Umat Islam Boleh Solat Tarawih Berjemaah Tanpa Penjarakan Sosial Pada Fasa Endemik?

Share

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telahpun mengumumkan bahawa Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.

Katanya, fasa ini bermaksud negara akan memulakan langkah strategi keluar untuk membolehkan negara kembali semula ke kehidupan hampir normal setelah tempoh dua tahun berdepan dengan pandemik COVID-19.

Begitupun, rakyat masih diwajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam sepanjang fasa endemik ini.

Begitu juga dengan penggunaan aplikasi MySejahtera yang masih diwajibkan. Namun kini, kita tidak lagi perlu mengimbas kod QR di kawasan terbuka yang tidak sesak. Hanya imbas sahaja kod tersebut di tempat tertutup dipenuhi pengunjung.

Pelbagai kelonggaran yang mula diberikan kepada rakyat pada fasa endemik telah dimumkan termasuklah waktu operasi premis perniagaan, aktiviti rentas negeri, had kapasiti pekerja di premis dan perkumpulan orang ramai.

LIHAT KELONGGARAN FASA ENDEMIK : Malaysia Beralih Ke Fasa Endemik, Ini Antara SOP Yang Berubah – REMAJA

Sumber Foto : Isma Web

Satu kelonggaran paling menarik pada pandangan REMAJA adalah cadangan kerajaan untuk membenarkan perlaksanaan aktiviti solat berjemaah di masjid atau surau serta rumah ibadat masyarakat bukan Islam, TANPA penjarakan sosial.

Keputusan itu bagaimanapun masih tertakluk kepada Majlis Agama Negeri.

ARTIKEL BERKAITAN : Perlu Lengkap 2 Dos Vaksinasi & Suntikan Booster, Baru Boleh Solat Jumaat – REMAJA

Adakah ini bermakna umat Islam akan dibenarkan bersolat Tarawih pada bulan Ramadan dengan kedudukan jemaah berdiri rapat sesama mereka pada bulan April ini? Jika menurut apa yang diumumkan, Perdana Menteri seakan memberikan bayangan tersebut.

Begitupun, kita masih perlu menantikan keputusan daripada Majlis Agama Negeri yang dijangka bakal diberikan tidak lama lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ