Hiburan

Umur 22 Tahun Sudah Berkahwin? Hariz Hamdan Jawab Spekulasi Susulan Muat Naik Majlis Akad Nikah

Share

Kelibat pelakon berusia 22 tahun, Hariz Hamdan dan adik kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi dalam sebuah majlis pernikahan di media sosial telahpun membangkitkan pelbagai persoalan dalam kalangan warganet.

Segak dan anggun dalam persalinan serba putih, Hariz kelihatan tenang dan bersedia untuk melafazkan akad nikah. Manakala, Hazwani yang ditemani kakaknya, Heliza di sisi turut kelihatan ceria menantikan detik mendebarkan itu.

Tinjauan REMAJA terhadap hantaran Instagram yang dimuat naik oleh Hariz sendiri menerusi akaun miliknya mendapati rata-rata pengikutnya gembira dengan berita baik tersebut. Begitupun, tidak kurang juga warganet yang meluahkan rasa marah mereka.

Aikk, kenapa nak marah pula ni?

Manalah tak marah, rupa-rupanya majlis tersebut hanyalah sebahagian daripada babak lakonan drama 30 episod berjudul Iqbal! Patutlah ramai menyatakan bahawa mereka tertipu dengan hantaran tersebut gara-gara suasana ‘pernikahan mereka’ yang begitu realistik.

Ulas pelakon meningkat naik sejak menyertai pencarian Hero Remaja 2020 itu, beliau mengakui dirinya masih belum menamatkan zaman bujang pada usia semuda ini.

“Saya mohon maaf kepada anda yang keliru. Ramai pula kawan, media dan klien yang menelefon saya untuk bertanya.

“Foto-foto yang saya muat naik itu bukanlah bertujuan untuk meraih publisiti tetapi hanyalah sebahagian daripada promosi bagi drama berkenaan.

“Dan ya, saya masih bujang. Masih bekerja keras pada usia ini. Doakan Hariz dapat jodoh!” katanya.

Selain daripada Hariz dan Hazwani, drama terbitan NS Star Studio oleh Darling Ngasri ini turut dibintangi oleh Heliza Helmi, Dynas Mokhtar, dan Alia Zekri.

FOTO: Instagram Hariz Hamdan

BACA: ‘Aset’ Hariz Hamdan Jadi Perhatian Dek Pakai Seluar Ketat, “Saya Sedar Ada Yang Pandang Saya Sebagai Objek…” – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN