Penyanyi remaja popular, Haqiem Rusli telah mengumumkan kepada umum menerusi sesi siaran langsung di Instagram bahawa dia akan berkahwin pada penghujung tahun ini.
Walaupun begitu, siapa gadis yang bakal menjadi suri hatinya itu masih lagi menjadi misteri kerana Haqiem masih menantikan waktu yang sesuai sebelum mendedahkan identiti gadis yang berjaya menawan hatinya itu
Mengakui pernah menghadiri kursus perkahwinan sebelum ini, dalam sesi semalam Haqiem berharap pengumuman yang dibuatnya itu tidak memberikan sebarang kejutan atau reaksi negatif daripada mana-mana pihak dan agar semua berfikiran matang dalam memahami perkara ini.
Sedutan sesi siaran langsung daripada Instagram Haqiem turut dikongsi oleh salah satu pemilik akaun twitter yang telah sempat menyaksikannya.
Untuk pengetahuan semua, Haqiem, 23, mula menceburi bidang nyanyian ketika masih kecil lagi menerusi pertandingan Idola Kecil di saluran TV9.
Menginjak dewasa, namanya semakin memuncah dan tidak lagi asing dalam industri seni sebagai seorang pelapis anak seni yang berbakat. Sehingga kini, banyak kejayaan yang telahpun diraih oleh Haqiem seperti merangkul gelaran berprestij Bintang Paling Popular 2020 selain pernah memenangi tempat ketiga di pentas Anugerah Juara lagu dengan menaruhkan lagu Tergantung Sepi.
Sumber gambar: Instagram Haqiem Rusli