentas Dunia

Ads

UKM Terus Cemerlang Dalam Penarafan QS World University Rankings By Subject 2025

“Pencapaian ini juga mencerminkan kekuatan dan daya saing UKM dalam pelbagai disiplin ilmu,” jelasnya.

Beliau turut menambah bahawa UKM menunjukkan kemajuan ketara dalam tiga Broad Area utama iaitu Arts and Humanities, Natural Sciences, dan Life Sciences and Medicine.

Ads

“Penarafan antarabangsa ini membuktikan UKM berjaya mengekalkan reputasinya dari segi kualiti kepakaran akademik.

“Program berprestasi tinggi, serta hasil usaha berterusan warga UKM dalam memastikan pendidikan tinggi yang berkualiti, inovatif, selain relevan dengan keperluan global,” katanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Bernama

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI