Ular Punca Wabak? Ada Sebab Mengapa Haiwan Eksotik & Berbisa Diharamkan Islam

Share

 

Situasi trending yang sedang menakutkan kebanyakan negara terutamanya di benua Asia buat masa ini tak lain tak bukan ialah wabak Virus Corona.

Artikel BerkaitanTerkejut Lihat Ramai Pelancong China Di Langkawi, Netizen Speku Dari Wuhan?

Walaupun pasukan saintis sedunia masih mencari punc sebenar wujudnya virus misteri ini sejak akhir Disember 2019, ramai yang mengaitkan Virus Corona dengan pengambilan haiwan eksotik terutamanya ular, tikus, kelawar dan lain-lain sebagai makanan di China.

Pada waktu yang sama, sebahagian pasukan saintis berkata kita tak seharusnya membuat kesimpulan sebelum ia benar-benar disahkan.

Apapun, seperti wabak Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) yang pernah melanda dunia sekitar tahun 2002-2003, Virus Corona juga berkait dengan kumpulan kelawar.

Mereka mensyaki ada di antara haiwan eksotik yang dijual di pasaraya basah Wuhan dijangkiti wabak tersebut daripada kumpulan Kelawar dan akhirnya merebak kepada manusia.

Lalu, masyarakat Muslim pantas mengingati semula akan larangan agama terhadap makanan eksotik seperti ini. Ada sebab dan hikmah mengapa kita dilarang untuk makan haiwan bertaring dan berbisa.

Ia telah disebut dalam Surah al-A’raf ayat 157.

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya : “Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”

Menurut perkongsian saudara Faiq Syahmi, apabila Allah mencipta dunia ini, Allah maha mengetahui kebaikan dan keburukan yang berada di dalamnya.

Contohnya makanan yang diharamkan adalah daging khinzir.

“Khinzir adalah binatang yang mempunyai peranan yang lain di muka bumi.

“Makanan untuk khinzir juga terdiri daripada sampah, bangkai dan serangga. Terlalu banyak jenis makanan yang dimakan oleh khinzir, maka ia tidak sesuai untuk badan manusia.”

Bagaimana pula hikmah Allah melarang kita daripada mengambil makanan binatang bertaring?

Menurut hadis yang diriwiyatkan oleh Ibnu Abbas, Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ كُلِّ ذِي نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ وَعَنْ كُلِّ ذِي مِخْلَبٍ مِنَ الطَّيْرِ

Maksudnya : “Rasulullah SAW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam.”

*

Kata Faiq lagi, “Hikmah tidak memakan binatang bertaring seperti kelawar, ular, dan lain-lain telah terbukti hari ini.

“Virus daripada sejnjs binatang boleh berjangkit ke binatang yang lain, akhirnya merebak kepada pengguna akhir iaitu manusia.”

Lalu, apakah fungsi sesuatu binatang jika mereka tidak dicipta untuk dimakan?

Fungsi siratan makanan adalah untuk mengawal sesetengah haiwan dari spesis yang lain untuk hidup berlebihan di bumi.

Jika tiada haiwan pemangsa di dalam hutan, maka jumlah haiwan herbivor akan bertambah, tidak terkawal lalu menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem.

Begitulah hebatnya hukum dan hikmah yang telah ditetapkan islam.

Bukan sahaja sesetengah haiwan diharamkan. Malah makan berlebihan yang memberi mudarat pada tubuh badan seseorang.

Wallahualam.

Published by
FZ