Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru sahaja mengumumkan pihak universiti telah membangunkan sebuah aplikasi yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja bagi mencegah penipuan melibatkan penggunaan ijazah palsu.
Aplikasi itu dinamakan sebagai Tasdiq Al-Syahadah (TAS) yang berasaskan teknologi ‘blockchain’, boleh mengesan ketulenan skrol graduan dikeluarkan oleh USIM.
Menurut Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin, keistimewaan aplikasi itu adalah pada kos pembangunan yang jauh lebih rendah serta dibangunkan melalui kepakaran dalamannya sendiri.
USIM bekerjasama dengan Cyber Security Academia Malaysia (CSAM) dalam menjalani proses penilaian yang dianggotai oleh pakar-pakar keselamatan siber universiti awam dan swasta, selain turut dinilai oleh wakil pakar keselamatan Cyber Security Bristol, United Kingdom.
Difahamkan, semakan maklumat untuk skrol digital hanya boleh dibuat ke atas graduan yang telah memberikan kebenaran kepada aplikasi TAS USIM bagi tujuan perkongsian maklumat.
Aplikasi TAS USIM ini boleh dimuat naik di Google Play Store atau menggunakan versi web TAS USIM yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Jika lebih banyak lagi universiti dapat mempraktikkan teknologi ini, sudah pasti kita dapat membendung masalah penipuan kelayakan graduan untuk memohon pekerjaan nanti.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)