Tanggal 10 Februari pada setiap tahun adalah momen yang cukup istimewa buat insan bernama Noor Neelofa.
Menginjak ke usia 34 tahun pada hari ini, Neelofa kekal menjadi individu yang dicontohi, disegani dan diikuti oleh jutaan peminatnya dari Malaysia dan seluruh dunia.
ARTIKEL BERKAITAN : Happy Birthday Queen! Sweet Sangat 5 Ucapan Peminat Kepada Neelofa
Menerusi hantaran di Instagram, Neelofa
dilihat menitipkan ucapan isitimewa buat suaminya, Haris Ismail atau mesra disapa sebagai PU Riz yang setiasa prihatin dalam setiap hal.
“Buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal. Tiada satu pun tentang taggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dengan izin Allah.”-Tulis Neelofa
Dapat Hadiah Gelang Tangan Yang Sepadan Dengan Cincin Perkahwinan
“Saya tak pernah meminta itu dan ini tapi masyaAllah, selalu cuba untuk bahagiakan isterinya.
Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku. Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita ❤️🤲🏼.”-kongsi Neelofa
Berkesempatan ini, REMAJA juga ingin mengucapkan Happy Birthday buat Neelofa yang ke-34. Semoga terus sukses dan dalam rahmat NYA!
Sebelum ini REMAJA ada kongsikan karakter individu yang lahir pada bulan Februari. Berikut merupakan kajian yang telah dibuat berdasarkan personaliti bulan kelahiran Februari.
BACA LAGI: Agak Pendiam & Suka Berangan, Ini 24 Karakter Individu Yang Lahir Bulan Februari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.