Universiti di negara kita sudah setaraf institut pengajian di luar negara kerana ada diantaranya telah tersenarai dalam kelompok universiti terbaik dunia.
Baru-baru ini, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) diiktiraf sebagai universiti Islam kedua terbaik di dunia dalam ranking uniRank 2024.
ARTIKEL BERKAITAN : Universiti Malaya Dinobat Sebagai Universiti Ke-60 Terbaik Di Dunia
Menurut laporan seasia.stats, dalam senarai yang diterbitkan oleh uniRank, Universiti Cairo dari Mesir menduduki tempat pertama, manakala UIAM di tempat kedua, diikuti oleh Jordan University of Science and Technology di tempat ketiga.
Ini menunjukkan bahawa UIAM bukan sahaja diiktiraf di peringkat kebangsaan, tetapi juga di mata dunia sebagai salah satu institusi terunggul yang menawarkan pendidikan tinggi berlandaskan prinsip-prinsip Islam.
Kedudukan UIAM di tempat kedua bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi mereka yang mengikuti perkembangan universiti ini.
UIAM telah lama dikenali sebagai pusat kecemerlangan akademik dan pengajian Islam, menarik pelajar dari pelbagai negara di seluruh dunia.
Universiti ini menawarkan pelbagai program dalam pelbagai bidang ilmu, dari pengajian Islam hingga sains, teknologi, dan undang-undang, semuanya dalam kerangka Islam.
Selain daripada UIAM, universiti-universiti dari Indonesia juga menunjukkan prestasi cemerlang dengan tiga institusi tersenarai dalam 10 teratas.
Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara menduduki tempat keempat, Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka di tempat ketujuh, dan Universitas Islam Indonesia di tempat kesembilan.
BACA LAGI : Kegembiraan Berganda, Atlet China Dilamar Sebaik Saja Menang Pingat Emas Di Olimpik!
Sumber: seasia.stats
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.