
Pelakon jelita, Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung, pada awal pagi tadi.
Uqasha meluahkan rasa syukur dengan kehadiran puterinya yang diberi nama Uqaira.
“Alhamdulilah selamat melahirkan ‘my little princess’ (puteri kecil saya) subuh tadi.
“Selamat datang ke dunia sayangku, saya sayang awak sangat, Uqaira sayang,” katanya menerusi Instagram.
Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu turut memaklumkan berat bayinya adalah 2.72 kilogram (kg) menerusi hantaran sama.
Sebelum ini, Uqasha pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Sekadar informasi, Uqasha dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.
SUMBER: Instagram Uqasha Senrose.
Selain Prosperity Burger, Ini 3 Lagi Menu Special Untuk CNY Je

Isi Kandungan
Toggle
Biasalah, Malaysia kan terkenal dengan musim perayaannya yang pelbagai.
Kita ada Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Natal, Musim Gawai….eh banyaklah kalau nak senaraikan semua!
Dan setiap kali rakyat Malaysia menyambut musim perayaan je, pasti jenama Food and Beverages seluruh negara akan berebut-rebut untuk mempromosikan set menu baru mereka yang hanya boleh didapati untuk tempoh masa terhad.
Korang dah try 4 menu ni?
Prosperity Burger
McDonald’s dan Prosperity Burger mereka memang tak boleh dipisahkan. Malah kita semua sanggup menunggu setahun lamanya untuk menelan kembali daging lembu (atau ayam) dengan sos lada hitam tu. Perghh!
Kelainan pada tahun ini adalah pilihan filet ikan untuk menggantikan ayam dan daging. REMAJA dah cuba, rasanya lebih PEDAS! Mungkin kerana filet tak menyerap sos black pepper sebaik daging? Hhm cer try.
Celebration Bucket
Okay, kami tak sentuh mengenai KFC Parmesan Cheese tu because truthfully, we like our fried chicken original *tingz*.
Namun, sempena Tahun Baru Cina kali ini, korang wajib rebut promosi Celebration Bucket yang lebih murah berbanding bucket biasa!
Iyalah, musim cuti sekolah ni mesti ramai saudara yang nak datang rumah.
Krabby Cheese Pizza
Okay REMAJA belum sempat untuk mencuba menu baru yang satu ni, tapi menurut reviu yang dilakukan, ramai yang berkata ia sedap!
Kalau korang merupakan peminat seafood, mungkin ini yang bersesuaian dengan taste buds korang.
Orangeberry Scone
Siapa yang sukakan perisa buah-buahan untuk desert patut cuba menu Orangeberry Scone oleh Coffee Bean & Tea Leaf ini.
Bukan sekadar rasa buah oren je, korang pun dapat rasakan kemanisan kranberi. Sambil tu minum Tiramisu Ice Blende baru daripada CBTL. Slurpp!
Asian Girl Paling Stunning, Netizen Puji Anzalna Bersama Selebriti Popular Di Paris Fashion Week

Melihat selebriti bergaya sakan di Paris Fashion Week, timbul pula rasa cemburu bila ramai diantara mereka yang berpeluang menghadirkan diri ke salah sebuah pertunjukan fesyen paling dinanti setiap tahun.
Barisan selebriti yang hadir juga bukan calang-calang orangnya. Mana kan tidak, pelakon Anzalna Nasir juga teruja bila dapat bertemu dengan idolanya dari Hollywood iaitu Eva Longoria.
Berkongsi foto di laman Instagram dengan kapsyen, ‘Desperate housewives, I terlupa pulak nak pakai bulu mata palsu!, foto ini mendapat lebih 25,000 tanda suka dan 200 komen di IG.
Malah, ada yang mengatakan bahawa Anzalna nampak lebih cantik berbanding Eva. Wah, mesti sis suka kan? Hiks!
Hadir sebagai duta produk L’Oreal bagi pertunjukan fesyen Karl Lagerfeld x L’Oreal, Anzalna juga turut sempat bertemu dengan ramai selebriti popular lain seperti Aishwarya Rai, Camilla Cabello, Janine Gutierrez dan model Victoria’s Secret, Doutzen Kroes.
Ramai yang meninggalkan komen memuji kecantikan Anzalna dan tetap berpendapat bahawa gadis Asia juga yang paling menyerlah di antara yang lain. Ehem, biasalah wanita Asia memang semuanya cantik-cantik belaka kan?
Bertuahnya badan bila dapat berpeluang bertemu dengan selebriti popular dunia kan?
Kredit: Instagram Anzalna Nasir
Jangan Terkejut, Rumah Mewah Di Hawaii Ini Milik Pelakon Terkenal Song Joong Ki & Isteri Barunya!

Demi fokus membesarkan anak sulungnya, pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Song Joong Ki didedahkan mempunyai sebuah kondo di Hawaii.
ARTIKEL BERKAITAN: Sama Padan! Lihat 6 Fakta Tentang Katy Louise Saunders, Teman Wanita Inggeris Song Joong Ki
Menerusi siaran rancangan televisyen, Free Doctor, sebuah kondo mewah di Hawaii telah dibeli oleh aktor terkenal itu.
Salah seorang pengacara rancangan tersebut iaitu Kim So Young menjelaskan, “Dia berkahwin semula dengan Katy Louise Saunders dan menyambut anaknya pada Jun lalu. Di manakah tempat dia menetap bersama anaknya?“
Bagi mereka yang tidak maklum, ketika menghadiri Festival Filem Cannes, Song Joong Ki jelas menyatakan rasa sayangnya kepada keluarganya, “Fokus saya sekarang adalah pada bayi yang dilahirkan.”
Maka tidak hairanlah apabila wartawan Ahn Jin Yong mendedahkan, “Dia tinggal di Rom, kampung halaman isterinya. Song Joong Ki mempunyai beberapa buah rumah. Dia mempunyai satu di Seoul, satu di Rom dan satu di Hawaii.” Wowwww!
Hawaii, yang dikenali sebagai tempat percutian, mempunyai harga hartanah yang lebih tinggi daripada purata kawasan pedalaman Amerika Syarikat.
Siaran itu mendedahkan bahawa Song Joong Ki membeli sebuah bilik untuk kira-kira $2.28 juta pada Disember 2019, yang bersamaan dengan kira-kira 2.77 bilion won pada kadar pertukaran pada masa itu.
Bilik yang dibeli oleh Song Joong Ki ialah terdiri daripada 2 bilik tidur dan 2 bilik air.
Khususnya, seorang pegawai hartanah menjelaskan bahawa kawasan Kaka’ako, di mana kondo itu terletak, merupakan kawasan kaya yang sedang pesat membangun yang berkembang pesat pada tahun 2010-an.
Harga itu berkemungkinan akan terus meningkat pada masa hadapan kerana projek pembangunan kompleks kediaman berskala besar sedang diteruskan.
BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Getty Images