
Pelakon, Puteri Sarah Liyana tampil memuji tulisan anakanda sulungnya, Syaikhul Islam yang kemas dan cantik.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon naskhah hit Andai Itu Takdirnya itu menerusi Instastory di Instagram miliknya.
BACA LAGI: “Mama Kena Belajar…” Puteri Sarah Belajar Tentang Bola Sepak Demi Putera Sulungnya
Menerusi hantaran itu, Puteri Sarah mendedahkan anaknya yang gemar menulis selain tulisannya dilihat cantik walaupun baru sahaja berusia tujuh tahun.
“Syaikhul’s, dia suka menulis dan umurnya tujuh tahun tetapi tulisan cantik betul,” coretnya ringkas.
Sekadar informasi, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penerbit, Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Mac 2014.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Puteri Sarah Liyana
5 Kedai F&B Sahut Cabaran Menu RAHMAH, Harga Serendah RM4.90

Di sana-sini sekarang, orang ramai sedang rancak bercerita mengenai Menu Rahmah yang menawarkan hidangan berharga RM5 khusus bagi golongan B40.
Tambah menarik apabila menu Rahmah turut mendapat sambutan ramai daripada para peniaga sendiri yang menyambut baik inisiatif kerajaan Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Lancar Menu Rahmah RM5 Di 15,000 Premis, 15 Info Korang Perlu Tahu!
Jom! REMAJA kongsikan senarai lima buah kedai yang menawarkan Menu Rahmah untuk korang cuba.
1. CHATIME MALAYSIA
Pearl Milk Tea atau Grass Jelly Milk Tea pada harga RM5 sahaja di mana-mana cawangan Chatime. Hanya available dari 3 hingga 6 petang.
2.MYDIN
Pada harga RM4.90, korang akan mendapat set makanan tengahari atau makanan malam di bahagian ‘Ready-To-Eat’ dekat pasar raya Mydin terpilih. Menu Rahmah Mydin agak istimewa kerana ia berbeza mengikut hari.
3. MIOS KITCHEN
Seriuslah, grilled chicken chop hanya berharga RM4.90 sahaja? Mios Kitchen tidak ketinggalan menyahut seruan menu Rahmah ini. Menu ini hanya valid bagi yang makan secara dine-in sahaja. Tiada waktu tertentu untuk promo dan tertakluk pada terma & syarat.
4. Durians Atok
Peniaga durian juga tidak ketinggalan memperkenalkan pakej ‘Durian Rahmah’ dengan menjual raja buah itu pada harga RM4.99 sebekas.
Khairul Fahmy Md Yasin yang merupakan pengusaha gerai Durians Atok berkata, inisiatif yang dilaksanakan sejak minggu lepas ini ternyata mendapat sambutan menggalakkan dan menarik pembeli sehingga dari selatan tanah air ke gerainya.
5. RESTORAN ALI MAJU
Untuk info, menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan ini menawarkan hidangan makanan tengah hari atau malam pada harga RM5 di 15,000 premis makanan, khusus untuk golongan miskin tegar.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan boleh menikmati bersama keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
6 Trik Atasi Simptom PMS Yang Menyakitkan Dan Penuh Emosi!

Perempuan datang bulan selalunya dikaitkan dengan PMS atau sindrom pra haid iaitu gabungan simptom yang diberikan kepada simptom fizikal dan emosi yang mempengaruhi kehidupan seorang wanita.
Biasanya ia datang dua minggu sebelum period dan akan berkurangan bila period dah bermula dan hilang bila berakhirnya period.
Bila PMS ini menyerang, mulalah rasa macam mood swing, murung dan senang sangat nak marah. Kadang-kadang ada juga tiba-tiba je rasa sedih, beremosi dan susah tidur.
Itu sebab orang cakap kalau perempuan nak datang bulan ni, jangan korang pergi cari pasal dengan mereka. Silap haribulan, ada yang kena ‘angin’ tak baik mereka pula.
Tapi korang tahu tak ada beberapa hack di bawah boleh membantu anda mengawal emosi dengan lebih terkawal.
1. Makan Pisang Dan Sayuran Hijau

Buah dan sayur terutamanya pisang, kale, bayam dan salad romaine meningkatkan tahap kesihatan dan tenaga secara keseluruhan, dari gangguan tidur yang disebabkan oleh PMS hingga jerawat hormon.
2. Senaman Sekurangnya 2 1/2 Jam Setiap Minggu

Mungkin bersenam adalah perkara terakhir anda ingin lakukan, tetapi bersenam dapat meningkatkan mood anda, ironinya dengan membantu melawan keletihan.
3. Cuba Minum Teh Daun Raspberry Merah

Cuba amalkan teh daun raspberry merah bila gejala PMS anda datang menyerang. Teh daun raspberry merah dapat membantu PMS kerana ia berfungsi untuk merehatkan otot anda, dapat membantu mengatasi cirit-birit, kencing, berat badan, dan kekurangan vitamin.
4. Bawa Heating Pads Ke Mana Saja
Sekiranya anda mengalami kekejangan haid, anda perlu mendapatkan pad pemasanan. Pad pemanasan berfungsi dengan baik untuk menenangkan kekejangan haid jika anda mengalaminya.
5. Ambil Folic Acid, Magnesium, Vitamin E & Vitamin B6

Suplemen merupakan kaedah yang selalu orang guna untuk memerangi gejala PMS. Suplemen seperti folic acid, magnesium, vitamin E dan vitamin B6 disarankan untuk mengurangkan kekejangan dan perubahan emosi.
6. Tidur Paling Terbaik

Bila PMS, tiada perkara yang lebih baik daripada mendapatkan tidur yang cukup. Tidurlah seberapa banyak yang anda dapat ketika PMS, tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam untuk mengurangkan keletihan.
Sekiranya cara-cara ini masih lagi tidak boleh membantu mengurangkan PMS, korang perlu berjumpa dengan doktor. Korang mungkin perlu memulakan rawatan dengan pil hormon dan ubat-ubatan yang bersesuaian.
Hanya Tinggi 73.43 Sentimeter, Remaja Lelaki Ini Diiktiraf Terpendek Di Dunia

Bila pandang sekali memang terlihat seperti seorang kanak-kanak berusia 5 tahun.
Manusia tercipta dengan keunikannya masing-masing. Ada yang berkulit hitam, putih, coklat, dan ada yang bertubuh gemuk serta kurus. Secara purata, ketinggian lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing adalah sekitar 165 dan 153 cm. Selalunya lelaki Malaysia yang tinggi pun hanya sekitar 185 cm.
Namun, Rekod Dunia Guinness (GWR) mengiktiraf remaja lelaki berusia 18 tahun dari Nepal ini sebagai remaja paling pendek di dunia pada Selasa lalu.

Dor Bahadur Khapangi, yang mempunyai ketinggian 73.43 sentimeter (sm) menerima sijil pengiktirafan itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Nepal Dhananjay Regmi pada program yang diadakan di Kathmandu.
Dia dilahirkan pada 14 November 2004 di kampung Tinkanya di daerah Sindhuli iaitu kira-kira 130 kilometer (km) sekitar tenggara ibu negara. Anak bongsu kepada petani, Takkar Bahadur Khapangi dan Rana Maya kini belajar di sebuah sekolah berhampiran dan menetap bersama ibu bapanya.
“Dor Bahadur baik-baik saja ketika dilahirkan. Tumbesarannya bagaimanapun, tidak berkembang sejak berumur tujuh tahun.
“(Tumbesaran) rakan sebayanya bertambah tetapi Dor Bahadur tidak. Kami tidak tahu kenapa,” kata Nara Bahadur Khapangi, abang kepada Dor Bahadur.
Selain itu, dia juga menambah bahawa pemegang rekod baharu itu seorang yang pemalu dan kurang bercakap. Rekod ketinggian lelaki paling pendek pertama kali dipegang oleh Edward Hernandez, 36, dari Colombia pada 13 April 2010.
BACA LAGI : Baru Berusia 14 Tahun, Remaja Ini Bakal Diiktiraf Tertinggi Di Dunia
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.