Jika korang masih ingat, masa Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini viral remix lagu Kesana Kesini di sosial media. Malah ia turut meraih perhatian ramai selebriti untuk menghasilkan video menari menggunakan lagu remix ini sebagai latarbelakang rakaman mereka.
Siapa sangka, PKP 2.0 ini juga muncul lagu khas hasil ucapan rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu.
Menariknya, idea lagu ‘PKP 2.0’ ini yang diambil daripada kumpulan Nasyid Raihan bertajuk lagu Bismillah ini memang sangat cool dan kreatif. Untuk pengetahun korang, lagu ini dihasilkan oleh komposer serta gitaris ternama Hujan, AG Coco yang dimuat naik di saluran YouTube ML Studios.
Rata-rata peminat Hujan tidak menyangka AG Coco akan menghasilkan lagu seperti ini dan ternyata ramai yang menyukai lagu PKP 2.0 ini.
‘Will trending on TikTok soon’
Versi penuh lagu PKP 2.0 ini telah meraih lebih 109,996 tontonan walaupun baru semalam dimuat naik.
Lagu Penuh Mesej Dan Peringatan
Walaupun, lagu ini idea daripada petikan ucapan Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai unsur humor namun video dan lirik lagu ini terselit nasihat dan peringatan bahawa COVID-19 ini memberi kesan kepada semua dan mengapa kita perlu tegas dalam menghadapinya.
Lirik lagu PKP 2.0
Dimulakan dengan dua minggu Disudahi dengan berminggu-minggu Begitulah kita semua dok membilang Mudah-mudahan COVID-19 hilang. Dimulakan dengan dua minggu Disudahi dengan berminggu-minggu Begitulah berbulan PKP PKP PK PK lah sampai tak boleh pikiaq. Mula mula (RATUS) Lepas tu? (4 RIBU) Hari tu dah 0 tapi tak lama Kuarantin 2 minggu pun tak mau dengaq cakap Sama sama pakat takmau dengaq cakap Begitulah berbulan PKP PKP PK PK lah sampai tak bleh pikiaq. PKPB PKPD PKPP Ramai ramai jagalah SOP Jangan jadi 2020 lagi Tahun ini jangan jadi lagi. Lirik: AG Coco
Apa-apapun, pastikan korang selalu cuci tangan, pakai facemask, guna ‘sanitizer’ serta lakukan semua SOP yang ditetapkan oleh KKM bagi menghindari dari pandemik COVID-19 ini.