Semakin canggih teknologi dunia, semakin mudah manusia menguruskan urusan seharian yang kini semuanya boleh dilakukan di hujung jari.
Seperti yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) buat julung kalinya akan menggunakan sistem e-konvo berasaskan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) pada Majlis Konvokesyen ke-33 UUM yang bakal berlangsung esok di Dewan Mu’adzam Shah, Sintok bermula esok.
Menurut laporan BERNAMA
, penggunaan sistem baharu itu mempunyai dua fungsi utama iaitu Sistem Pengurusan Jubah dan Sistem Panggilan Nama Graduan. Teknologi RFID yang menggunakan medan elektromagnetik frekuensi radio akan memindahkan maklumat daripada tag RFID ke pembaca bagi tujuan pengenalan yang dapat digunakan dalam pelbagai aplikasi.Cara ini juga dapat mengurangkan sentuhan dan interaksi secara langsung dalam jarak yang dekat antara graduan dalam usaha untuk mengekang penularan COVID-19 sepanjang tempoh konvokesyen berlangsung.
Bagaimanakah penggunaan RFID dalam majlis konvo ini?
Tag RFID itu bersaiz kecil dan mempunyai tahap ketahanan yang tinggi serta dapat digunakan dalam jangka masa lama akan disematkan pada semua jubah graduan bagi membolehkan jubah yang disewa oleh graduan dikesan semula.
Teknologi ini dapat membantu pengurusan jubah dengan lebih cekap serta dapat menjana laporan inventori jubah dengan cepat dan efisien. Sementara itu, untuk Sistem Panggilan Nama Graduan, ia akan dikesan oleh pengimbas RFID dan nama mereka akan diumumkan secara automatik untuk mengambil skrol ijazah.
Terdahulu, penggunaan kad pintar memerlukan petugas menyentuh kad berkenaan tetapi dengan adanya teknologi RFID ini, ia dapat mengurangkan tenaga kerja staf, risiko kehilangan jubah serta meminimumkan kesilapan mengumumkan identiti graduan semasa menerima ijazah.
Dengan adanya insiatif ini juga ia secara tidak langsung dapat mengurangkan sentuhan fizikal yang berlaku di sepanjang majlis konvokesyen. Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada semua graduan yang bakal diraikan di majlis tersebut.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)