Apa ada pada nama? Ia satu ungkapan yang cukup popular memberikan gambaran, tak kisahlah siapa nama aku, kerana nama itu diberikan oleh mak ayah kita. Betul tak?
Tapi kalau nama pelik dan unik, memang akan jadi ingatan untuk semua oranglah. Hal ini telah mempopularkan seorang remaja berusia 14 tahun apabila ibu dan ayahnya sepakat memberinya nama TAHANAN PBB. Wow, unikkan!
Mudah nak ingat tetapi adakala membawa erti negetif kepada orang yang kali pertama mendengarnya. Apatah lagi PBB dikaitkan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dianggotai oleh 191 buah negara di seluruh dunia.
Sedikit sejarah tentang PBB ialah pertubuhan antarabangsa ini dibentukkan di San Francisco
, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.“TAHANAN PBB” dilahirkan 31 Ogos 2003 yang lalu dan merupakan anak kepada pasangan Mohammad Yaqub dan Akilah. Kedua orang tuanya berasal dari Afghanistan serta merupakan pelarian pencari suaka akibat peperangan di negara mereka. Kedua-duanya kini menjadi penhuni rumah Perlindungan Imigresen (RUDENIM), Manado, Indonesia.
Semasa temubual bersama remaja ini, dia memaklumkan, ibu bapanya sebelum ini menjadi sebahagian penghuni tahanan imigresen Rudenim Sembawa tetapi pada 2010, dipindahkan ke Rudenim Manado.
Peraturan negara seberang Indonesia, menurut Akta Kelahiran dan Ijazah SD Tahanan PBB.(Kompas.com/Ronny Adolof Buol), TAHANAN PBB merupakan sebahagian penghuni Rudenim Manado bersama 139 imigran lainnya yang bermasalah.
Kebanyakan dari mereka berasal dari Afghanistan. Selain itu ada yang berasal dari Sudan, Ethopia, Somalia, Pakistan, Syria dan Myanmar. Kebanyakan dari mereka adalah pencari suaka.
Mungkin kerana sejak lahir dibesarkan di sel penjara @ tahanan sel, “TAHANAN PBB” sudah sangat fasih berbahasa Indonesia dialek Manado dan kini bersekolah di SMP Negeri 2 Manado dan dalam tingkatan dua. Malah kakaknya juga mendapat pendidikan di SMAN 4 Manado.
Walau memegang akta kelahiran yang dikeluarkan oleh pemerintah Indonesia tetapi “TAHANAN PBB” tidak mahu mengaku dirinya orang Indonesia biar dirinya layak. Mungkin jiwanya dan darah negara Afghanistan masih tebal di dada remaja ini.
Bercita-cita menjadi seorang tentera, “TAHANAN PBB” berkata, dia tidak tahu bagaimana jika orang bertanya namanya kelak yang mungkin menjadi jenaka apabila dia dewasa nanti. Apa pun, “TAHANAN PBB” tetap bersemangat bersekolah kerana mahu menjadi anggota tentera. Sumber Kompas.Com