Ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus, tanaman ulaman yang paling terkenal dan mudah untuk dibiakkan. Sambal belacan adalah padanan terbaik untuk menjamu ulaman ini sebagai juadah.
Bukan sahaja enak di makan, malah tinggi khasiat untuk kesihatan dan telah diamalkan secara tradisional sejak dulu kala.
Petikan artikel dari website Majalah sains menjelaskan, Ulam Raja didapati mempunyai tinggi kandungan flavonoid dan antioksidan serta beberapa lagi kompaun aktif yang boleh bertindak sebagai agen pelindung neuron, selain daripada didapati bermanfaat sebagai antidiabetes, anti-inflamasi, anti-obesiti, antimikrobial, antihypertensi, dan antikanser. Dari segi kandungan nutrien, 100g tanaman ini membekalkan antara lainnya 18 kkal tenaga, 1.6g fiber, 270mg kalsium, 426g potassium dan 64.6mg vitamin C.
Dalam satu kajian terbaru yang diterbitkan pada awal tahun 2021 di dalam jurnal Nutrients, para pengkaji dari Universiti Kebangsaan Malaysia melaporkan bahawa pengambilan Ulam Raja dapat mempengaruhi fungsi otak. Dalam kajian tersebut, 48 orang warga tua berumur dalam lingkungan 60 hingga 75 tahun yang mengalami masalah kognitif yang ringan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi makan kapsul yang mengandungi 500 mg serbuk Ulam Raja selama 12 minggu manakala kumpulan kedua bertindak sebagai kumpulan kawalan, hanya diberi kapsul yang tidak mengandungi serbuk Ulam Raja.
Ads
Berikut 3 ringkasan dari kajian yang telah dilakukan:
MEMPERBAIKI FUNGSI OTAK DAN TAHAP KOGNITIF
ULAM RAJA BERPOTENSI MENGURANGKAN STRES
Tanaman ini didapati memberi kesan positif terhadap stres dan gangguan mood kerana kandungan flavonoid di dalamnya mempunyai kesan anti-depresi serta mampu mengurangkan rasa cemas (anxiety)
ANTIOKSIDAN DAN MENGURANGKAN RADIKAL BEBAS
Kajian pada tahun 2012 oleh para penyelidik dari Universiti Sains Malaysia turut mendapati tanaman ini mempunyai kapasiti antioksidan yang tertinggi jika dibandingkan dengan daun selom, daun kari, petai dan pegaga.
RESEPI Kerabu Ulam Raja
Ads
Bahan-bahan:
1 ikat daun ulam raja ( dihiris halus)
½ biji kelapa ( santan)
1 inci halia-ditumbuk
3-4 batang serai-ditumbuk
10 biji cili Melaka-ditumbuk
Udang direbus-ditumbuk sedikit
2-3 sudu air asam jawa
1 peket kerisik
½ inci belacan
Bawang besar- dihiris nipis
Bunga kantan -dihiris
Garam, gula dan sedikit serbuk perasa
Cara membuat: 1. Masukkan bahan yang ditumbuk, kerisik dan belacan digaul bersama santan. 2.Masukkan air asam jawa,garam, gula dan serbuk perasa. Rasa mengikut citarasa masing-masing. 3. Masukkan daun ulam raja,bunga kantan dan bawang besar. Gaul sebati.
Sedapnya ulam raja ni, makan dengan nasi panas memang tak pandang kiri kanan dah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebuah lagi perkahwinan diraja atau royal wedding berlangsung. Tetapi kali ini ia bertempat di Malaysia dan bukannya di United Kingdom.
Sudah lama kita tak melihat perkahwinan seglamor ini berlangsung di sini. Kali terakhir ia mendapat liputan menyeluruh adalah semasa Faliq Nasimuddin mengahwini Chryseis Tan. Atau semasa Tengku Shariffuddin Shah mengahwini Che Puan Juliana Evans.
Kelmarin telah menyaksikan majlis resepsi nan glamor di antara Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan dan Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad.
Bertempat di Hotel Shangri La Kuala Lumpur, majlis tersebut dihadiri oleh kerabat diraja, tetamu VIP, kenalan rapat pengantin berdua dan ahli keluarga. Tapi dalam ramai-ramai tu, ada juga para selebriti atau personaliti popular yang turut dijemput dan hadir.
Jom tengok siapa mereka dan bagaimana OOTD masing-masing..
Tatkala umat Islam di seluruh dunia terpaksa menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah kerana masjid serta surau rata-rata tidak mempunyai kapasiti ruang yang cukup untuk membenarkan solat secara penjarakan sosial, lain pula ceritanya dengan di Jerman.
Foto yang dimuat naik oleh seorang wartawan di BBC UK memaparkan bagaimana ruang letak kereta tanpa bumbung di IKEA cawangan Wetzlar (berdekatan Frankfurt) itu bertukar wajah menjadi ruang solat mega.
Tweet yang dimuatnaik oleh @AbdirahimS itu mendapat perhatian apabila ramai kagum dengan usaha IKEA Jerman yang bersifat terbuka kepada umat Islam di sana.
Ia bagi memenuhi tuntutan sunat muakad penduduk Islam di sana yang ingin menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Setiap jemaah bagaimanapun tetap mempraktikkan penjarakan sosial apabila kain sejadah masing-masing diasingkan dengan jarak 1 meter.
Menurut Abdi Rahim, disebabkan perlu mengikut arahan penjarakan sosial itu, penduduk Islam di sana meminta kebenaran daripada pihak IKEA untuk menggunakan ruang luas tersebut dan pihak pengurusan tidak mempunyai sebarang masalah untuk membenarkannya!
Semasa solat dan khutbah ditunaikan, pihak polis turut didapati dalam keadaan bersedia bagi melindungi jemaah.
Perkembangan tersebut mendapat reaksi positif daripada ribuan pengguna Twitter. Ia sekaligus membuktikan bahawa penduduk di Wetzlar Jerman menolak sebarang bentuk ‘peperangan’ Islamofobia yang sering kedengaran di sekitar benua Eropah.
Malah pihak penganjur dan masjid turut berterima kasih kepada IKEA dan semua yang terlibat kerana telah menjayakan acara tersebut.
Nampaknya, keprihatinan masyarakat masih wujud dalam dunia ini.
Bagi korang yang menetap di sekitar Lembah Klang, pastinya korang perasan situasi hujan lebat yang berlaku kebelakangan ini.
Jika sebelum ini, viral video insiden dinding cermin berdekatan dengan sebuah mesin ATM Maybank pecah dek angin kuat. Semalam satu lagi insiden berpunca hujan lebat berlaku.
Hujan lebat dan angin kencang yang melanda ibu kota petang tadi telah mengakibatkan seorang penghantar makanan meninggal dunia kerana dihempap pokok tumbang di Alam Damai, Taman Len Seng, Cheras.
Video semasa hujan lebat berlaku
Melalui video perkongsian laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis. Dilihat orang ramai membantu, pemuda Melayu berusia 20 tahun itu tidak sedarkan diri selepas dihempap pokok tumbang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Sahkan rider Grab maut
“Sebaik tiba di lokasi pada jam 4.28 petang, pasukan bomba diketuai Zaimi Mat Yusuf Ahmad bersama lima anggota melaporkan seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.”
“Pada masa sama, pasukan bomba turut memotong dan mengalihkan pokok tumbang seterusnya memastikan kawasan dalam keadaan selamat,” katanya
Al-fatihah (dengan bacaan) kami ucapkan buat remaja ini, moga rohnya dicucuri rahmat dari Allah dibulan mulia. Moga korang semua mengambil iktibar atas apa yang berlaku terutama dimusim hujan ini.
Ketika hujan lebat dan petir, perkara penting perlu diketahui bagi melindungi diri daripada disambar kilat.
Tiada satu tempat di luar yang selamat jika ribut petir berlaku di kawasan berkenaan.
Jika mendengar guruh di langit, ketahuilah kilat atau petir adalah cukup dekat untuk menyambar anda.
Apabila mendengar guruh, segera beralih ke tempat perlindungan lebih selamat.
Contoh tempat berlindung yang selamat adalah bangunan besar atau di dalam kenderaan bertutup dan berbumbung besi.
Tunggu di tempat perlindungan selamat itu sekurang-kurangnya 30 minit selepas anda mendengar guruh terakhir.
Tip keselamatan ketika berada di dalam bangunan
Jauhikabel telefon, komputer dan peralatan elektrik lain yang akan meletakkan anda dalam hubungan secara langsung dengan elektrik.
Jauhi paip tembaga atau besi, termasuk sinki, tab mandi dan kepala paip.
Jauhi tingkap dan pintu atau berehat di luar anjung.
Jangan berbaring di atas lantai konkrit atau bersandar pada dinding konkrit.
Jika terperangkap di luar, langkah ini boleh mengurangkan risiko dipanah petir.
Segera turun dari kawasan tinggi seperti bukit, rabung atau puncak gunung
Jangan berbaring di atas tanah
Jangan menggunakan pokok sebagai tempat berlindung
Jangan menggunakan tebing atau kawasan berbatu untuk berlindung
Segera keluar dan jauhi kolam, tasik dan takungan air
Jauhi objek yang boleh mengalirkan elektrik (pagar kawat berduri, talian elektrik atau telefon dan lain-lain.)
Jika seseorang dipanah petir:
Jangan bimbang, mangsa tidak membawa sebarang cas elektrik, malahan mangsa mungkin memerlukan perubatan dan perhatian segera.
Awasi keadaan mangsa dan mulakan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), jika perlu.
Isu peminat fanatik yang tidak 'merestui' hubungan percintaan yang terjalin antara bintang K-pop dari Korea Selatan bukan satu isu yang baharu timbul.Sejak era generasi...