Universiti Pendidikan Sultan Idris atau UPSI berlapang dada untuk membantu untuk menguruskan penghantaran pulang jenazah graduannya, Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah ke Miri, Sarawak dengan tujuan meringankan bebanan keluarga mangsa.

UPSI menerusi wakil yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh pada hari Selasa berkata, pihak universiti tiada masalah untuk menyumbang kos pengurusan penghantaran pulang jenazah.

UPSI Sedia Tanggung Kos Urus, Hantar Pulang Jenazah Nur Farah Kartini Ke Miri

Biarpun pihak UPSI masih perlu menunggu keputusan daripada pihak waris sama ada jenazah akan dikebumikan di Semenanjung Malaysia ataupun di Sarawak, abang mangsa iaitu Mohd Farriza Azmi Abdullah berkata jenazah adiknya itu dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Lereng Bukit, Miri Sarawak untuk dikebumikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyampai Berita RTM Kawal Emosi Baca Berita Kematian Rakan Sendiri, Nur Farah Kartini – REMAJA

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Terdahulu, kehilangan Nur Farah Kartini yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian daripada UPSI telah mengegarkan negara apabila mayat mangsa ditemui di Felda Gedangsa Hulu Selangor pada 15 Julai kira-kira pada jam 6 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Khan mengesahkan mayat tersebut merupakan mangsa berdasarkan hasil pemeriksaan awal dan laporan yang diterima di Tanjung Malim.

BACA LAGI: Arwah Nur Farah Kartini Pelajar Pintar, GPA 4.0, UPSI Turut Ucap Takziah – REMAJA

Seorang suspek yang merupakan anggota polis lelaki pada hari Selasa telahpun ditahan bagi membantu siasatan. Suspek yang tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada 8.48 pagi dilihat berbaju lokap polis berona oren dan memakai pelitup muka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI