Minggu lalu, dia baru saja menjadi pemuisi termuda dalam sejarah yang dijemput bagi acara perlantikan Presiden Amerika Syarikat.
ARTIKEL BERKAITAN : Remaja Ini Jadi Penyajak Termuda Dalam Sejarah Perlantikan Presiden US – REMAJA
Nama Amanda Gorman, 22 tahun nampak terus menjadi sebutan apabila kali ini, dia disambar untuk menjadi seorang model di bawah agensi model antarabangsa, IMG Models.
IMG dalam kenyataan media semalam menyatakan bahawa mereka akan memperkembangkan peluang Amanda untuk kempen endorsement dan penggambaran fesyen.
Ramai pemerhati merasakan bahawa berita ini sedikit mengejutkan dan tidak menyangkan seorang pemuisi muda seperti Amanda akan menerima tawaran tersebut. Namun, dia sebenarnya telah terlibat secara langsung dalam dunia fesyen tidak lama dulu.
Sebelum ini, Amanda pernah berkerja sebagai seorang wartawan bagi jenama fesyen Itali, Prada, untuk misi kempen kemampanan (sustainability) alam sekitar.
Sumber Foto: La Taco
“Perubahan sedang galak berlaku dalam industri fesyen dan ia adalah perubahan yang kita wajar sokong tanpa mengira jenama. Pada waktu ini, dunia ‘cemas’ memikirkan impak industri kepada alam sekitar.
“Tetapi bagi setiap permasalahan itu wujud penyelesaian. Setiap kali kita membeli pakaian baru sama ada di Prada atau stor lain yang menggunakan bahan serta fabrik mesra-alam, kita secara tak langsung menyokong masa depan yang lebih cerah untuk alam sekitar dan masyarakat.”
Jika sebelum ini, IMG Models pernah merekrut gadis di luar industri fesyen seperti Halima Aden (Miss Mennesota USA), Maddie Zigler (penari), Sky Ferreira (penyanyi) dan sebagainya.
ARTIKEL BERKAITAN: Hampir ‘Terpesong Imej’ – Model Hijabi, Halima Aden Nekad Tinggalkan Fesyen Demi Islam? – REMAJA
Adakah selepas ini kita akan melihat seorang pemuisi seperti Amanda Gorman menjadi wajah jenama fesyen antarabangsa pula?