Unik Betul Rekaan Cincin Tunang Ariana Grande, Sumber Dalaman Dedah Konsep & Nilainya!

Share

 

Dua minggu lalu, REMAJA ada melaporkan mengenai berita gembira pertunangan penyanyi Ariana Grande kepada Dalton Gomez.

Meskipun berita tersebut muncul secara mengejut, ahli keluarga Ariana terutama ibunya, Joan Grande dan adiknya, Frankie Grande mengalu-alukan kehadiran Dalton ke dalam keluarga mereka.

ARTIKEL BERKAITANAriana Grande Bertunang, Besarnya Cincin Berlian Dia. – REMAJA

Satu perkara yang menjadi topik bualan ramai peminat bintang dokumentari Netflix, ‘Excuse Me, I Love You’ itu adalah mengenai rekaan cincin pertunangannya yang – ya, cantik

– tetapi mempunyai konsep yang unik dan jarang sekali dipilih oleh bakal pengantin lain.

Sumber Foto: Instagram @arianagrande

Untuk menjelaskan dengan lebih lanjut mengenainya, baru-baru ini usahawan barangan kemas dan pereka cincin pertunangan Ariana itu iaitu Jack Solow dihubungi oleh E! News dan berpendapat Dalton telah memilih cincin paling sempurna untuk tunangnya itu.

Menurut Jack, dia bekerjasama dengan Dalton selama 6 minggu untuk menyiapkan cincin tersebut kerana mereka memerlukan masa untuk mencari bentuk berlian yang unik.

“Dalton terlibat dalam setiap proses pemilihan menerusi panggilan FaceTime dan Zoom disebabkan perbezaan lokasi. Dia benar-benar teliti tentang apa yang diiinginkannya.

“Dia mempunyai konsep tertentu mengenai rupa cincin ini, sedikit kontemporari berbanding cincin biasa. Idea meletakkan berlian pada sudut ke tepi dan penambahan mutiara pada cincin ini datang daripadanya. Baginya, mutiara memberikan nilai sentimental,” kata Jack.

Tidak hairanlah apabila peminat Ariana pantas teringat semula kepada foto cincin pemberian nenek Ariana kepadanya yang juga mempunyai mutiara.

Mereka berdua memilih untuk menyambut Hari Natal baru-baru ini di kediaman keluarga Ariana. Sumber Foto: Instagram @arianagrande

“Dalton sememangnya detail-oriented. Dia banyak memberi fokus kepada perincian cincin ini dan ingin membuatkannya istimewa khas untuk Ariana. That was his goals.”

Aww, sweet-nya!

Menariknya, ada sumber dalaman yang berjaya mendedahkan nilai cincin tersebut dan menganggarkannya bernilai lebih daripada $USD750,000! Ia berdasarkan kepada warna dan kejernihannya pada berlian bujur 8 karat itu.

Nampaknya, Dalton memang benar-benar sayangkan Ariana ya. Harapnya, Ari akan menemui kebahagian sebenar untuk pertunangan kali ini.

Untuk pengetahuan, Ariana pernah bertunang dengan Pete Davidson pada bulan Mei 2018 dan berpisah lima bulan kemudian.

Ariana Grande Pulangkan Cincin Tunang Selepas Putus – Lihat Selebriti Mana Yang Simpan Atau Tidak – REMAJA

Published by
FZ