“Untung Frontliner”,Jenama Duck Beri Hadiah Tali Leher Sempena Hari Bapa

Share

Kasih ibu membawa ke syurga,kasihnya bapa kekal sepanjang masa. Itulah ungkapan yang sering kita dengar dalam masyarakat sehingga ke hari ini’

So bersempena hari bapa tahun ini,jenama popular dUCk telah mengeluarkan tali leher rekaan ‘Marvel x dUCk’. Kolaborasi antara dUCk dan Marvel ini menghasilkan koleksi tali leher edisi khas sempena menyambut Hari Bapa yang bakal tiba.

Malangnya, 24 jam pelancaran koleksi tali leher itu diumumkan, dUCk mengeluarkan kenyataan untuk menarik balik penjualan tali leher ‘Marvel x dUCk’. dUCk juga memohon pelanggan muslim yang membeli tali leher tersebut segera memulangkan tali leher berkenaan.

dUCk yang membuat keputusan untuk menarik semula penjualan tali leher edisi khas tersebut adalah kerana fabrik yang digunakan bagi menghasilkan tali leher tersebut diperbuat menggunakan kain jenis sutera. Dan dalam Islam penggunaan kain jenis sutera bagi kaum lelaki diharamkan.

Susulan dari itu, dUCk mengeluarkan permohonan maaf kepada pelanggan kerana tidak peka semasa pemilihan fabrik dilakukan.

Tali Leher Untuk Frontliner Bukan Muslim

Menariknya,  tali leher yang dipulangkan itu akan hadiahkan kepada para bapa yang bertugas sebagai frontliner, dengan harapan para bapa frontliner yang sedang bertugas juga bergembira dengan sambutan Hari Bapa.

Namun rata-rata netizen memuji tindakan bijak yang dilakukan oleh syarikat milik Vivy Yusof ini.


.


.

Bagi mereka yang sudah membeli tali leher berkenaan, dUCk berjanji akan memulangkan semula wang pembelian tali leher kepada pelanggan.

Wah…bagus tindakan pantas dUCK ini. Apapun tahniah diucapkan buat dUCk kerana mencipta sejarahnya sendiri kerana berjaya berkolaborasi bersama Marvel dalam dunia fesyen.

Sumber : Instagram theduckgroup

Published by
Ruziana Zainal