Tahniah kami ucapkan kepada Universiti Malaya kerana telah meningkatkan kedudukan dalam Times Higher Education bagi universiti terunggul Asia Pasifik.
Dahulunya menduduki tangga ke 61 pada 2018, kini Universiti Malaya berjaya mendapat tangga ke 55. Menurut Astro Awani, UM bersaing dengan lebih 300 universiti dari 13 buah negara di Asia Timur, Asia Pasifik dan Australasia.
Jom kita lihat antara universiti-universiti lain di Malaysia yang turut mendapat tempat di kedudukan universiti terunggul Asia Pasifik 2019.
Sebanyak 10 universiti tempatan turut tersenarai dan Jepun menjadi negara dengan penyenaraian universiti terbanyak iaitu 103 universiti, manakala China pula melibatkan 72 universiti.
Ads
Universiti Tsinghua menduduki tangga pertama sekali gus merampas takhta National University of Singapore yang jatuh ke tempat kedua.
Rata-rata masyakarat Malaysia berbangga dengan berita ini dan mengucapkan tahniah buat universiti tersebut.
Ads
Ads
Barisan alumni turut bangga
Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa institusi pengajian negara kita juga setanding universiti di luar negara dan Malaysia juga mampu melahirkan para graduan yang berkualiti.
Apa-apa pun, sekali lagi kami mengucapkan syabas buat semua universiti yang tersenarai.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak diadakan pada tahun 1983, pasukan hoki negara belum pernah menjulang kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah biarpun pertandingan tersebut menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah saban tahun.
Malaysia terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014. Namun segalanya berubah apabila sejarah akhirnya tercipta. Pasukan hoki negara yang dilatih oleh Arul Selvaraj berjaya bergelar juara untuk edisi 2022.
Pasukan kebangsaan itu berjaya menumpaskan pasukan Korea Selatan dengan catatan mata 3-2. Ketiga-tiga gol itu dijaringkan oleh Shello Silverius pada minit ke 15, Razie Abdul Rahim pada minit ke 45 dan Aminudin Zain pada minit ke 48.
Gol pasukan Korea Selatan pula dijaringkan oleh Jang Jung Hyun dan Jeon Byungjin pada minit ke 16 dan 58.
Kejayaan ini dilihat sebagai satu perlawanan ‘balas dendam’ apabila tahun lalu pasukan Korea Selatan mengalahkan Malaysia pada Piala Asia yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Malaysia seterusnya akan ke Potchefstroom, Afrika Selatan, untuk Nations Cup dari 28 Nov-4 Dis. Pasukan negara itu akan menentang Kanada, Perancis, Ireland, Afrika Selatan, Jepun, Korea Selatan dan Pakistan untuk merebut gelaran juara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Agak lama sebenarnya peminat di Malaysia tidak mendengar perkhabaran daripada penyanyi dan pelakon, Sherina Munaf yang lebih dikenali sebagai Sherina.
Korang mesti iingat lagi kan kelibat Sherina yang terpilih sebagai penyanyi undangan dari Asia untuk berduet dengan band popular, Westlife menerusi lagu I Have A Dream dahulu.
Sejak kolaborasi pada tahun 2000 itu, Sherina tidak menoleh ke belakang lagi dan telah menghasilkan pelbagai projek berjaya. Antaranya termasuklah mengeluarkan 4 buah album berjudul My Life (2002), Primadona (2007), Gemini (2009) dan Tuna (2013).
Di samping itu, Sherina juga agak aktif di luar dunia nyanyian dan lakonan apabila dia dilantik sebagai duta ke World Youth Conference, One Young World di Zurich pada tahun 2011 untuk menyanyikan lagu ciptaannya berjudul Sing Your Mind.
Quite an impressive resume, that is.
Terbaru, Sherina mengundang reaksi terkejut di kalangan peminat dan media di Indonesia apabila dia mengumumkan bahawa dirinya baru saja bernikah pada hari ini dengan seorang pelakon lelaki Indonesia bernama Baskara Mahendra.
Tanpa sebarang angin gosip bertiupan, perkhabaran itu nyata telah mengejutkan ramai pihak, in a good way of course!
Berbeza dengan Sherina yang telah berkecimpung dalam dunia hiburan sejak kecil, Baskara yang lebih muda 3 tahun berbanding Sherina pula baru saja menyertai industri tersebut sejak tahun 2018.
Bagaimanapun, dia telahpun membintangi beberapa filem Indonesia yang mendapat sambutan menggalakkan termasuklah Lima (2018), Bebas (2019) dan Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 (2020).
Tidak sekadar mengharapkan rupa paras, Baskara telah membuktikan bakatnya apabila berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di acara Festival Film Tempo, Indonesia Film Critics Society dan Piala Maya pada tahun 2019 serta 2020.
Menariknya, Sherina dan Baskara baru saja berkenalan setelah bertemu pada Oktober tahun lepas semasa acara tayangan perdana filem lakonan Baskara, Bebas. Sejak itu, mereka mula mengenali hati budi masing-masing dan lebih rapat.
Selepas setahun berkenalan, pada hari ini, Sherina dan Baskara secara rasminya telah bergelar suami isteri apabila diijab kabulkan dalam keadaan yang cukup ringkas. Berita tersebut telah disahkan oleh ayah Sherina, Triawan kepada wartawan di Kompas.com.
“Iya benar tadi pagi. Tidak ada undangan. Hanya dihadiri oleh kedua orang tua mempelai, saksi nikah dan penghulu,” catatnya ringkas menerusi mesej sebelum menambah, “Tentang pernikahan Sherina dan Baskara, nanti akan ada press release dari pihak Sherina dan Baskara secara langsung.
Tahniah baby girl! Dah besar dah Sherina..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selama ini, pengikut akaun Instagram usahawan popular, Dato’ Aliff Syukri (Aliff) sudah terbiasa melihat gaya hidup mewah beliau di kediaman agamnya sekeluarga.
Namun, tidak semua orang tahu bahawa beliau turut memiliki sebuah lagi aset kediaman mewah di Pavilion Residences, Bukit Bintang.
Seperti biasa, ia dihias indah dengan perabot, material dan kemasan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh semua orang. Senang cerita, tengok je dah buatkan muka tercengang.
Kediaman dengan empat buah kamar tidur dan tiga buah kamar mandi ini telahpun siap dihias sepenuhnya (fully furnished) dan hanya menanti penghuninya saja untuk berpindah masuk.
Teringin juga kan nak tahu apa rasanya menetap di sebuah rumah ala rumah Aliff Syukri.
Well, mungkin salah seorang daripada korang boleh menjadikan impian itu sebagai realiti.
Menerusi muat naik di akaun Instagram beliau, Aliff memaklumkan beliau sedang berkira-kira untuk menyewa kediaman tersebut pada harga RM28,000 sebulan.
Ini setelah usaha beliau untuk menjual kediama itu pada harga RM6 juta tidak membuahkan hasil. Tambahan pula kerana situasi pandemik COVID-19 sekarang membuatkan ramai orang enggan berbelanja mewah.
“Kepada sesiapa yang berminat boleh WhatsApp pada nombor yang tertera. Atau korang boleh sewa seminggu pun tak ada masalah. Kasihan saya tunggu pembeli tak kunjung tiba,” pinta beliau sambil berkongsi keistimewaan apabila menetap di apartment servis tersebut.
“Kalau nak membeli-belah beg Gucci, Louis Vuitton, Prada ke, turun saja bawah lif dah sampai. Rumah ini tidak pernah sunyi, 24 jam boleh makan di medan selera Pavilion. Nak tengok wayang turun bawah saja.”
Jika hendak ikutkan dompet masing-masing, memang susahlah nak cari RM28,000 setiap bulan untuk membayar duit sewa.
Namun memandangkan ia terletak di kawasan perumahan elit yang boleh mencecah kos sewa hingga RM35,000 setiap bulan, mungkin ada penyewa yang merasakan nilai RM28,000 itu berbaloi.
Malah, kalau mampu terus beli sekalipun, rasanya pembeli tidak akan rugi kerana ia adalah satu bentuk aset untuk masa depan mereka.
Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam...