Tahniah kami ucapkan kepada Universiti Malaya kerana telah meningkatkan kedudukan dalam Times Higher Education bagi universiti terunggul Asia Pasifik.
Dahulunya menduduki tangga ke 61 pada 2018, kini Universiti Malaya berjaya mendapat tangga ke 55. Menurut Astro Awani
, UM bersaing dengan lebih 300 universiti dari 13 buah negara di Asia Timur, Asia Pasifik dan Australasia.Jom kita lihat antara universiti-universiti lain di Malaysia yang turut mendapat tempat di kedudukan universiti terunggul Asia Pasifik 2019.
Sebanyak 10 universiti tempatan turut tersenarai dan Jepun menjadi negara dengan penyenaraian universiti terbanyak iaitu 103 universiti, manakala China pula melibatkan 72 universiti.
Universiti Tsinghua menduduki tangga pertama sekali gus merampas takhta National University of Singapore yang jatuh ke tempat kedua.
Rata-rata masyakarat Malaysia berbangga dengan berita ini dan mengucapkan tahniah buat universiti tersebut.
Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa institusi pengajian negara kita juga setanding universiti di luar negara dan Malaysia juga mampu melahirkan para graduan yang berkualiti.
Apa-apa pun, sekali lagi kami mengucapkan syabas buat semua universiti yang tersenarai.