Universiti di negara kita sudah setaraf institut pengajian di luar negara kerana ada diantaranya telah tersenarai dalam kelompok universiti terbaik dunia.
Baru-baru ini, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) diiktiraf sebagai universiti Islam kedua terbaik di dunia dalam ranking uniRank 2024.
Menurut laporan seasia.stats, dalam senarai yang diterbitkan oleh uniRank, Universiti Cairo dari Mesir menduduki tempat pertama, manakala UIAM di tempat kedua, diikuti oleh Jordan University of Science and Technology di tempat ketiga.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ini menunjukkan bahawa UIAM bukan sahaja diiktiraf di peringkat kebangsaan, tetapi juga di mata dunia sebagai salah satu institusi terunggul yang menawarkan pendidikan tinggi berlandaskan prinsip-prinsip Islam.
Ads
Berlandaskan prinsip-prinsip Islam
Kedudukan UIAM di tempat kedua bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi mereka yang mengikuti perkembangan universiti ini.
UIAM telah lama dikenali sebagai pusat kecemerlangan akademik dan pengajian Islam, menarik pelajar dari pelbagai negara di seluruh dunia.
Universiti ini menawarkan pelbagai program dalam pelbagai bidang ilmu, dari pengajian Islam hingga sains, teknologi, dan undang-undang, semuanya dalam kerangka Islam.
Ads
Selain daripada UIAM, universiti-universiti dari Indonesia juga menunjukkan prestasi cemerlang dengan tiga institusi tersenarai dalam 10 teratas.
Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara menduduki tempat keempat, Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka di tempat ketujuh, dan Universitas Islam Indonesia di tempat kesembilan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menerusi tiga hantaran di Instagram secara berturut-turut sejak tiga hari lalu, model antarabangsa Bella Hadidtelah terbuka untuk membangkitkan isu diskriminasi yang sedang dihadapi oleh gadis hijabi di beberapa buah negara, kebelakangan ini.
Bella, 25 atau nama penuhnya, atau nama sebenarnya, Isabella Khair Hadid sememangnya dikenali sebagai seorang yang lantang mempertahankan sebarang bentuk ketidakadilan yang dihadapi oleh masyarakat dunia.
Sumber Foto : Harper’s Bazaar
Pada tahun lalu apabila negara Palestin berdepan serangan agresif penjajah zionis Israel, Bella dan kakaknya, Gigi merupakan di antara personaliti popular yang menentang kekejaman tersebut. Malah, REMAJA pernah melaporkan mengenai pembabitan Bella dalam demonstarasi jalanan di kota New York bersama-sama gadis lain yang tidak bersetuju dengan kekerasan Israel.
Pada minggu lalu, isu diskriminasi terhadap golongan hijabi di negara India telahpun mendapat perhatian menyeluruh menerusi media antarabangsa. REMAJA turut tidak ketinggalan membuka mata para pembaca kami mengenai insiden yang dihadapi penuntut universiti, Muskan Khan yang terpaksa berdepan serangan lisan oleh sekumpulan lelaki di luar kampusnya di India hanya disebabkan penampilannya yang berhijab.
Hanya beberapa hari selepas itu, timbul pula kisah seborang pelajar sekolah bernama Hoda Al-Jamaa yang terpaksa dimasukkan ke hospital di Otago, New Zealand setelah tiga pelajar didakwa menanggalkan hijabnya sebelum memukul pelajar berusia 17 tahun itu.
Ia telah menaikkan rasa amarah penduduk dunia termasuklah Bella Hadid yang berpendapat sudah tiba masanya rasa hormat perlu dititipkan dalam diri setiap insan.
Sumber Foto : Harper’s Bazaar
“Kita perlu mengubah pemikiran menjatuhkan judgement. Ajarilah rakan, anak, ibu bapa dan keluarga kita bahawa pemakaian hijab, menjadi seorang Muslim atau menjadi seseorang yang tidak berkulit putih secara amnya tidak sama sekali bermaksud mereka adalah satu bentuk ancaman atau mereka berbeza daripada orang lain.
“Kasihilah sesama kita sebelum membenci, ajarlah sebelum menjatuhkan hukuman, lindungilah sebelum membuli,” kata Bella sambil berharap golongan hijabi akan terus kekal dengan kepercayaan mereka dan tidak mudah rapuh disebabkan tentangan yang dihadapi mereka.
Hijab juga buatnya bukanlah sesuatu yang harus diremehkan biarpun ia semakin kerap digunakan sebagai aksesori fesyen yang dirinya sendiri pakai semasa memperagakan pakaian.
“Walaupun hijab dan penutup kepala sedang muncul dalam dunia fesyen, kita harus ingat akan perjuangan harian, penderaan dan diskriminasi yang dihadapi wanita Islam disebabkan kepercayaan dan pendirian mereka.
“Setiap wanita berhak menentukan apa yang dilakukannya terhadap tubuh badannya. Hanya mereka yang boleh membuat keputusan ke atasnya.
“Walaupun fesyen semakin terbuka dan membuatkan pemakaian aksesori seperti hijab lebih diterima, saya ingin kita semua ingat dari mana asal pemakaian hijab dan mengapa ia penting kepada wanita Islam. Saya tahu ramai gadis Muslim yang terpaksa berdepan ketidakadilan, prejudis dan isu perkauman.”
“Berdirilah bersama-sama sahabat Muslim kamu. Jika kamu melihat sesuatu (yang salah), katakanlah sesuatu mengenainya,” catatnya dengan penuh bersemangat.
Untuk pengetahuan, Bella berketurunan Palestin-Amerika di mana ibunya, Yolanda Hadid merupakan seorang bekas peragawati. Manakala ayahnya, Mohamed Hadid pula ialah seorang arkitek dan pemaju hartanah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Video seorang instafamous yang berusia 17 tahun telah pun viral di media sosial dan menjadi topik perbualan hangat netizen.
Ramai yang mencemuh perbuatan gadis itu kerana dia mengatakan bakal mengambil homeschooling kerana sikap guru di Sekolah Menengah Setia Alam sangat teruk menerusi Insta Live miliknya.
Video viral itu sempat dirakan melalui skrin handphone dan dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial yang lain.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Punyalah hebat netizen ni, ada yang sampai mencari keputusan peperiksaan gadis ini dan apa yang mengejutkan, hmm korang tengok la sendiri…
Disebabkan insiden itu, rata-rata pengguna media sosial menghentam teruk perbuatan instafamous tersebut.
“Biar bodoh asal tak famous” – Netizen
“No wonder la exam dapat 7G”
HAHA!
Paling win!
Kami harap selepas ni tak ada lagi perkara seperti ini berulang lagi. Kalau betul sekolah tu tak bagus, cuba buktikan dengan keputusan pelajar yang lain. Jika ada yang dapat keputusan cemerlang, hm rasanya boleh muhasabah diri la kot dik. Jangan terus menunding jari dekat orang lain pula.
Peace!
Sumber: Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Mahmud bin Taib telah dilaporkan meninggal dunia pagi ini.
Allahyarham yang juga merupkan Ketua Menteri Sarawak yang paling lama berkhidmat kira-kira 33 tahun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 4.28 pagi di Hospital Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur.
Berita kematian tokok terkenal negeri Sarawak itu disahkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Toh Puan Raghad Kurdi. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.
Namun begitu hasil perkahwinan terdahulu, allahyarham memiliki empat orang cahaya mata iaitu Jamilah Hamidah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah Hajar.
Sedikit info mengenai allahyarham, Taib Mahmud dilahirkan pada 21 Mei 1936 di Miri, Sarawak.
Sebelum kematian, beliau merupakan satu-satunya tokoh politik era penubuhan Malaysia yang masih hidup dan pernah berada dalam Kabinet Sarawak sejak ditubuhkan pada 22 Julai 1963.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan model, Aween Ismail, kini mengutamakan dunia peragaan berbanding lakonan.
Menurut Aween, dia lebih berminat dalam bidang peragaan kerana ia tidak memerlukan komitmen...