Menjejakkan kaki ke Tanah Suci adalah impian semua orang yang bergelar Muslim tidak kira umur, bangsa mahu pun jantina.
Menjadi bualan hangat sekarang apabila seorang usahawan kosmetik yang merupakan seorang transgender bersama keluarga dan rakannya menunaikan umrah.
Yang menjadi isu apabila, beliau dan rakan-rakan dilihat menunaikan umrah dengan menggunakan telekung seperti jemaah wanita tulen yang lain. Berani ye!
Dan upate terbaru, agensi yang membawa Nur Sajat mengerjakan umrah, mengesahkan bahawa usahawan kosmetik itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci.
Menurut NST ,Pihak Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, mereka terpaksa mengambil tindakan terbabit berikutan isu tersebut menjadi kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak.
Agensi itu juga mendakwa pihaknya sukar mendapat kerjasama daripada Sajat dan sebarang perbincangan hanya dilakukan melalui orang tengah iaitu melalui pembantu peribadinya.
“Kami sudah meminta mutawif membawa keluar rombongan Nur Sajat seramai 10 orang (termasuk mutawif) keluar dari Makkah.
“Mereka dibawa untuk sesi lawatan di sekitar Madinah,” katanya.
Menurut agensi itu lagi, pihaknya turut meminta Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menimbulkan kekecohan dengan tindakannya memakai telekung semasa mengerjakan umrah.
“Setakat ini, Nur Sajat hanya menjawab meminta tunggu sehingga dia kembali ke tanah air. Pihak kami terutama mutawwif cuba berhubung dengan ibu bapanya, kerana hanya keluarga terdekat yang mengetahui status jantinanya. Bagaimanapun, ibu bapa Nur Sajat juga agak sukar diajak berbincang,” katanya.
Dalam pada itu, Albayt Travel turut memaklumkan, dakwaan kononnya Nur Sajat ditangkap polis Arab Saudi belum disahkan kedutaan di sana.
Difahamkan, petang ini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jantina Sajat.
Moga hal ini dapat diselesaikan dengan baik dan tidak memburukkan nama Malaysia di Arab Saudi!
Kang naya je kite susah nak menunaikan Umrah dan Haji!
Sumber : NST