Selepas REMAJA kongsikan bagaimana pelakon berusia 24 tahun, Puteri Aishah dijangkiti wabak Covid-19 3 hari lalu, banyak ucapan yang dikirimkan kepadanya menerusi posting kami.
Ramai yang mendoakan agar Puteri segera pulih daripada jangkitan tersebut dan dapat pulang ke rumah untuk berada di pangkuan keluarga.
Ini kerana Puteri dikhabarkan masih belum berkesempatan untuk pulang setelah dia, pelakon dan kru produksi drama Demi mendarat di Kuala Lumpur dari Scotland beberapa hari lalu.
Menerusi hantaran Instagram Story sebentar tadi, Puteri ‘membuka mulut’ untuk kali pertama setelah berita mengenai dirinya dijangkiti wabak Covid-19 tersebar.
Kata finalis Dewi Remaja 2014/2015 itu, “Alhamdullilah, sekarang Puteri masih okay. Cuma ada sedikit jangkitan virus di paru-paru.”
Dia juga berterima kasih kepada pasukan petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh yang banyak membantunya.
Ads
“Semua yang terjadi ada hikmahnya. Puteri harap korang semua ikut perintah kerajaan untuk duduk di rumah dan amalkan penjagaan kebersihan.
“Please do not take this for granted. Doakan Puteri dan pesakit yang lain cepat sembuh,” catitnya lagi penuh bersemangat untuk melawan virus ini.
Ads
Dalam perkembangan terbaru, beberapa pelakon dan kru drama Demi lain turut terjangkit dan disahkan positif. Antaranya termasuklah pelakon kanak-kanak Puteri Rayyana Rayqa, ibunya Syira, penolong pengarah, juru solek dan juru kamera.
REMAJA doakan agar kalian semua dipermudahkan untuk sembuh sepenuhnya. Doa kami ada Bersama kalian, Amin.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rabu lepas, pelakon kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah gemilang buat negara apabila muncul sebagai pelakon Malaysia pertama yang ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/ Komedi di acara Golden Globe Awards.
Berjaya membawa nama tanah air ke persada antarabangsa, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak terlepas peluang bagi menzahirkan ucapan tahniah buat pelakon berusia 60 tahun itu atas kejayaan tersebut.
Michelle menempa nama di Hollywood itu juga menzahirkan ucapan terima kasih buat Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selain beliau turut merakamkan penghargaan yang tidak terhingga juga buat para pemimpin Malaysia.
“Terima kasin buat rasa cinta dan ucapan tahniah daripada keluarga dan rakan-rakan seluruh dunia. Raja, Permaisuri dan Perdana Menteri serta para pemimpin di Malaysia. Keluarga besar (extended) di Hong Kong dan China.
“Rasa syukur saya yang sangat tinggi. Itulah sebab di mana perjalanan saya sebagai aktres bermula yang membawa saya ke tahap sekarang,” coretnya menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram.
Sekadar informasi, Michelle merangkul trofi berkenaan untuk filem Everything Everywhere All at Once arahan sutradara, Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.
Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan pelakon itu menewaskan calon terbaik yang lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dadah nyata mampu merosakkan imej dan kehidupan seseorang. Terbaru Ilhoon, selebriti terkenal Korea yang merupakan salah seorang ahli kumpulan BTOB telah diumumkan tidak lagi menjadi angota kumpulan terbabit.
Dikaitkan dengan kes dadah jenis ganja, menurut pihak pengurusannya selebriti berusia 26 tahun itu sendiri yang meminta dikeluarkan dari kumpulan tersebut kerana tidak mahu merosakkan nama ahli kumpulan yang lain.
Perkara ini telah dijelaskan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Cube Entertainment pada 31 Disember 2020.
“Helo.
Ini adalah Cube Entertainment.
Pertama sekali, kami ingin meminta maaf kerana menimbulkan kebimbangan terhadap isu yang melibatkan artis yang berada bawah naungan agensi kami, Jung Ilhoon.
Jung Ilhoon berasa bertanggungjawab kerana telah mengecewakan kepercayaan peminat dan seteleh memikirkan hal ini secara mendalam, dia membuat keputusan untuk menarik diri dari kumpulan ini dan keputusan yang dilakukankannya ini amat kami hormati.
Kami merasa bertanggungjawab terhadap kejadian baru-baru ini, dan kami akan menjalankan tugas kami agar dia memberi kerjasama dalam siasatan yang akan datang.
BTOB kini akan meneruskan aktiviti dengan enam anggota, dan kami akan memberikan usaha terbaik kami dan sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk BTOB mempamerkan muzik dan persembahan yang lebih matang.
Kami sekali lagi meminta maaf kepada peminat yang menyokong dan menghargai BTOB selama ini.”
Berikutan hal ini, Ilhoon Ketika ini sedang berada dalam siasatan polis kerana membeli dadah terlarang termasuklah melibatkan penggunaan dadah yang haram.
Pernah tak rasa stres di tempat kerja dengan bos yang terlalu cerewet? Bukan saja cerewet, mulutnya memang tak boleh nak cover-cover langsung bila menyoal sampai kita selalu sakit hati. Selalu pula banding-bandingkan diri kita dengan pekerja lain.
Paling-paling tak, ada yang menyumpah dalam hati. Disebabkan hati terlalu sakit, kita memilih berhenti kerja. Bagi yang pernah alami di diskriminasi di tempat kerja atau selalu berasa diri disisihkan, mungkin korang terutamanya perempuan boleh menulis luahan hati ini di invisiblewomen.com.my yang dilancarkan oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).
Baru ini, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menyeru wanita-wanita yang mengalami diskriminasi gender di tempat kerja untuk bersuara dan berkongsi kisah-kisah mereka.
WAO baru-baru ini melancarkan kempen ‘Wanita Tersisih’ (‘Invisible Women’) sebagai landasan untuk memperluaskan suara wanita-wanita yang mengalami diskriminasi gender. Wanita-wanita ini boleh berkongsi kisah mereka – secara anonim, jika mereka mahu — melalui laman web kempen, invisiblewomen.com.my.
“Tinjauan WAO menunjukkan bahawa 40% wanita hamil mengalami diskriminasi di tempat kerja. Justeru, kami ingin memberikan gambaran di sebalik statistik tersebut bagi menunjukkan impak ketara diskriminasi gender terhadap kehidupan wanita,” kata Presiden WAO, Carol Chin.
“Kempen ‘Wanita Tersisih’ ini menunjukkan betapa kerapnya masalah yang dialami oleh golongan wanita disisihkan di tempat kerja,’ kata Iska Hashim, Pengarah Kreatif Kumpulan Leo Burnett, rakan kreatif kempen tersebut.
Bersama-sama dengan Ketua Reka Bentuk, James Seet, Hashim menerajui pasukan kreatif yang teruja untuk menyumbang terhadap isu ini.
“Pada masa yang sama, masyarakat beranggapan wanita patut mempunyai anak,” jelas penulis teks Leo Burnett, Pia Dhaliwal. “Namun secara professional, jarang sekali sokongan diberikan kepada wanita-wanita untuk berbuat sedemikian. Malah kadangkala, tiada sokongan langsung diberikan.
“Wanita sering disoal ketika temuduga kerja, sama ada mereka merancang untuk mempunyai anak, malah bagi golongan wanita yang hamil pula berpotensi disisihkan di tempat kerja. Jika wanita tersebut berhenti kerja sementara untuk membesarkan anak-anak, mereka akan mengalami kesukaran untuk memasuki semula pasaran kerja” jelas pengarah seni Leo Burnett, Lee Shyyi.
Golongan wanita banyak menyumbang idea kepada pembangunan syarikat dan ada ramai yang berjaya. pix sumber internet
Oleh itu, kempen ini bertujuan untuk memberi gambaran terhadap cerita-cerita sebegini.
“Kami mahu sekumpulan wanita berkongsi kisah mereka untuk menunjukkan betapa luasnya diskriminasi gender ini — dan mengapa kita memerlukan undang-undang yang lebih baik berhubung isu ini,” tambah Chin.
“Pada masa ini, tidak ada undang-undang spesifik yang melarang diskriminasi gender di sektor swasta.”
“Matlamat utama kami adalah untuk menyokong Akta Kesamarataan Gender yang akan melindungi daripada diskriminasi gender. Kami memerlukan input dan sokongan orang ramai untuk menyokong tindakan ini.”
“Apabila kita berkongsi cerita, kita akan mendapati bahawa kita tidak bersendirian. Kita akan sekaligus mewujudkan perasaan solidariti. Anggaplah kempen ini sebagai #MeToo bagi diskriminasi gender,” kata Chin.
Adakalanya wanita mengalami tekanan melampau di tempat kerja – pix sumber internet
Isu gender, lelaki dan perempuan ada kalanya timbul di tempat kerja- pix sumber internet
Kempen ini akan berakhir dengan sebuah pameran seni yang akan menampilkan kisah wanita-wanita ini yang akan bermula pada 8-18 Mac 2018 di White Box Theatre, Publika.
Kempen ini dibiayai oleh Suruhanjaya Tinggi British.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, sila lawat invisiblewomen.com.my.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi bersuara lunak, Shila Amzah sekali lagi membanggakan Malaysia apabila wajah dan pencapaiannya dalam industri muzik terpampang di pameran berprestij World Expo Osaka 2025...