Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi meneruskan program tuisyen percuma Asnaf A to A bagi membantu 325 pelajar, pada tahun ini.
Naib Canselor UMT, Prof Ir Dr Mohd Zamri Ibrahim, berkata program ini melibatkan peruntukan sebanyak RM365,400 yang dibiayai oleh Etiqa Family Takaful Berhad.
“Program yang memasuki tahun keempat ini bertujuan memberikan peluang kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kalangan asnaf untuk mendapatkan bimbingan percuma daripada mahasiswa UMT yang bertugas sebagai tenaga pengajar,” katanya dalam kenyataan.
Ads
Seiring dengan komitmen UMT, tahun ini, program tersebut dijenamakan semula sebagai Tuisyen Komuniti Etiqa, hasil kerjasama antara UMT dan Etiqa Family Takaful Berhad.
“Kami komited meneruskan program ini untuk membantu lebih ramai pelajar yang memerlukan bimbingan akademik tambahan tetapi kurang berkemampuan,” tambahnya.
Sejak diperkenalkan, program ini telah memberi manfaat kepada 1,630 pelajar dan melibatkan 405 mahasiswa sebagai tenaga pengajar sepanjang tiga tahun penganjuran.
Selain itu, bayaran sagu hati kepada mahasiswa turut membantu mereka dalam menampung perbelanjaan harian di kampus.
Ads
Kredit: IG UMT
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama & IG UMT
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada pagi Rabu di usia 86 tahun.
Perkara berkenaan disahkan peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili Daim dan isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dalam kes mahkamah.
Tun Daim merupakan tokoh politik dan ahli perniagaan Malaysia yang terkenal. Beliau dilahirkan pada 29 April 1938 di Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan Malaysia dan memainkan peranan penting dalam ekonomi negara.
Selain itu, Tun Daim dikenali sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan pada era 1980-an dan 1990-an, terutamanya semasa pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau memainkan peranan besar dalam membantu Malaysia mencapai pembangunan pesat dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang fokus kepada perindustrian dan eksport.
Kredit: Sinar Plus
Semasa kepimpinannya sebagai Menteri Kewangan, Malaysia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan beberapa pembaharuan dalam sektor kewangan serta pelaburan infrastruktur.
Beliau juga terkenal dengan pendekatan pragmatik dalam pengurusan kewangan negara dan dikenali sebagai seorang tokoh yang berdedikasi dalam menggalakkan pembangunan ekonomi.
Di luar politik, Tun Daim terlibat dalam pelbagai perniagaan dan pelaburan. Beliau dianggap sebagai salah satu individu yang berpengaruh dalam dunia korporat di Malaysia.
Tun Daim lantang dalam menyuarakan pendapatnya tentang isu-isu nasional, terutamanya dalam bidang ekonomi.
Walaupun telah bersara daripada politik aktif, beliau masih memainkan peranan penting dalam memberi pandangan terhadap polisi-polisi ekonomi negara.
Al-Fatihah…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti yang diketahui ramai, masalah buli dalam kalangan pelajar masih lagi berlaku sehingga hari ini.
Macam yang terjadi baru-baru ini, seorang pelajar berusia 20 tahun dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan ditekap menggunakan seterika wap paanas dan juga seorang lagi pelajar juga dari UPNM yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat di pijak senior di padang kawad.
Budaya membuli ini harus diakui acap kali berlaku dalam kalangan pelajar yang tinggal di asrama, baik di peringkat sekolah juga institusi pengajian tinggi. Paling menakutkan, kes seperti ini bukanlah kali pertama terjadi sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada pelajar di kawasan tempat belajar seperti sekolah dan universiti.
Sudah banyak kisah tragis yang serupa berlaku sehingga ada yang meragut nyawa. Jom kami kongsikan kepada anda beberapa kes buli yang pernah terjadi di negara kita.
AMIRUL NASHRIQ OTHMAN – 2018
Menurut laporan, sebelum ini hasil siasatan polis mendapati Amirul Nashriq yang berusia 19 tahun pada ketika itu meninggal dunia akibat lemas ketika mandi bersama-sama rakannya di Air Terjun Chamang, Pahang pada 24 Mac 2018. Namun, kes ini dibuka semula pada tahun ini apabila peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar mahu menuntut keadilan bagi pihak Amirul Nashriq.
Ini disebabkan pemergiaannya menimbulkan 1001 persoalan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, ada juga yang mendakwa bahawa kematian Amirul Nashriq bukanlah disebabkan lemas tetapi kerana didera.
ZULFARHAN OSMAN ZULKARNAIN – 2017
Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dilaporkan telah didera melalui tekapan seterika wap terhadap badannya secara berulang kali serta pukulan-pukulan menggunakan tali pinggang, getah paip, dan hanger oleh sekumpulan pelajar sealiran atas tuduhan pencurian sebuah komputer riba.
Disebabkan cedera parah akibat perbuatan yang dilakukan terhadapnya, Zulfarhan menghembuskan nafas terakhir pada 1 Jun 2017. Kini, ke 6-6 suspek telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
MOHAMMAD NAIM MUSTAQIM – 2010
Pada tahun 2010, kematian yang meragut nyawa Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri iaitu pelajar Maktab Tentera Di-Raja (RMC) yang pada ketika itu berusia 16 tahun adalah disebabkan dirinya menjadi sasaran pelajar senior sejak sesi persekolahan bermula. Allahyarham dikatakan telah dibelasah pelajar senior sehingga tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera Kem Sungai Besi.
Punca kematian Naim disebabkan oleh gegaran yang berlaku pada bahagian kepalanya, selepas dia jatuh ditendang. Lima pelajar senior tersebut telah dibuang serta merta dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh, yang membawa hukuman mati mandatori.
MUHAMMAD FARID IBRAHIM – 2004
Seterusnya, kes buli yang terjadi kepada allahyarham Muhammad Farid Ibrahim yang berlaku 20 tahun lepas pada tahun 2004. Pelajar Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor, Ampangan, Negeri Sembilan yang didapati meninggal dunia selepas dibelasah beramai-ramai 8 orang pelajar lain. Kesemua mereka didapati bersalah, namun disebabkan mereka pada ketika itu dibawah usia 18 tahun mereka tidak boleh dihukum gantung dan hanya dikenakan hukuman penjara oleh mahkamah.
Bagaimanapun, mereka semua telah diberi pengampunan oleh YDP Negeri Sembilan dan dibebaskan pada tahun 2019.
Jadi itulah antara beberapa kes buli yang pernah terjadi di negara kita. Apa pendapat anda? Kenapa budaya ragging yang teruk ini masih berlaku?
Kami di Remaja ingin menyeru orang ramai jika nampak ada mangsa yang dibuli, cuba bantu mereka. Jika anda takut untuk tampil seorang diri, boleh ajak rakan-rakan lain untuk bantu mangsa sebelum ia menjadi lebih teruk.
Ingat, jangan biarkan ini terjadi lagi. Jom lakukan perubahan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelari pecut Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal melakar sensasi apabila dinobatkan sebagai ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, Kuching hari ini.
Malah atlet dari Selangor yang berusia 19 tahun itu turut melakar kejutan apabila memperbaharui rekod 100 meter (m) temasya menerusi catatan 11.64 saat (s).
Kredit: MSN Selangor
Kejayaan tersebut sekaligus memadam rekod SUKMA 11.81s milik Azreen Nabila Alias yang dirakam pada edisi 2018 di Perak enam (6) tahun lalu.
Pingat perak pula menjadi milik pelari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad menerusi catatan 11.90s, manakala pelari tuan rumah, Ormilla Octavia Codday pula di tempat ketiga menerusi catatan 12.19s.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...