Umum Persaraan, 5 Fakta Menarik Tentang Juara Dunia Valentino Rossi

Share

“Riding a race bike is an art – a thing that you do because you feel something inside”

Itu adalah antara quote pelumba motorsikal terkenaldan juara dunia Valentino Rossi.

Menjangkau karier selama 26 tahun, Rossi telah mengumumkan akan bersara dan tidak akan beraksi dalam MotoGP musim hadapan. Berita mengejutkan ini disampaikan oleh beliau sendiri dalam satu sidang media yang diadakan hari Khamis di Grand Prix Michelin di Styria.

Foto Kredit : Crash.net

“Saya telah membuat keputusan untuk berhenti pada akhir musim ini jadi ini akan menjadi separuh musim terakhir saya sebagai pelumba MotoGP. Ini merupakan saat yang menyedihkan kerana sukar untuk menyatakan bahawa tahun hadapan saya tidak akan berlumba motosikal lagi, saya rasa cukup untuk lebih 30 tahun ini,” jelas pelumba dari Itali ini.

Pelumba yang berusia 42 tahun ini berkata bahawa kehidupannya akan berubah pada tahun hadapan namun ianya sangat hebat kerana beliau telah ‘menikmati’ zaman mudanya dengan begitu baik.

Walaupun begitu, pelumba yang dilahirkan pada 16 Februari 1979 itu mempunyai rekod luar biasa sepanjang perjalanannya di MotoGP selama 25 tahun. Wow lama ya….

Di sini kami kumpulkan beberapa fakta menarik mengenai Valentino Rossi semasa karier nya di MotoGP.

Juara Dunia Sembilan Kali

Menjadi juara sembilan kali di MotoGP adalah rekod hebat buat Rossi. Secara terperinci, dia menang tujuh kali di kelas 500 cc, dan sekali masing-masing di kelas 125 dan 250 cc.

Kejuaraan pertamanya berlaku di kelas 125 cc pada tahun 1997. Rossi memenangi gelaran kedua dalam kelas 250 cc pada tahun 1997.

Untuk kelas 500 cc, Rossi menang lima tahun berturut-turut dari tahun 2001 hingga 2005. Kemudian, pelumba yang dilahirkan di Urbino, Itali itu menjadi juara pada tahun 2008 dan 2009.

235 Kali Naik Podium

Selain menjadi juara, Rossi juga sering berada di podium. Untuk rekod, dia telah naik ke podium MotoGP sebanyak 235 kali. Secara terperinci, 115 kali dia berada di posisi pertama, 67 kali dia berada di posisi kedua, dan 53 kali dia berada di posisi ketiga.

Terutama di kelas 500 cc, Rossi menduduki tempat pertama 89 kali. 61 kali di kedudukan kedua, dan 49 kali di posisi ketiga.

Kedudukan Tiang 65 Kali

Selain juara, Rossi juga terkenal sering memulakan perlumbaan dari posisi pertama. Sebanyak 65 kali dia telah menduduki posisi pertama dalam kariernya di MotoGP. Secara terperinci, 55 kali kedudukan tiang ketika tampil di Moto GP, lima yang lain di kelas 250 dan 125 cc.

Pernah Menjadi Punca Marc Marquez Jatuh

Rossi dan Marquez pernah terlibat dalam persaingan pada musim 2015. Pada masa itu, Rossi mendorong Marquez turun semasa perlumbaan di Sepang MotoGP, Malaysia. Rossi dilaporkan marah kerana Marquez menghalang langkahnya untuk menangkap Jorge Lorenzo. Pada akhir perlumbaan, Lorenzo berada di tempat kedua dan Rossi berada di belakangnya. Namun, pada perlumbaan seterusnya di Valencia, Rossi harus bermula dari kedudukan terakhir kerana penalti menendang Marquez.

Rekod Hebat pada Musim 2003

Valentino Rossi berjaya muncul sebagai juara pada musim MotoGP 2003. Pada masa itu, dia berjaya meraih 357 mata dari 16 perlumbaan yang dia jalani. Menariknya, dari 16 perlumbaan, Rossi selalu berada di podium. Secara terperinci, sembilan kali di tempat pertama, lima kali di tempat kedua, dan hanya dua kali di tempat ketiga.

26 tahun bukan masa yang singkat ye. Apapun, pasti ramai sedih dengan berita ini dan akan sentiasa merindui aksi juara dunia ini dilitar MotoGP .

Sumber: MotoGP

Published by
Nana