Untunglah Jadi Staf & Pemain JDT, Semua Dapat Rolex Weh!

Share

 

Sebab itulah, parents kita selalu nasihat untuk sentiasa berusaha keras dan give all out.

 

Atas usaha pemain dan staf pasukan bola sepak, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mempamerkan prestasi terbaik mereka pada musim ini, Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah berkenan untuk mengurniakan jam tangan Rolex kepada setiap seorang. Kelas weh!

Ini semua untuk menghargai dedikasi mereka terhadap kelab sepanjang ini. Antaranya termasuklah Aidil Zafuan Abd Radzak, La’Vere Corbin-Ong, Fadhli Shas, Syafiq Ahmad,Kiko Insa serta pengurus/ketua jurulatih JDT, Luciano Figueroa. Mereka semua dapat dilihat berada di butik jam tangan mewah Rolex, seperti yang dimuat naik oleh laman Facebook Johor Southern Tigers.

Kini, Baginda dan skuad JDT sedang berada di Bangkok untuk latihan persiapan serta perlawanan persahabatan untuk menghadapi musim terbaru.

Pemain bola sepak dan staf pasukan pun macam kita juga. Bila dah dapat sedikit imbuhan seperti ini, mestilah rasa lebih bersemangat untuk perform dengan baik selepas ini

 

Published by
FZ