Uniknya Stesen Minyak Di Jepun, Wanita Ini Kongsi Sebab Nozel Pam Diletakkan Di Atas

Share

Jika korang pernah melancong ke Jepun, jangan terkejut jika melihat keunikan stesen minyak mereka kerana nozel pam minyak diletakkan di bahagian atas siling dan bahagian bawah hanya untuk kereta sahaja.

Stesen minyak seperti ini lazimnya dilihat di negara matahari terbit itu, terutamanya di kawasan yang mempunyai ruang terhad. Tangka minyak masih diletakkan di bawah tanah dan minyak akan dipam melalui sistem tertentu dari bawah tanah ke siling dan terus disalurkan ke tangki kereta.

Foto: imgur

Mungkin ada yang terfikir apa rasionalnya jika stesen minyak dibina dengan struktur seperti itu?

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Zunita Ramli, ada dua masalah dapat diselesaikan dengan kelebihan rekaan tersebut. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Dengan ruang yang terhad seperti dalam gambar, enam kereta boleh dimuatkan untuk isi minyak dalam satu-satu masa.

Berbanding dengan konvensional stesen minyak yang nozel pamnya di bawah, mungkin hanya boleh muat dalam satu atau dua buah kereta sahaja untuk isi minyak dalam satu-satu masa.

2. Memudahkan kereta untuk parking berhampiran nozel tanpa mengira tangki kereta di bahagian kiri atau kanan. Perkara ini menjadikan proses mengisi minyak dapat dilakukan dengan cepat dan efisyen. Pemandu cuma berhenti, biasakan pekerja yang akan mengisikan minyak dan bila sudah selesai boleh terus bergerak.

Foto: Reddit
Foto: nomadsportsacademy

Jadi, lebih banyak kereta boleh mengisi minyak dalam satu-satu masa, berbanding jika nozel pam di bawah, kereta perlu mengambil kira sisi tangki minyak kiri atau kanan agak leceh kalau nak cepat. Betul tak?

Jangan pula korang fikir macam mana nak ambil nozel yang tinggi tu. Hiks! Kata Zunita

lagi, nozel tersebut boleh diseleraskan dan biasanya kerja mengisi minyak akan dilakukan oleh pekerja stesen minyak tersebut. Jadi, tidak perlulah risau dan bersusah-payah nak isi minyak. Hehe!

Hm, efisien juga kalau buat stesen minyak macam ni kan? Tak perlulah nak beratur panjang dan tunggu lama lebih-lebih lagi bila musim perayaan. Hiks!

Sumber: Zunita Ramli

Published by
Noor Ain Norman