Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapalah yang tahu!
Perumpamaan diatas sesuai sangat dengan situasi yang berlaku kepada seorang model lelaki ini. Sekali pandang memang tidak menyangka bahawa model dibawah adalah gelandangan yang tidur dibawah jambatan.
Bermula dari seorang gelandangan yang berumah di bawah jambatan, lelaki asal Nigeria ini berpeluang jadi model terkenal. Hidup Ali Olakunmi, lelaki gelandangan asal Osun, Nigeria mungkin berubah setelah pertemuan tak sengaja dengan seorang pengarah kreatif ketika melakukan penggambaran di bawah jambatan tempatnya tidur.
Kiriman tersebut menunjukkan gambar Ali yang diambil memakai busana bergaya dengan pose seakan-akan model profesional.
Ads
Haaa rasa tercabar tak? Hiks!
Namun, tidak lama selepas kiriman Twitter ini tular, muncul pula video di TikTok menunjukkan Afolabi mendekati Ali yang sedang tidur di bawah jambatan. Kisah luar biasa ini sekali lagi mendapat sorotan orang ramai.
Kalau tengok betul-betul muka mamat ni memang boleh pergi jauh. Hehe..
Selepas penggambaran itu selesai, Ali kembali tidur di bawah jambatan tersebut, lapor Oddity Central. Namun, tuah Ali tidak habis di sini.
Menurut Oddity Central, selepas kisah Ali tular, sebuah syarikat multinasional di Lagos menghubungi Afolabi untuk bertanya perihal lelaki muda berbakat itu.
Ali kini sudah mempunyai akaun media sosial yang dipegang oleh ‘pihak pengurusan’. Akaun Twitter Ali Olakunmi kini sudah mempunyai 3.7 ribu pengikut.
So kesimpulannya disini guys, lepas ni jangan la korang sekali-kali memandang rendah atau hina dekat gelandangan mahupun orang yang susah. Silap-silap mereka tu lepas grooming pun boleh jadi helok, popular dan kaya tau. Hiks!
Sebut sahaja nama Tan Sri Michelle Yeoh, ramai terus terbayangkan aksi-aksi lasak yang dilakonkan olehnya sendiri dalam filem yang mempamerkan seni pertahankan diri Kung Fu.
Namun tahukah korang, permulaan karier Michelle, 60 yang baru sahaja menerima pencalonan anugerah Oscars bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik sebenarnya bertitik-tolak daripada penyertaannya di pertandingan ratu cantik!
Tan Sri Michelle Yeoh di acara karpet merah anugerah Golden Globes 2023.
Minat wanita berkaliber kelahiran Ipoh, Perak ini sebenarnya terhadap dunia seni sebenarnya bermula dari seni tarian.
Seawal usia empat tahun, beliau telahpun memulakan latihan tarian balet. Setelah mereka berpindah ke United Kingdom ketika beliau berusia 15 tahun pula, ibu bapanya sendiri telah mendaftarkan Michelle untuk menyertai Royal Academy of Dance di London.
Minat mendalam terhadap tarian balet itu bagaimanapun menemui titik noktah apabila Michelle berdepan kecederaan tulang belakang. Itu tidak sesekali meleburkan semangatnya apabila beliau mencari bidang seni lain yang melibatkan koreografi termasuklah seni mempertahankan diri.
Tan Sri Michelle Yeoh semasa ditemui di acara karpet merah anugerah Critics Choice 2023.
Juara Ratu Cantik
Aura yang dimiliki Tan Sri Michelle Yeoh semakin menyerlah apabila beliau mencecah usia 20-an. Pada tahun 1983, beliau memilih untuk bertanding di pentas Miss World Malaysia, memenanginya dan sekali gus mewakili negara ke pertandingan Queen of the Pacific di Australia – DAN beliau juga memperolehi kejuaraan di sana!
Tan Sri Michelle Yeoh (tengah) diapit naib juara dan pemenang tempat ketiga di Miss Malaysia World 1983.
Dalam temu ramahnya bersama majalah Town & Country edisi Ogos 2022, Michelle telah menyentuh mengenai pembabitannya dalam pertandingan ratu cantik satu ketika dahulu.
“Saya memang sedikit kompetitif secara semulajadi. Saya rasakan juri-juri pada masa itu ‘buta’ agaknya,” selorohnya. Ibunya, Janet lah yang mendaftarkan anak daranya itu bagi menyertai pertandingan itu dan Michelle pada waktu itu tidak begitu yakin untuk menyertainya; apatah lagi untuk memenangi gelaran Miss World Malaysia!
Tidak lama selepas itu, beliau mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 1983 yang dilangsungkan di London. Seingat beliau pada waktu itu, beliau telah memilih gaun tradisional berona hijau keemasan.
Sehingga ke hari ini, Michelle berkata ibunya akan ‘mengambil kredit’ di atas pembabitan awalnya itu dalam dunia glamor.
“All the time! She always tells me, ‘It’s me, I created her, I gave her this,’ and I’m like, ‘Yes, Mom.’ “
Korang mesti tertanya-tanya, bagaimana pula Michelle boleh terlibat dalam dunia lakonan dari pentas ratu cantik..
Haa, setahun kemudian beliau telah muncul dalam sebuah iklan televisyen untuk jenama Guy Laroche dan ia merupakan titik-tolak utama untuknya melebarkan sayap sebagai seorang pelakon antarabangsa.
Disebabkan iklan inilah, sebuah studio produksi kecil di Hong Kong menawarkannya watak dalam projek mereka dan bak kata orang, the rest is history.
Ternyata, Tan Sri Michelle Yeoh ialah seorang figura contoh yang paling ideal kepada remaja terutamanya gadis-gadis yang bercita-cita tinggi untuk berjaya.
Berkat kesabaran, minat yang mendalam dan tidak mudah mengalah selama 40 tahun dalam dunia glamor, lihatlah di mana Michelle berdiri sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Scha Alyahya sudah cukup ampuh bukan sahaja dalam industri seni hiburan tetapi juga di landasan fesyen tempatan.
Tidak terbilang rasanya jumlah kempen editorial dan jenama fesyen yang pernah berkolaborasi bersama Scha sepanjang 16 tahun pembabitannya sebagai seorang figura awam setelah menjuarai gelaran Dewi Remaja 2005/2006.
Terbaru, Scha kembali dengan satu lagi kempen kolaboratif bersama BONIA bagi memperkenalkan era terbaru jenama antarabangsa tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 1974.
BONIA pada hari ini mendedahkan logo dan monogram baharu bersempena ulang tahunnya yang ke-48. Bukan lagi layak digelar sebagai jenama ‘kakak-kakak korporat’,
BONIA pada hemat penulis telah melebarkan sayap pengaruhnya kepada peminat muda seawal usia lewat belasan tahun dengan rekaan monogram ini.
Dikenali sebagai monogram La Luna, ia diilhamkan dari fasa perubahan bulan serta sejarah panjang BONIA dari aspek warisan, hasil tangan pertukangan dan trend fesyen terkini. BONIA juga jelas mengambil ilham dari seni bina Itali semasa lawatan yang dilakukan oleh pengasasnya di sana.
Menurutnya, corak baharu ini hadir TIGA dekad selepas monogram pertama BONIA diperkenalkan. Lihat saja pada tas tangan yang digayakan oleh Scha ini. Monogram pada tas tersebut terhasil daripada huruf ‘B’ yang membentuk lengkungan seakan bulan sabit.
Apa yang membuatkan kempen La Luna ini lebih istimewa adalah kerana foto-fotonya dibidik oleh jurufoto terkenal dari Perancis, Antoine Renault.
Turut dilantik bagi menghiasi kempen ini ialah pelakon Malaysia, Dini Schatzmann dan pelakon Indonesia, Caitlin Halderman.
Selain beg dan tas tangan, La Luna oleh BONIA juga memperkenalkan rangkaian aksesori serta kasut untuk penggemar lelakinya.
DAN buat pertama kalinya juga, BONIA melancarkan koleksi pakaian Ready-To-Wear termasuk baju T dan baju sweater buat peminat jenama ini terutamanya golongan remaja seperti korang.
Khas sempena era baharu BONIA ini, korang boleh mengunjungi satu pop-up khas La Luna bertempat di Centre Court, Mid Valley Megamall dari hari ini sehingga 14 Ogos nanti bagi menikmati diskaun menarik serta mengambil peluang di ‘Personalisation Station’ BONIA di sana bagi tag nama masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pekerjaan sebagai seorang pramugari dan pramugara sememangnya satu pekerjaan yang disukai ramai. Mana taknya, mereka boleh mengembara keseluruh dunia menaiki pesawat moden, mengenali lebih ramai orang di atas sana sambil bekerja.
Selain memastikan keselamatan setiap orang yang terbang dalam pesawat, paling menarik menjadi anak kapal ini ialah kita akan sentiasa kelihatan cantik didepan penumpang, tambahan lagi dengan baju pakaian seragam untuk syarikat penerbangan yang unik.
Memang salute lah untuk semua pramugari dan pramugara di serata dunia!
Baru-baru ini hampir 20 tahun tidak menukar pakaian seragam, syarikat penerbangan British Airways kini memperkenalkan seragam jumpsuit baharu untuk kru kabin wanita, lapor NDTV.
British Airways uniforms
Pilihan Buat Yang Bertudung
Menariknya, syarikat tersebut menyifatkan pakaian seragam itu sebagai ‘airline first’ dan turut menyediakan seragam pilihan tunik dan tudung buat kru kabin wanita yang bertudung.
Reka bentuk pakaian seragam itu direka oleh pereka fesyen Britian, Ozwald Boateng selama lima tahun dan telah ditangguhkan selama dua tahun kerana wabak Coronavirus yang melanda negara.
Pakaian seragam itu juga menyediakan alternatif buat kru kabin lelaki yang boleh memilih untuk memakai sut tiga helai yang dipadankan bersama, manakala wanita boleh memakai gaun, skirt atau seluar selain daripada jumpsuit.
Difahamkan, pilihan tunik dan tudung juga telah dicipta oleh syarikat penerbangan global untuk anak kapalnya.
Tukang jahit Savile Row Ozwald Boateng telah mereka sut tiga helai untuk pekerja lelaki BA
Menjelang musim panas, seramai 30,000 kakitangan barisan hadapan akan dilihat dengan pakaian seragam baharu bermula dengan jurutera dan pengendali darat.
“Pakaian seragam kami mewakili ikonik jenama kami, yang akan membawa kami ke masa hadapan, mewakili yang terbaik dari Britain dan membantu kami menyampaikan perkhidmatan British yang hebat untuk pelanggan kami,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways, Sean Doyle.
Menurutnya, lebih 1,500 rakan sekerja di seluruh syarikat penerbangan mengambil bahagian dalam 50 bengkel untuk membantu memastikan kesesuaian pakaian, daripada bengkel reka bentuk kepada maklum balas prototaip dan percubaan pakaian.
Kitar Semula Pakaian Seragam
Bukan itu sahaja, kesemua pekerja diperlukan untuk memulangkan semula pakaian seragam lama kepada pihak atasan untuk tujuan mengitar semula atau didermakan kepada orang ramai.
Kira-kira 90 peratus daripada seragam itu adalah campuran fabrik yang diperbuat daripada polyester kitar semula. Boateng sangat berhati-hati dalam mencipta koleksi unik, mencari inspirasi daripada syarikat penerbangan itu dan kakitangannya.
Corak gelombang udara yang muncul pada jaket, kemeja, butang dan tali leher pada koleksi diilhamkan oleh pergerakan udara di atas sayap pesawat.
Semua pakaian menampilkan fabrik jacquard dengan variasi speed marque ikonik syarikat penerbangan itu. Sementara itu pada bulan November, syarikat penerbangan United Kingdom tersebut membenarkan semua kakitangan untuk memakai maskara, bulu mata palsu dan anting-anting serta membawa aksesori termasuk beg tangan mengikut peraturan baru yang dikemas kini.
Wah, agak-agaknya bila syarikat penerbangan di Malaysia nak tukar pakaian seragam meraka. Mungkin lelaki akan bertanjak pula selepas ini…hehe
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...