Drama lakonan aktres, Uqasha Senrose berjudul Isteri Halal yang kini ditayangkan di kaca televisyen mula menarik perhatian penonton dek karakter wanita ‘penyondol’ atau perampas suami orang yang dilakonkan olehnya.

Menerusi drama tersebut, Uqasha membawakan watak bernama Eyra yang mencetuskan konflik di antara rakan baiknya (lakonan Isyariana) dan suami rakan baiknya (lakonan Aidit Noh) dan ia cukup realistik.

Lebih-lebih lagi apabila watak tersebut mirip dengan seorang pelakon wanita tempatan yang terpalit dengan konflik seakannya.

Begitupun ketika ditemui REMAJA di majlis tayangan program Ramadan Raya 2023 oleh Astro semalam, Uqasha berkongsi rasa gusar yang terbit di hatinya sebelum menerima tawaran drama Isteri Halal itu.

Lantas, isteri kepada Kamal Adli ini meminta pandangan daripada suaminya itu terlebih dahulu sebelum bersetuju membintangi drama arahan Uchee Fukada itu.

Uqasha Senrose Jaga Batasan & Hati Suami, Enggan Lagi Babak Atas Katil & Dalam Selimut

“Qasha beritahu dia (Kamal), ‘Saya nervous abang untuk bawakan watak ini. Abang betul ke (beri kebenaran untuk berlakon)?’.

Ads

“Dia memang supportive. Katanya, ‘Tak apalah sayang, kita kan pelakon. Abang faham. Tapi abang tak akan tengoklah (babak berkenaan). Ini rezeki awak, buatlah. Tak apa.’ “

“Kamal hanya berpesan agar saya pandai menjaga diri sebagai seorang isteri, dia berikan kepercayaan kepada saya. Jadi saya gunakan kepercayaan itu sebaik mungkin dan tidak membelakanginya.

“Cuma buat masa ini, saya akui merasa cemas jika mak mertua atau mak saya sendiri tonton lakonan saya itu kerana selepas disunting, tentulah sesebuah babak itu akan kelihatan real. Itulah yang Sha risau bila terima tawaran watak penyondol dan watak perampas,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Antara Neelofa & Uqasha Senrose, Sapo Dio Hok Hebak Kecek Kelate? – REMAJA

 

Terima Tawaran Bersyarat

Dalam pada itu, seiring dengan status dirinya kini sebagai ‘isteri orang’, Uqasha menghormati perhubungan suami isterinya bersama Kamal dalam skop bekerja dan meletakkan beberapa syarat sebelum menerima apa-apa tawaran berlakon termasuklah dalam drama Isteri Halal.

Ads

Uqasha Senrose Jaga Batasan & Hati Suami, Enggan Lagi Babak Atas Katil & Dalam Selimut

“Saya cakap, tak nak babak atas katil. Tak nak babak dalam selimut. Kalau iya pun (perlukan babak sedemikian), mungkin duduk dekat tepi katil pakai bathrobe, saya okay lagi.

“Banyak trik kamera yang boleh dibuat. Contohnya, konon-konon nak tunjuk buka baju tetapi gunakanlah shot jatuh kain. Benda-benda macam itulah yang saya minta.

“Harapnya, kalau ada babak yang terlepas (yang boleh menjatuhkan maruah sebagai seorang isteri dan wanita), produksi boleh potong. Kita pun Islam, kena jaga sensitiviti. Lagipun, penerimaan dan pemikiran penonton berbeza-beza. Ada yang boleh terima ada yang tidak boleh. Jadi lebih baik jika ditiadakan babak yang melebih batas,” katanya lagi.

Ads

BACA LAGI: Mempesona, Cantiknya Busana Songket Biru UQASHA SENROSE Rekaan RIZMAN RUZAINI – REMAJA

Dalam pada itu, Uqasha juga menyatakan dia juga terbuka sekiranya Kamal Adli menerima tawaran berlakon apa-apa jenis watak asalkan masing-masing mengetahui batas.

FOTO: Ihsan Astro

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI