Ingatkan perkahwinan Diraja Inggeris, rupanya pertunjukan fesyen koleksi Raya.

Berlangsung di Stadium Chin Woo Kuala Lumpur semalam, pasukan Zalora dan Rizalman Ibrahim nyata telah berhempas pulas untuk menyiapkan sebuah persembahan fesyen Raya yang lain daripada yang lain.

Dengan konsep Diraja Inggeris, rata-rata inspirasi dekor dan lagu yang dimainkan begitu hampir dengan realiti yang sebenar. Apa yang lebih mengujakan adalah apabila para tetamu mereka menyarungkan persalinan seperti betul-betul ingin menghadiri perkahwinan puteri dan putera kerabat diraja Inggeris!

Siapa paling wow semalam? Jom kita lihat.

 

01

Scha Al-Yahya & Awal Ashaari

Umpama Hadiri Perkahwinan Diraja Inggeris! Ini Stail Selebriti Di Pertunjukan #RizalmanForZalora

Walaupun caption “Lalu kami pun feeling mengikut tema” mencuit hati ramai pengikut mereka di Instagram, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari seperti biasa tidak mengecewakan dalam bab berfesyen apabila menyarungkan jenama Rizalman. Selain bahagian belakang skirt Scha yang cukup menarik, kami juga gemarkan solekan dan dandanannya yang minamal.

 

02

Izara Aishah

Ads

Umpama Hadiri Perkahwinan Diraja Inggeris! Ini Stail Selebriti Di Pertunjukan #RizalmanForZalora

Kemunculan muse koleksi Raya 2018 Dato’ Rizalman Ibrahim ini amat dinanti-nantikan. Jika pada tahun lalu Izara mempersembahkan tarian Bollywood khas untuk para tetamu, kali ini dia mengambil tempat duduk khas sebagai tetamu VIP.

Dress paras lutut kelihatan cantik terletak pada figuranya. Lihatlah perincian butang pada bahu yang menaikkan seri wajah Izara serba matte. Less is definitely more!

 

03

Noor Neelofa

Umpama Hadiri Perkahwinan Diraja Inggeris! Ini Stail Selebriti Di Pertunjukan #RizalmanForZalora

Ads

Fesyenista hijab ini membuktikan persalinan baju Raya pun boleh kelihatan chic dan elegan apabila dia memilih salah satu rekaan koleksi #RizalmanForZalora. Kemudian, Neelofa memadankannya dengan aksesori sarung tangan baldu (woot!), topi fascinator dan solekan nude oleh jurudandan, Dr. Mukhlis.

 

04

Hael Husaini

Umpama Hadiri Perkahwinan Diraja Inggeris! Ini Stail Selebriti Di Pertunjukan #RizalmanForZalora

Siapa kata lelaki tak boleh tampil bergaya? Hael Husaini memilih sut kemas dan fitted bercorak plaits untuk digandingkan dengan beg sandang Christian Dior. Seperti biasa, Hael kemaskan look ini dengan aksesori kaca mata hitam.

 

Ads

05

Yaya Zahir

Umpama Hadiri Perkahwinan Diraja Inggeris! Ini Stail Selebriti Di Pertunjukan #RizalmanForZalora

Ringkas tetapi elegan!

Yaya Zahir kelihatan cukup chic dengan persalinan tuksedo moden yang diberikan nafas segar. Penulis cukup menggemari bahagian lapel blazer yang mempunyai bentuk wajah orang.

 

06

Puteri Kesultanan Pahang

Umpama Hadiri Perkahwinan Diraja Inggeris! Ini Stail Selebriti Di Pertunjukan #RizalmanForZalora

Dan tentunya, puteri kesayangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar tidak ketinggalan untuk menjadi jemputan VIP semalam.

Walaupun ada yang memilih untuk berbaju kurung seperti Tengku Puteri Jihan Azizan Abdullah (2 dari kiri) dan Tengku Puteri Iman Afzan Abdullah (3 dari kiri), mereka cukup kena dengan tema yang ditampilkan #RizalmanForZalora iaitu Royal Escort. Turut hadir ialah (dari kanan) Tunku Kaiyisah, Puteri Afzan Shakira dan Puteri Suraiya Afzan.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI