“Untuk Netizen, Terima Kasih” -Azim Yusof Jawab Adegan ‘Naruto’ Dalam Melur Untuk Firdaus 2

Share

Baru-baru ini, naskhah hit Melur untuk Firdaus 2  (MUF2) menjadi bualan hangat warganet di media sosial apabila ada sebuah babak di dalam drama tersebut menampilkan siri anime terkenal Jepun, Naruto: Shippuden.

Menjengah di platform Twitter, masing-masing menzahirkan rasa terhibur, selain menerima pelbagai reaksi yang kurang enak didengar mengenai babak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol Idam Watak Aksi

Jawab finalis Hero Remaja 2020, Azim Yusof yang membawa watak anime berkenaan, dia menyatakan babak itu hanyalah imaginasi semata-mata.

“Bagi saya, babak itu adalah imaginasi dan mimpi. Jadi, normal lah. Imaginasi kita ada di alam yang berbeza.

“Bagi saya juga, babak itu biasa sahaja dan kalau boleh saya mahu lakukan lebih ‘power’ untuk jayakan babak berkenaan. Untuk netizen, terima kasih,” katanya.

Bertanya lebih lanjut mengenai MUF2, Azim meluahkan rasa terharu apabila dapat bekerjasama dengan pelakon meningkat naik, Meerqeen dan Anna Jobling untuk musim kedua ini selain berharap namanya lebih dikenali apabila membawa watak sebagai Zachery dalam naskhah itu.

“Alhamdulillah, saya baru sahaja habis pengambaran drama Melur Untuk Firdaus 2 dan kita tunggu pula projek seterusnya macam mana. Alhamdulillah juga, mula bulan puasa saya sibuk dengan kempen dan sebagainya.

“Alhamdulilah, saya dapat bekerjasama dengan Meerqen dan Anna Jobling di mana kami pun berkawan dan sama batch sewaktu Hero Remaja. Buat masa ini okey, dan selepas ini pun ramai yang mengenali siapa Zakri.

“Selepas habis drama, Insya-Allah kita berlakon filem pula. Lihat bagaimana, saya harap dapat melangkah lebih jauh,” ujarnya lagi.

Aktres tinggi lampai itu berkata demikian ketika ditemui di persembahan koleksi GUESS terbaharu bersama jemputan Hero Remaja dan Dewi Remaja, di GUESS Pavilion Kuala Lumpur.

“Syukur Alhamdulillah, hari ini saya dapat memakai fullset GUESS daripada jaket, tshirt dan seluar jeans. Ini juga adalah pertama kali saya berkolaborasi dengan jenama ini da terima kasih Remaja,” tuturnya ringkas.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Azim Yusof

Published by
Fath