Satu perkataan yang boleh digambarkan tentang Pak Cik Kuan ni ialah ‘salute’ dengan sikapnya.
Nama Uncle Kuan ini, mungkin bukan asing lagi dikalangan masyarakat kita. Walau berlainan bangsa tetapi beliau banyak membantu masyarakat malah amat “popular” di kalangan golongan tidak berkemampuan.
Banyak perkara baik dilakukannya. Misalannya memperkenalkan tambang teksi hanya 10 sen dan banyak lagi kebaikan dilakukannya kepada golongan susah.
Malah baru-baru ini, Uncle Kentang gembira dengan semangat Malaysia tanpa mengira kaum sehingga dapat mengumpul wang dalam tempoh dua hari untuk membeli sebuah van jenazah.
Dia berjaya mengumpul sebanyak RM90,000 dalam tempoh dua hari melalui laman Facebook bagi membeli sebuah van jenazah.
Menerusi laman sosial Facebooknya, Uncle Kentang berkongsi penghargaan itu untuk tatapan umum.
“Sejarah bagi kita semua. van jenazah berjaya direalisasikan melalui laman sosial Facebook.
“Terima kasih. Kita berjaya hasilkan van jenazah melalui kutipan derma di Facebook dalam masa 2 hari.
“Ini membuktikan kerjasama dan perpaduan dalam Malaysia wujud dan kental. Tabik kepada anda semua. Hidup Malaysia!” tulisnya dalam Facebook dengan penuh semangat.
Uncle Kentang menunjukkan keadaan van jenazah hasil sumbangan orang ramai melalui Facebooknya.
Uncle Kentang dikenali apabila sering mendapat liputan dalam media elektronik dan cetak. Dia banyak melakukan sumbangan amal kepada golongan yang memerlukan baik dalam bentuk barangan keperluan, termasuk wang hingga perkhidmatan ambulans percuma serta mewujudkan polis komuniti.
Cuma baru-baru ini, Uncle Kuan menyatakan bajetnya sudah habis dan tidak dapat memberi perkhidmatan baik seperti dahulu.
Wah mulianya Uncle Kuan ni kan, moga kita semua diberikan ‘hidayah’ dan peluang untuk melakukan kerja-kerja amal kebajikan ini.