[UNIK] 10 Mesin Layan Diri Paling Pelik Di Dunia

Share

Cepat dan pantas!

Inilah inovasi vending machine atau mesin layan diri tawarkan kepada pengguna. Mesin automatik yang menyediakan pelbagai jenis produk seperti minuman, makanan, permainan dan banyak lagi.

Bila sebut mesin layan diri, apalah perkara pertama yang akan terlintas di fikiran? Bagi REMAJA, bila sebut sahaja tentang mesin penuh inovasi ini pasti kami akan terfikir tentang negara Jepun. Tapi tahukah kamu bahawa mesin layan diri telah dibangunkan di England pada awal tahun 1880-an yang bertujuan mengedarkan poskad?

Pada masa kini, mesin layan diri tidak terhad menawarkan atau menjual produk sinonim seperti muniman dan makanan. Malah, ada produk yang mungkin kamu sendiri tak akan terfikir ia boleh dijual menerusi mesin ini pun ada!

Nak tahu 10 mesin layan diri paling pelik di dunia? Jom ikuti perkongsian menarik REMAJA di bawah.

1. KETAM

Ya, ini mesin layan diri yang menjual ketam hidup! Ketam-ketam yang diletakkan di dalam mesin ini berada pada suhu antara 5-10° C bagi memastikan ia sentiasa segar. Pertama kali diperkenalkan di Hangzhou, China ia merupakan antara mesin layan diri pertama menjual makanan laut segar.

2. KUMBANG BADAK

Di Jepun, mengumpul serangga merupakan antara hobi yang cukup popular. Antara serangga yang mendapat permintaan ramai ialah kumbang badak. Ia merupakan serangga yang biasa dijumpai di Jepun dan sering digunakan dalam pembelajaran sains alam sekitar di kalangan pelajar sekolah.

3. EMAS

Punyalah kaya orang Arab sampaikan mesin layan diri emas pun mereka ada! Cukup sinonim dengan status jutawan, mesin layan diri ini terdapat di Dubai. Istimewanya mesin layan diri emas ini, ia turut memeriksa nilai emas di pasaran selang 10 minit. Pengguna boleh membeli emas dalam bentuk syiling atau ketulan dengan seberat 10 gram. Mesin hebat ini juga telah mula didapati di Las Vegas, Amerika Syarikat.

4. PISANG

Bagi kita rakyat Malaysia dan juga penduduk beriklim khatulistiwa, pisang merupakan buah biasa yang boleh didpaati di gerai-gerai tepi jalan. Tapi berbeza di negara Jepun dan Korea Selatan. Pisang bukanlah buah yang murah bagi mereka. Disebabkan itu dalam drama Korea Selatan yang berlatar belakang tahun 1980-an, pisang merupakan buah yang berharga kerana ia mahal. Pada masa sekarang ia boleh didapati di mesin layan diri!

ARTIKEL BERKAITAN: Fakta vs Auta Tentang Durian

5. BASIKAL

Ini mungkin agak sama konsepnya dengan servis yang terdapat di Malaysia. Cuma bezanya di negara kita ia menggunakan sistem apps & scan. Manakala di Belanda ini pula basikal ini terdapat di mesin layan diri. Sebagai antara kenderaan uatam yang digunakan di negara mereka, mesin layan diri basikal merupakan perkara biasa. Selepas tamat tempoh sewaan, penggun hanya perlu menghantarnya pulang ke lokasi mesin layan diri.

6. CUPCAKE

Dikenali dengan nama The Sprinkle Cupcake ATM, ia diperkenalkan di Beverly Hills, Amerika Syarikat. Istimewanya setiap cupcake yang dijual adalah freshly-baked dan didapati dalam pelbagai jenis perisa. Cuma ia agak berbeza dengan mesin layan diri biasa di mana paparan produk hanya ada di skrin dan perlu dipesan.

7. ALAT GANTI BASIKAL

Bayangkan kamu seorang penunggang basikal dan tiba-tiba ada berlaku kerosakan pada basikal. Jangan risau, mesin layan diri alat ganti basikal ada untuk membantu. Cuma kamu perlu menjadi warga New York di Manhattan. Diperkenalkan oleh jenama Bikestock mesin ini bukan sahaja menawarkan alat ganti basikal tetpai juga makanan. Sambil repair basikal boleh layan jajan dulu.

8. KENTANG PUTAR

Biasa kalau nak makan kentang putar kita pasti ke restoran makanan segera atau makanan barat. Tetapi dengan adanya mesin layan diri kentang putar ia semudah 1,2,3! Kalau tidak silap REMAJA, mesin ini juga boleh didapati di Malaysia.

9. BUKU

Mesin layan diri buku ini sebenarnya berkonsep pinjam-sewa. Pengguna yang ingin mendapatkan buku hanya perlu membayar sejumlah wang di mesin dan mendapatkan terus buku yang diingini. Selepas tamat tempoh pinjaman, mereka perlu menghantar semula ke alamat yang disediakan. Apa yang menarik kesemua buku yang ditawarkan ialah buku kitar semula atau buku terpakai. Go green!

10. UMPAN HIDUP

Mungkin inilah mesin layan diri yang menjadi kegemaran buat kaki pancing. Selain umpan tiruan ia turut membekalkan umpan hidup kepada pemancing. Antara umpan yang dijual ialah udang, ikan kecil, cacing dan pelbagai lagi. Selain umpan, perlatan kecil memancing turut boleh didapati seperti mata kail dan tali pancing.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim