Setelah berbulan-bulan terkurung di rumah, kelonggaran untuk keluar dari rumah dan mulai menjalani kehidupan secara separa normal mula kita nikmati sekarang. Ia selari dengan jangkaan bahawa Malaysia bakal memasuki ke fasa Endemik.
ARTIKEL BERKAITAN : Apa Yang Dimaksudkan Dengan Fasa Endemik, Berbeza Daripada Pandemik? – REMAJA
Oleh itu, tidak lama lagi kita semua boleh kembali ‘bergerak’ di dunia secara perlahan-lahan dengan masih mengamalkan norma baharu. Sekurang-kurangnya, kita boleh kembali mempersiapkan diri, meninggalkan sweatpants di rumah dan bergaya seperti diri kita dahulu.
Memahami sentimen tersebut, Uniqlo yang kini muncul dengan koleksi musim luruh/sejuk 2021 (F/W 2021) ingin mengajak kita semua untuk kembali dengan komuniti di luar dan mengeratkan semula perhubungan secara fizikal dengan orang di sekeliling dan alam sekitar – walaupun korang berada di tengah bandaraya seperti di bawah:
Benarlah, apabila kita berinteraksi secara fizikal, ia jauh berbeza dengan interaksi secara maya di hadapan skrin peranti seperti komputer dan telefon pintar.
Interaksi fizikal ‘memaksa’ kita untuk mengambil berat mengenai penampilan dan cara kita berpakaian and that is a good thing. Kita sememangnya patut membiarkan diri kita ‘dress up’ sama ada secara kasual atau lebih formal untuk membuatkan diri kita merasa gembira dan teruja.
Malah, tidak salah pun untuk kita ‘dress up’ apabila berada di rumah seperti di bawah:
Bak kata penyanyi Paloma Faith, “Dressing up is like therapy; I feel better in myself when I’ve made an effort.”
Bagi memudahkan korang untuk menggayakan diri selari dengan trend terkini, Uniqlo F/W 2021 bagi REMAJA ialah koleksi terbaik untuk kita kembali membiasakan diri di dunia luar. Ia tidaklah terlalu ‘over the top’, ia terasa ‘familiar’ namun masih membenarkan kita semua untuk merasa bergaya.
Sama ada korang perlu ke tempat kerja atau ke kampus, untuk ke kafe bagi mendapatkan minuman kopi kegemaran, untuk ke pasaraya dan mendapatkan barangan rumah atau sekadar ingin beriadah di taman, Uniqlo F/W 2021 ada menyediakan pakaian serta aksesori baharu yang membuatkan kita lebih bersemangat untuk menjalani norma baharu endemik tidak lama lagi.
Uniqlo F/W 2021 juga memudahkan kita untuk menggayakan diri sendiri mengikut stail masing-masing. Tanpa perlu terlalu memikirkan cara penataan gaya, hampir kesemua rekaan baharunya mudah dipadankan antara satu sama lain semasa korang bercuti di kawasan luar bandar atau sibuk di tengah kota.
Koleksi Uniqlo F/W 2021 kini boleh dimiliki di stor Uniqlo mahupun secara atas talian di laman web Uniqlo Malaysia. Bagi koleksi Uniqlo U F/W 2021 pula, ia akan mula berada di stor dan atas talian pada 8 Oktober kelak.