Terbaru, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus mengukir nama di pentas antarabangsa apabila pasukan yang diwakili oleh pelajar daripada Fakulti Undang-Undang (FUU) berjaya mencatat pencapaian membanggakan dalam pertandingan berprestij ‘Philip C. Jessup International Law Moot Court Competition 2025’ yang dikenali sebagai ‘Piala Dunia’ bagi pelajar undang-undang.

Menerusi satu perkongsian di Facebook rasmi UKM, kejayaan ini adalah penyertaan kali ketiga UKM di peringkat antarabangsa dan mereka sekali lagi membuktikan keupayaan bersaing dengan universiti terbaik dunia dengan mencatatkan rekod tanpa kalah di pusingan awal termasuk kemenangan ke atas juara dunia bertahan serta juara kebangsaan dari United Kingdom, Sepanyol dan Taiwan.

UKM Tumpaskan Juara Dunia, Cemerlang Di Piala Jessup 2025
Kredit: Facebook rasmi UKM

Hasil prestasi cemerlang itu, UKM menamatkan pusingan awal di kedudukan ke-11 keseluruhan dalam kejohanan yang disertai oleh 805 pasukan dari seluruh dunia.

Ads

Selain itu, apa yang lebih membanggakan, pasukan UKM turut menerima Anugerah Alona E. Evans selepas dinobatkan di tempat ke-13 dunia bagi kategori ‘Best Combined Memorials’ satu pengiktirafan tertinggi terhadap kualiti penghujahan bertulis pasukan.

UKM Tumpaskan Juara Dunia, Cemerlang Di Piala Jessup 2025
Kredit: Facebook rasmi UKM

Dalam pada itu, tahun ini juga menyaksikan UKM melakar satu lagi sejarah apabila berjaya melayakkan diri secara automatik ke Pusingan 32 Terbaik sebagai salah satu daripada 16 pasukan terbaik dunia buat pertama kali. 

Ads

Walau bagaimanapun, perjalanan mereka di pentas Jessup terhenti selepas satu perlawanan sengit menentang Universiti Buenos Aires dari Argentina, sebuah pasukan gergasi dalam arena Jessup.

UKM Tumpaskan Juara Dunia, Cemerlang Di Piala Jessup 2025
Kredit: Facebook rasmi UKM

Pasukan yang mewakili UKM digalas oleh lima orang pelajar terdiri daripada Prajhessh Magendran, Ng Chin Yang, Lim Zheng Hua, Tan Ian dan Karthiga Elenggo yang mendapat bimbingan dan sokongan daripada barisan jurulatih berdedikasi iaitu Prof. Madya Dr. Haniff Ahamat, Puan Barvina Punnusamy dan Encik Thenesh Anbalagan.

Ads

Sementara itu, pihak UKM berharap agar kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi pelajar akan datang bagi menyahut cabaran untuk bersaing di tahap tertinggi dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa sekaligus mengejar impian membawa pulang trofi Jessup ke tanah air satu hari nanti.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI