Unik, Aiskrim Perisa Indomie Siap Ada Taburan Bawang. Ada Berani Try Tak?

Share

Sejak kecil lagi kita semua dah biasa dengan rasa aiskrim coklat, vanila, strawberry ataupun kalau nak lain sikit aiskrim keladi. Tu jela pun yang ada di Malaysia kalau nak dibandingkan dengan aiskrim ‘kayangan’ macam Haagen-Dazs dan Baskin Robin.

Terbaru, sebuah syarikat aiskrim di Indonesia yang dikenali sebagai Holi Ice Cream telah tampil dengan aiskrim berperisa Indomie dan ia merupakan ciptaan pertama di negara itu.

Indomie memang menjadi kebanggaan negara jiran kita dan memang tak dapat dinafikan mi goreng indomie memang sedap pun.

Tapi bila dibuat aiskrim tak tahu la masih sedap atau tidak kan.

Menariknya, jika mi goreng Indomie mempunyai kriuk-kriuk yang ditabur di atas, aiskrim ciptaan syarikat ini juga mempunyai bawang goreng yang ditabur di atasnya.

Pelancaran aiskrim Indomie ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Tinjauan kami mendapati bahawa rata-ratanya tidak percaya dengan kewujudan aiskrim ini. Malah, ada yang menganggapnya sebagai satu ‘penghinaan’ terhadap mi goreng Indomie.

Pada masa yang sama, ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya rasa aiskrim ini. Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa mereka pada mulanya menyangkakan ia merupakan bekas lilin wangi semasa melihat gambar aiskrim ini buat pertama kali.

Pemilik Holi Ice Cream iaitu Stephen mengatakan bahawa dia mendapat inspirasi untuk menjadikan Indomie sebagai perisa aiskrim kerana terlalu menggemari mi segera jenama itu.

“Saya sedang menikmati mi goreng Indomie ketika itu dan terfikir kalau ada aiskrim berperisa Indomie, mesti sedap dan rare,” cerita Stephen.

Perkara itu memberi idea kepada Stephen untuk terus melakukan kajian dengan mencipta pencuci mulut perisa Indomie untuk dicuba sendiri dan hasilnya, dia sangat menyukainya.

Aiskrim Indomie ciptaan Stephen sendiri itu baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 10 Ogos lepas dan ia merupakan antara perisa terbaharu yang dikeluarkan oleh Holi Ice Cream ketika ini.

Terdahulu, mereka terkenal dengan ciptaan perisa aiskrim yang diinspirasikan daripada pelbagai jenis makanan dan minuman. Antaranya termasuklah perisa ‘Butterbeer’ yang diinspirasikan daripada filem Harry Potter.

So korang ada bran tak nak try?

Sumber : FreeMalaysianToday

Published by
Ruziana Zainal