Kartun animasi Jepun atau lebih dikenali sebagai Anime memang tak asing lagi dengan kehidupan zaman kanak-kanak kita, terutama bagi yang membesar pada tahun 90-an. Korang semua mesti kenal dengan Doraemon,Dragon Ball, Naruto, Pokemon,Shin Chan dan lain-lain.
Guess what guys….
Baru-baru ini, sebuah universiti swasta di Jepun menawarkan pembelajaran bidang ini secara rasmi dengan mewujudkan Fakulti Anime dan Manga khas buat 80 pelajar terpilih.
Fakulti yang baru sahaja mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun ini akan dijangka akan dirasmikan pada April 2021.
Untuk melengkapkan pengajian, pelajar diperlukan untuk memenuhi keperluan 600 jam pengajian termasuk teori dan praktikan dari pencipta anime dan manga terkemuka negara; animator, pengarah dan artis manga profesional.
Permohonan untuk memasuki fakulti ini boleh dibuat bermula 1 Disember dan setiap daripadanya akan ditapis terlebih dahulu dengan ujian pertama pada 19 Disember 2020.
Jika korang bertuah, mungkin anda boleh meneruskan pengajian dengan tajaan biasiswa!
Antara prospek kerjaya yang boleh diceburi para graduan Fakulti Anime dan Manga, Universiti Profesional Kaishi, Niigata ini adalah pengarah animasi, artis manga, perancang watak, ilustrator dan penyelidik animasi.
Wah….dengar nama pengajian ni dah best, belum belajar lagi. Kenapa la zaman penulis dulu tak ada jurusan yang menarik macam ni….huhu