UPDATE: “Jangan Remehkan Covid-19” Pesanan Puteri Aishah Dari Wad

Share

 

Selepas REMAJA kongsikan bagaimana pelakon berusia 24 tahun, Puteri Aishah dijangkiti wabak Covid-19 3 hari lalu, banyak ucapan yang dikirimkan kepadanya menerusi posting kami.

 

Ramai yang mendoakan agar Puteri segera pulih daripada jangkitan tersebut dan dapat pulang ke rumah untuk berada di pangkuan keluarga.

Ini kerana Puteri dikhabarkan masih belum berkesempatan untuk pulang setelah dia, pelakon dan kru produksi drama Demi mendarat di Kuala Lumpur dari Scotland beberapa hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Aishah Disahkan Positif Covid-19

Menerusi hantaran Instagram Story sebentar tadi, Puteri ‘membuka mulut’ untuk kali pertama setelah berita mengenai dirinya dijangkiti wabak Covid-19 tersebar.

Kata finalis Dewi Remaja 2014/2015 itu, “Alhamdullilah, sekarang Puteri masih okay. Cuma ada sedikit jangkitan virus di paru-paru.”

Dia juga berterima kasih kepada pasukan petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh yang banyak membantunya.

“Semua yang terjadi ada hikmahnya. Puteri harap korang semua ikut perintah kerajaan untuk duduk di rumah dan amalkan penjagaan kebersihan.

Please do not take this for granted. Doakan Puteri dan pesakit yang lain cepat sembuh,” catitnya lagi penuh bersemangat untuk melawan virus ini.

Dalam perkembangan terbaru, beberapa pelakon dan kru drama Demi lain turut terjangkit dan disahkan positif. Antaranya termasuklah pelakon kanak-kanak Puteri Rayyana Rayqa, ibunya Syira, penolong pengarah, juru solek dan juru kamera.

REMAJA doakan agar kalian semua dipermudahkan untuk sembuh sepenuhnya. Doa kami ada Bersama kalian, Amin.

 

 

 

Published by
FZ