Sebelum ini Arab Saudi akhirnya membenarkan pelaksanaan ibadah umrah sepanjang tahun secara berperingkat mulai Oktober lepas, selepas beberapa bulan ibadah umrah dan haji dihadkan kerana wabak pandemik COVID-19.
Terbaru, demi mencegah penyebaran wabak Covid-19 di negara suci tersebut Arab Saudi akan memperkenalkan peraturan baru berkaitan umrah.
Mengikut laporan portal SPA.GOV.SA, sesiapa yang didapati menunaikan umrah pada bulan Ramadhan tanpa permit sah akan dikenakan denda SR10,000 (RM11,000). Manakala pengunjung yang ditangkap cuba memasuki perkarangan Mekah untuk berdoa akan didenda SR1,000 (RM1,100).
Hmm….nak beribadat sekarang pun kena denda.
Mengikut sumber lagi, hukuman ini akan dilaksanakan sehingga wabak COVID berakhir dan norma kehidupan kembali biasa. Justeru itu, semua orang diminta mematuhi semua arahan yang menghendaki mereka yang ingin menunaikan umrah atau solat di Mekah untuk mendapatkan izin terlebih dahulu.
Anggota keselamatan akan menjalankan tugas mereka di semua jalan iaitu di pusat pemeriksaan keselamatan, kawasan serta koridor yang menuju ke kawasan tengah sekitar Mekah bagi mengelakkan sebarang percubaan melanggar peraturan yang berlaku.
Ada bagusnya juga, pengawasan ketat diberikan sebelum membenarkan kemasukan pelancong dari luar negara untuk menunaikan umrah.
Hm, bagi rakyat Malaysia pula kita tunggu kerajaan membuka pintu sempadan dulu ya, insyaAllah selepas ini kita juga berpeluang menunaikan umrah semula. Sama-sama kita doakan agar penularan wabak COVID-19 ini tamat secepat mungkin.