Hiburan

Umum Kolaborasi Bersama Rosalía Menerusi Single ‘New Woman’, Lisa BLACKPINK Bakal Lancarkan Lagi 3 Lagu Baru!

Share

Baru sahaja menggegarkan dunia dengan Rockstar, kini penyanyi terkenal Lisa Blackpink kembali sekali lagi dengan mengumumkan kolaborasi hebat bersama Rosalía penyanyi yang berasal dari Sepanyol.

Menerusi Instagram, duo bintang terkenal ini telah pun memberi beberapa petunjuk sehingga membuatkan para peminat tertanya, kemudian rasmi diumumkan kerjasama New Woman akan dilancarkan pada 15 Ogos ini.

Pada awal minggu ini, Lisa juga mula membocorkan kolaborasi tersebut. Dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Lisa yang tampil berambut merah jambu sambil memperagakan loket berbentuk bintang di lehernya.

Video tersebut dimuat naik sebulan selepas ikon K-Pop tersebut melangkah ke fasa baru dalam kerjaya solonya dengan ‘Rockstar’ yang mendapat carta keempat di Billboard Global 200, serta meraih carta nombor satu Lisa di Billboard Global Excl. U.S.

Sekadar info, ‘Rockstar’ merupakan pelancaran pertama Lisa sejak menandatangani kontrak dengan RCA Records untuk menyokong aktiviti solonya, di mana dia menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikatnya sendiri, LLOUD yang membolehkannya untuk mengekalkan hak milik atas rakaman.

Kredit: X @LILY24EDITS

Dalam pada itu, bercakap mengenai aktiviti solo Lisa, peminat menjangkakan Lisa akan kembali melancarkan lebih kurang tiga buah single terbaru pada masa akan datang. Ia susulan petunjuk ‘bintang’ yang cuma mempunyai dua (2) sinar menerusi video yang muat naik.

Hmm, kalau betul teori ‘shining star’ dalam video Lisa itu. Maknanya, mungkin akan ada lagi tiga (3) buah lagu lah kan? Nanti kita lihat dan tunggu ya!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE